Assalamualaikum wbt...
Sekarang tengah kemaruk menulis sket,ha2...esok hari last sem pertama tahun ke3 BDS.Cepatnya masa berlalu,4 bulan sudah 'bermain2' dengan pesakit,kih3.Setiap kali nmpak pesakit kat luar departmen,sy selalu cakap ngan kawan2 posting*,'weyhhh,mangsa dah datang!!!'.
Sebagai 3rd yr student,kami memang amat2 lah memerlukan pesakit2 utk memenuhi kuota kami utk setiap subjek posting.Kalau sy nampak pesakit tu de banyak gigi yang rosak,sy akan cakap kat member sy,'wahhhh!!!banyaknya signature dlm mulut patient ni',he2..sebab,lepas kami wat treatment utk patient tu,kami akan dapat tanda tangan dari lecturer.Contoh,kalau kami restore* 3 gigi dalam mulut patient yang sama,3 signature kami leh dpt.Cuba bayangkan kalau kami restore 10 gigi atau 10 bahagian dlm mulut patient tu,wahhhhh,banyaknya signature leh dapat...teruja2..ha2..
Ok,berbalik pada topik kat atas,hmmm,sedikit perkongsian,sebagai peringatan bersama:
Daripada Anas, Nabi bersabda,yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga "Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga". (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)
Kesimpulan yang boleh dibuat:
2 syarat untuk wanita memasuki syurga,dr mana2 pintu yang disukai: 1)Taat kepada Allah dan Rasulnya.
2)Taat kepada suami.
Perghhh,senang gler nak masuk syurga..Dua syarat je pun.Kacang goreng,kacang putih,pe2 kacanglah nk menunjukkan senang gler,macam petik jari je kan,hu2.Tapi kena fahami komponen2 yang terlibat di dalam kedua-dua syarat tersebut.
Taat kepada Allah dan rasulnyaGimana sichhh??...(minah indon mane plak ni,hu2..)
-Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. MELEBIHI DARI SEGALA-GALANYA.
Amacam???Syarat pertama ni leh dipenuhi tak??Hilangkanlah rasa memiliki,hanya dengan ini membolehkan kita mudah untuk mencapai syarat pertama ni.Kalau rasa2 syarat pertama pun mcm tak bape boleh nak penuhi,tanya diri sendiri,di mana tempat yg sesuai utk kita??Adakah di syurga??
- Wajib menutup aurat
Hmmm,ni antara part yg agak susah kan(mungkin r).Kadang2 kita tahu,tapi susah sangat kita nak buat.Bukan mudah untuk menutup aurat secara istiqamah,tp tolong r 'psiko'kan diri anda,'Sy nak masuk syurga!!!Saya mesti menjaga aurat saya.'Menutup aurat ni berpakej,bukan sekadar 'membalut' seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan sahaja,tetapi ada syarat2 dan etika2 dalam berpakaian menurut Islam.Jika salah satu pakej tersebut tidak terpenuhi,maka itu bukan dikira sebagai menutup aurat.Berhati2 wahai teman.Semua ini akan diperkira di hari pembalasan kelak.Apa ciri berpakaian yang bertepatan dgn Islam??
1)Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran.-bersederhana dalam berpakaian.Tabarruj itu sifat wanita jahiliyyah.
2)Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam.-saree tu,korang rase boleh tak??hati2 kawan..
3)Tidak menyerupai kaum lelaki.
4)Tidak jarang kainnya.-longgar tapi jarang,tidak memenuhi kriteria menutup aurat.
5)Tidak menampakkan bentuk badan.-baju ketat gler,smpai nak bernafas pun susah.Sampai satu tahap,lelaki dr jauh leh ckp,'28,24,32'.Faham tak??Malu r weyhh...
6)Tidak mengenakan wangian pada pakaian.-Korang jalan dah sebatu,bau korang tertinggal kat belakang.Ni mmg wangi gler ni.
7)Menutupi tubuh badan kecuali apa yang zahir.-Jambul terkeluar sket,tutup aurat tak??pakai tudung,tetibe telinga terkeluar sbb nak tunjuk anting2 besar,tutup aurat tak??Mestilah jawapannya tak!!!
