Monday, December 20, 2010

Derma darah?Apa kata mereka??ha2...

Assalamulaikum wbt...

Alhamdulillah,seminggu dah santai2 di kampung halaman.Best tak terkata r kalau lepak2 ngan family,ramai orang yang leh disakat,ha2...Siap sedia je r,sume leh jd mangsa,termasuk kucing2 yang bermain2 di dalam rumah.Tapi,sakat orang,paling up pun kena dengar 'ceramah' free kejap je,tp kalau sakat kucing,mmg kaw2 kena gigit.Cissss,si bulat ni nmpak je comel,sekali die gigit,mmg best,plus kena cakar,mmg terangkat r.Siap ko bulat,'dendam' masih blum terbalas,ha2...

Tadi pagi,gi hospital Kota Tinggi jap,semangat berkobar2 nak derma darah.Last derma darah tahun 2007,lama dah,rugi masa tul.Kalau setiap 3 bulan leh derma,alangkah bagusnya.Perempuan,susah sket nk derma darah sbb masalah dr segi masa.Dalam sebulan,seminggu je duration yg leh derma darah,sbb seminggu sebelum haid tak leh derma,masa haid confirm r tak leh,seminggu lepas haid pun tak leh.Masa yang leh derma seminggu lpas hari last periods.

Sebelum gi hospital:

Mak:Dah kurus kering ni,nak derma darah gak ke??
Saya:Mana de kita kurus kering,cukup berat r mak..


Masa kat hospital:

Lama gak procedure nak derma darah.Mula2 g tabung darah,pastu kena gi unit pesakit luar plak.Kat unit pesakit luar,kena g 2 tempat plak,nak ambil blood pressure kat tempat len,jumpe Dr plak pastu.Masuk bilik Dr,satu ayat je Dr sebut,'ok,adik sihat,leh derma darah ya'.Dan aku terfikir sejenak,tak cek pe2 pun,tgk nilai blood pressure yang diambil oleh staff len je pun,nurse kat tabung darah pun leh tau kot mmg nilai tu normal.Nampak cam tak bape efficient r,sbb ramai lg out patient nk tggu giliran,kalau ramai yg dtg derma darah,macam mengganggu gak r masa Dr tu.Hmmm,tak kisah sangat pun procedure makan masa sbb aku mmg free pun,tak de urusan len pun.Tp,kalau org len yang de urusan len,mmg kena pk beberapa kali nk uruskan procedure2 sblum menderma darah.Lepas 45 minit,baru settle sume,nak masuk bilik derma darah dah...jeng3....

Dalam bilik derma darah:

Borak2 ngan nurse,dah pangkat mak2 dah mereka,he2...Seingat aku,dulu mase tahun 2007 pun,mak cik ni juga yang aku jumpe.Soalan biasa r yang orang2 selalu tanya bila diorang tahu study kat india,'belajar bahasa tamil tak??bahasa hindi ke??'.Rasa macam robot dah,mmg dah set jawapan,'India ni banyak bahasa mak cik,lain state,lain bahasa,sbb tu diorang guna bahasa inggeris sbg medium komunikasi diorg.'

Sambil2 borak,pe lagi,mak cik tu cocok r jarum,nak psiko patient ye mak cik.Tak sakit pun,he2.Tiap kali nak derma darah atau nurse nak ambil sample darah untuk wat blood test,nurse2 yg terlibat tu mesti menghadapi masalah yang sama,susah nak cari urat kot.Sorry r,sy bakal dentist,tak blajar upper limb ni,he2..

Nak dijadikan cerita,tgh syok2 darah tu mengalir,tetibe darah tu macam slow sangat je,nurse pun main cepit2 r tube darah yang connect antara jarum ngan beg darah tu.Macam syok je nurse tu main cepit2 tube darah tu,diameter tube darah tu jd kecik sket.Nurse ketatkan cuff,hujung jari dah rasa mkin kebas,sejuk,sbb shortage of blood kat extremities(memandai je,ha2).Peripheral cyanosis,sy nmpak kuku sy dah biru.Darah makin slow,beg darah lum penuh,nurse tu pun try tarik,tolak jarum,tetibe nurse tu tertarik kuar jarum tu.De blood clot dah.Tp,mmg tahu r,kalau darah tak cukup satu beg tu,mmg darah tu tak leh pakai pun.Tp,mmg bila die buka cuff kat lengan ,terasa nikmat tul bila darah mengalir ke hujung kuku.Nikmat ni kadang2 kita terlepas pandang,terima kasih Tuhan...


Nurse pun tanye soalan cepumas,'Adik,nak cocok lagi ke??'

Saya jawab,'takpe,tak kisah,membazir darah nnti,cocok je lagi.'

Tadi cocok tangan kiri,ni nak cocok tangan kanan plak.Dalam hati,'takpe,alang2 dah 250ml tu,baik cocok lagi,kalau tak,rugi darah tu'
Nurse td dah takut nak cocok,die pun memanggil kawannya,he2...
Kawan nurse ni pun takut gak nk cocok mula2 sbb dgr die cakap,'akak mata tak bape nk nmpak ni,takut gak nak cocok'.

He2,cover2 sket gelak,nnti diorg nmpak:p

Try cocok 2 kali tangan kanan,tak berjaya juga.
Akhirnya,diorg surrender,'takpelah dik,tak boleh juga.Maaf ya,kesian tangan awk.'

Sy jawab,'Ooo,xpe2,tak sakit pun.Kenapa td,susah nak cari urat ke??'
Nurse ke2 jawab,'Kalau orang yang kulit nipis ni,urat mudah bergerak,tu yang mula2 darah keluar,lepas tu,darah tetibe slow...' Sy,'Ooo,gtu2..'

Lepas turun dari kerusi derma darah tu,tetibe nurse ke2 tanya,berapa BMI awak??

Sy:Hmmm,tak pastilah,tp normal.

Nurse ke2 pun bercakap ngan nurse pertama,'BMI kurang kot,memang berat 51kg,tp die tinggi tu'
Sy tinggi???Sy???tinggi???ha3..Indirectly nurse ni nk ckp sy keding gak r ye,kurus kering cam mak sy cakap.Mahu gelak terbahak2...Sy tak kurus kering r,banyak lemak ni,leh donate lemak ni kalau de yang nak,ha3..Oklah tu 51kg,naik sekilo dah dlm mase seminggu ddk rumah,ha2..


Pengajaran:
Abah kata sebelum derma darah,minum air banyak2,biar darah tak likat sangat.Tak terfikir plak,kalau tau,bergelen2 air orang minum tau bah,ha2..


Kebaikan derma darah:
-Tahukah anda, tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’ di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri.

-Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.


Fizzi Shamsudin@filzah fakhriah
324,Felda Tenggaroh 2,
86810,Mersing,Johor.

2 comments:

MomoN said...

ye, awak kira tinggi lah juga. average tinggi perempuan2 melayu lebih rendah dr awak...

akak xleh derma darah.. ketatkan lah cuff camne pun, x jumpa gak vein kat lengan tu. sedeyh.

fizzi shamsudin said...

kak zimah,kita tinggi sket je dr akak,x significant beza tinggi pun,kih3..
sian r akak kalau nk kena ambil sample darah,kene cocok byk kali r ye..:D