Friday, November 26, 2010

5 syarat untuk buat maksiat...kalau boleh penuhi,mmg tabik spring toink2 r..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,exam dah hbis.Tak sabar nk tggu result pekse..Dgn soalan surgery yg out of syllabus,mmg best membantai jawapan,he2..Senior plak de ckp,surgery ni lecturer simply bg markah je,gold medallist pun fail surgery!!!glurppp...macam tu plak ye??Oral patho plak smpai sakit2 kepla masa exam nk create jawapan,suka suki je wat fakta sndiri,tibai je selagi boleh,he2..
Habis je pekse sessional smlm,senyum sampai ke telinga,padahal takde beza pun exam ngan tak exam,tido kul 8pm gak tiap2 hari,he2..Smlm call abah..ni dialog kitorg...

'Bah,exam hbis dah,he3..3hari pekse practical,3 hari gak org tdo kul 8pm'-sy

'tdo kul 8??'-abah pelik,kagum gamaknya,ha3..

'aah bah..kan nak exam,tdo kene cukup!!!'-selamba je jawab,patut kene smash berkali2 di muka ni,hu2...


'ni bukan cukup tdo ni,terlebih ni'-perghhh,ayat pedas abah..


'kih3...'-sy gelak je kejenye...

Pastu cite kat abah psl soalan ujian lisan surgery...bukan cite kosong je..nak suruh abah g hospital cepat sket sbnrnya,area bwh perut abah mcm de swelling...so cite r kat abah,td dpt soalan beza reducibility ngan compressibility...de r kaitan sket ngan sakit abah,tu yg mase study rase cam best sket.Dpt jawab pun sbb teringat penyakit abah yg tak didiagnose doktor lg,memandai je agak2 berdasarkn symptom2 yg abah cite,he2..

Td terbaca satu artikel,menarik gak r...Tajuknya 5 syarat untuk buat maksiat,leh tgk original post kat sini http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1797 Ni hasil copy paste,ha2...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:


SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:


SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:


SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh". Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:


SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.


Tepuk dada,tanya iman.Anda bebas untuk membuat pilihan,kita akan dipertanggungjawabkan setiap apa yg kita lakukan.Jalan fujur atau jalan takwa,yang mana satu menjadi pilihan hati?Catatan amal tercatat di Illiyyin,catatan maksiat tercatat di sijjin.Berubahlah selagi berkesempatan,yg kurang baik kepada baik,yg baik kpd lebih baik.Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.





p/s:menghitung hari,he2...banyak bende nak kena settle before cuti sem,baru seronok mase cuti nnti...
pp/s:Ayil,adik bg masa 2 mggu je lg,Ayil kene belajar masak,nnti adik balik,Ayil kena masak utk adik.Adik kuat makan dah skrg,hu2..Sedap membuli budak2 ni,ha3...


Fizzi Shamsudin,
101 Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.

No comments: