Seminit lg pkl 9 mlm,sebutir pun tak study pe lg ni.Esok mungkin de ujian lisan.Td borak ngan mak,mak pelik,'camne plak leh mungkin2 ni nak pekse???',segalanya mungkin mak ku tersayang,ha2..Biasa r tu ujian lisan,student 100 org,cikgu 2 org,mari kita lihat,sape yg kena!!!Walaupun x bpe nk study utk ujian lisan esok,tp harap2 terpilih r utk pekse esok,tak leh tahan dh ni,cepatlah masa berlalu..
Post kali ni nak share tentang berbakti kpd ibu bapa.So,korg2 yg de parents tu pandai2 r jaga hati diorang,mak dan abah tiada gantinya.Sedih gler kot kalau sy terdengar tentang cite anak derhaka ni,lagi2 yg kurang ajar ngan mak abah hanya kerana perempuan atau lelaki yang baru wujud dlm hidup dia.Panas btul kepala dgr cite cmni.Masa berborak ngan housemate,terkeluar r pantun ni...
'ishhh,nasi lemak buah bidara btul r!!!'teremosi plak sy mase borak ngan housemate...housemate pelik dgr,'pe mende tu??'
'Diorg yg sanggup lukakan hati mak ayah sbb pakwe makwe ni r...mcm dlm pantun ni,nasi lemak buah bidara,sayang selasih hamba turutkan,buang emak buang saudara,kerana kasih hamba turutkan'.he3,tersastera sebentar..
Perkara biasalah tu kalau parents tak setuju dgn pilihan hati,tp tolonglah rasional sket..Lelaki atau perempuan yg korg baru kenal tu bila2 masa je leh campak korang k,kalau korang sakit ke pe,lum tentu dia leh jaga korg.Tp kasih sayang ibu bapa tak bertepi,walaupun banyak kali kita sakiti hati mereka,tak pernah mereka fikir utk meninggalkan kita.Lebih 20 tahun mereka menjaga kita,jangan hanya kerana baru kenal 'kawan' kita tu setahun dua,kita sanggup buang ibu bapa.
Post ni takde nak tembak sape2.Sekadar peringatan untuk diri sendiri juga.Turutilah kehendak mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.Selagi berkesempatan,bahagiakanlah mereka.
Sabda Nabi SAW;
“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]Firman Allah SWT;
“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … ” (Al-Ankabut ayat 8 )
Andai kata baru tersedar tak sengaja lukakan hati mak abah,mintalah maaf cepat2,jangan bertangguh2,campak rasa malu tu jauh2..
Kadang2 kita tak malu ungkapkan rasa sayang pd kekasih kita,tapi kita malu untuk melisankan rasa kasih kita pd ibu bapa sendiri...
Kadang2 kita tak malu untuk memeluk kekasih kita,tapi kita malu untuk memimpin tangan ibu bapa kita...
Kadang2 kita sanggup berhabis hanya untuk kekasih kita,tapi kita berkira pada ibu bapa sendiri...
Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.Andai ibu bapa telah anda derhakai,berkatkah kehidupan yang dilalui??Kasihilah mereka selagi berkesempatan,realistiklah dlm berdepan dgn masalah.Allah bersama dengan orang2 yang sabar,semoga kita termasuk dalam golongan itu.Setiap orang pasti akan berhadapan dengan ujian,jangan mudah melatah.Jangan hanya mencipta ilusi di alam fantasi,sedangkan implikasi tidak seindah imaginasi...
Saya sayang mak abah saya!!!he3...
Fizzi shamsudin@filzah fakhriah
101,maharaja residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
p/s:Mak cite,hari ni Ayil masak nasi sendiri...alah ciannye adik sy ni,lapar ye die,takde org nak layan,ha2..Baru 9 tahun dah pandai masak nasi,rasa kagum plak tetibe,he2..mak kata,Ayil makin bulat,asyik makan je kejenye,he2...Ayil,sikit lg berat awk tu dah nk sama ngan 'adik'.Tahun depan Ayil dah leh dukung 'adik' kot,ha2...
pp/s:Tak sabar nk tengok muka 'dayang senandung',ha3..mak kata kak uji dah mkin putih,krim pelah ko tepek kat muka ek,he2..
ppp/s:Mak dan abah masih lum sihat.Semoga cepat sembuh ya.Doa masih pending lg mak,insyaAllah selagi hayat dikandung badan,doa sentiasa ada utk kalian,insan yang mendidik kami berenam.
1 comment:
Assalamualaikum...
benar kata2 kamu.. sayangilah ibu dan bapa sementara kesempatan itu masih ada, kerana hidup ini hanya sebentar cuma, entah bila maut kan menjemput tiada siapa dapat menduga...=) semoga kita mampu menjadi anak yang berbakti pada ibu dan bapa yang telah banyak berjasa membesarkan kita, insyaAllah=)
p/s: sy pun prnh buat post berkisar tema yang sama rupa2nya..=)
http://al-dzulfiqar.blogspot.com/2010/07/post-istimewa-mengenang-11-tahun-yang_24.html
Post a Comment