Tak susah sangat kan??InsyaAllah,dengan azam yang kuat,pasti boleh punya.Di mana ada lelaki ajnabi,maka wajiblah kita menutup aurat.'Boleh tak saya tak pakai tudung depan abang ipar??'
Cuba tanya diri sendiri,awk leh tak kawin ngan abg ipar awk,sepupu ke,kawan ayah awk ke,jiran awk ke.Kalau jawapannya boleh kawin,maka wajiblah awk tutup aurat,takde kekonpiusan di situ ye.Islam ni mudah,tapi tak boleh dipermudah-mudahkan.
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah.Yang ni lebih kurang macam penerangan kat atas.
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya.Yang ni pun senang nak faham kan.Jangan membuka pintu2 fitnah.Walaupun seribu kebaikan yang anda lakukan,satu keburukan inilah yang akan dicanang oleh masyarakat.
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
Yang ni pun jelas dah.Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.Leh refer post yang lps ttg berbakti kpd ibu bapa.http://filzahfakhriah.blogspot.com/2010/11/berbakti-kepada-ibu-bapa.html
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang.Bersedekah masa senang,mmg senang.Cuba bersedekah masa susah,senang ke tak??Jangan risau,Allah akan memberi rezeki pada kita melalui jalan yang tidak disangka.Satu kebaikan yg kita akan lakukan akan dibalas dgn 10 kebaikan.Fastabiqul khairat!!!Berlumba2 melakukan kebaikan.
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa.Sangat2 jelas dah ni,tak perlu ulas dah.
- Bersikap baik terhadap tetangga.Tak elok gado2 ngan jiran ni,nnti sakit pening,sape nak tolong??Takkan sebab isu rumput,sampai nak saman menyaman jiran kan??tettttt,sapekah itu??hu2..ambil pengajaran dr pengalaman org len.
Ok,kesimpulan utk taat kepada Allah dan Rasul ni ialah berkenaan dengan hablu minallah wa hablu minannas.Maknanya,ia melibatkan hubungan dengan Allah dan hubungan dgn manusia.Bukan sekadar komponen Allah dan Rasul sahaja yang terlibat,tetapi ibu bapa,jiran tetangga juga perlu diambil kira.
Penerangan tentang taat kpd suami akan disambung di part 2 memburu syurgaMu.InsyaAllah,jika ada kesempatan,sy sambung menulis part 2.
p/s:Esok hari last posting oral surgery,tp still lum dapat patient.Datanglah ramai patient esok,sy nak cuba cabut gigi orang,nmpak menarik,he2..
pp/s:Lum siap packing lg.Rasa hepi nak balik msia,tp kali ni rasa berat hati gak nak tinggalkan India.Ada apa dengan India??ha2..
Fizzi Shamsudin @ Filzahfakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
Posting=klinikal.Masa ni r nak test skill kat patient,he2..
Restore=tampal gigi
5 comments:
sari bukan melambangkan agama. tapi dia melambangkan bangsa. india bukan agama, tapi negara :) ada orang india yang muslim kan? tapi kalau pakai sari tu.. pandai2 lah cover part lengan ngn perut tu.. kalau dibuka juga..tu mmg dah salah lah
salam kak zimah..
setuju2,sari mmg pakaian kebudayaan.tp,jika dilihat asal usul mula2 diperkenalkan sari ni,agak meragukan juga.
boleh try baca kat sini:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sari
Sejauh mana kebenaran wikipedia ni,x tau r,tp sbg langkah berhati2,elakkn r..Antara point penting dlm wikipedia ni:
-Perkataan 'sari' berpunca dari perkataan Prakrit 'sattika' seperti disebutkan dalam sastera agama Jain dan Buddha awal.
Sejarah pakaian India dapat mengesan sari kembali ke Tamadun Lembah Indus, yang berkembang sewaktu 2800-1800 SM di sekitar bahagian barat Subbenua India. Gambaran terawal dikenali pada sari di subbenua India adalah sebuah patung paderi lembah Indus memakai tabir.
-Alasannya mengapa sari kehilangan kemasyhuran di Pakistan, adalah oleh kerana ia dianggapkan sebagai pakaian Hindu.
followed u
menarik2!!
:D
Post a Comment