Thursday, October 13, 2011

Nikmat dan ujian..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,lama menyepi dari dunia blogging.Lama memerhati dan berfikir,bermuhasabah,mengevaluasi segala keputusan dan tindakan,adakah masih lagi seiring dengan matlamat yang ingin dikecapi?Dalam mengatur langkah,perlu lebih barhati2 agar tidak dikuasai oleh emosi.Ikhlaskan hati,insyaAllah berharap memperoleh berkah Ilahi.

Nikmat vs ujian..Adakah nikmat tu positif dan ujian itu sesuatu yang negatif??

Contoh:

Kalau fail exam..nikmat ke ujian??
Kalau sakit..Nikmat ke ujian??
Kalau abah bagi duit belanja lebih..Nikmat ke ujian??
Kalau mak suka berleter pagi petang siang malam...nikmat ke ujian??
Kalau member 'tolong' habiskan semua duit yang de dalam purse kita..nikmat ke ujian??

Jawapan utk semua soalan2 ni sangat2 subjektif..Lain orang,lain jawapannya.Alangkah bagusnya jika kita sentiasa cuba mempositifkan segala apa yang berlaku dalam kehidupan ini.Nikmati sahaja apa yang terjadi,pasti ada hikmahnya.

...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(2:216)

Ujian itu hadir bukan untuk mengecewakan kita,tetapi untuk menguatkan lagi diri dalam menghadapi cubaan yang lebih hebat lagi di masa akan datang.Andaikata dengan ujian yang kecil sahaja sudah membuat kita melatah,bagaimana pula andai dihadapkan dengan ujian yang besar??Tonic clonic seizure gamaknya.he2..

Sama2 melatih diri untuk sentiasa mempositifkan segala apa yang kita lalui.Anggaplah setiap ujian itu adalah satu nikmat dari Allah dalam rangka ke arah membina jati diri yang lebih jelas berpaksikan Islam dan Iman.






p/s:
2 hari lepas ibu jari tangan kena infection,siap lymphangitis bagai..Cuak je masa bangun pg,boleh trace lymph vessel sepanjang lengan..Alhamdulillah,terasa nikmat sungguh de ibu jari..Seriously,ini bukan satu ujian,tetapi satu nikmat.Allah ingin tunjukkan betapa pentingnya untuk kita menghargai setiap inchi amanah jasad yg dikurniakan pd kita.


pp/s:
Sy:Ayil,gtau adik,perkara apa yg Ayil paling tak suka tentang adik sepanjang kita kenal 10 tahun ni??Ni peluang adik bg Ayil komen.Nanti balik rumah,adik tak buat lagi pe yang Ayil tak suka tu.
Ayil:Oooo..Banyakkkkk sangat..banyakkk!!!
Sy:Pe dia yg banyak...gtau r??
Ayil:Banyakkkk...semua de 400..
Sy:Perghhh..mantap,siap leh kira..cepat,sebut 1...
Ayil:Tak nak..nnti penat mulut..semua de 400...(lama senyap)..Jap eh dik...
Sy:Ayil jgn nk pggil mak..Adik nk cakp ngan Ayil dulu..
Ayil:Makkkk!!!adik tepon..
2 hari kemudian..
Sy:Ayil,cepat gtau adik 400 perkara yg Ayil tak puas hati tu..Satu pun jadi r..
Ayil:Adik..adikk..adik giler..
Sy:Gile???kah3...(semangat gelak)
Adeihhh..budak ni..balik nnti,siap ko adik kejekan..adik tunjukkan tahap gler lg mntap dr sebelum ni,ha2..

ppp/s:mak,terima kasih komen yg mak bg..Alhamdulillah,suka dgr komen tu,kiranya takde yg mak tak puas hati r kan??(padahal,mak simpan je tu agaknya,ha2..).


Fizzi Binti Shamsudin @Filzah Fakhriah,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,
India.