Thursday, December 9, 2010

Setabah Zinnirah..

Assalamualaikum wbt...

Sudah beberapa hari asyik membelek2 buku oral patho,step pertama:asingkan soalan2 sessional ngan final tahun2 lepas ikut bab.Kalau tak,jenuh nak membaca buku oral patho yang kalau baling kat anjing leh mati anjing tu,ha2.Dapat siapkan asing2 soalan sebelum cuti sem ni pun jadilah,naik cuti baru proceed ngan next step:menjawab soalan + wat nota.Dah tahun ketiga,tapi ni kali pertama bersungguh sket nak study.Alhamdulillah,semoga berterusan hendaknya,hui2...:D


Hari ni jiwa kacau sket,hu2..
Perbualan+memberi teguran+teguran dibalas dgn kata2 pedas+undur diri=mengalir air mata + gi posting dgn mata merah + mata letih = tertido kat hospital + bosan patient tak ramai + balik cite prob kat housemate + sambung lg drama air mata + call abah = senyum+ gelak2=settle dah kot problem.Thanks abah.

Haihhh,lemah sangat.Murah sangat air mata..sy rasa kena de org recruit sy ni,biar leh jd lebih tabah sket.Baru diuji sket je tu,cengeng sangat,:p(ni sy ejek diri sndiri).

Saya nak jadi setabah zinnirah,mampukah saya??Ketabahan tu perlu dipupuk,inilah masanya,jangan bertangguh2.Akan datang,pasti dugaan lebih hebat lagi.Hidup ini untuk memberi.Allah melihat pada usaha,bukan pada hasilnya.Saya tak patut bersedih,ish3...Air mata,kalau awk mengalir lg pd waktu yg salah,saya tak nak kawan awak!!!Leh eh gtu??ha2..


Saya suka kata2 zinnirah:
" Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa sahaja. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini."

Saya nak jadi sehebat zinnirah.Memanglah susah,tapi belum mencuba,mana boleh kata tak mampu kan.Chaiyok2..Ganbatte neh..nimage shubha kaamanegalu..olleya adrushta nimmadagali...(level sengal tengah up plak skrg,ha3)


Sedang berusaha untuk membusykan diri sepanjang cuti sem nnti.Harap2 masa terisi dengan perkara2 berfaedah.Dugaan besar woooo waktu duduk kat rumah.Banyak betul kekangan,dari segi masa,keinginan diri,dan macam2lah.Yang penting, jangan banyak beralasan.Amalan yg istiqamah tu yang paling disukai Allah.Jangan sampai graf iman turun menjunam gara2 bercuti sakan,kita juga yang akan rugi kelak.Peringatan untuk diri sendiri.

Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)

Istiqamah,istiqamah,istiqamah...masukkan dalam hati perkataan ni.Selamat berjuang teman2.Yang tengan exam tu,study elok2,insyaAllah dipermudahkan.Yang akan bercuti,jaga diri elok2,banyak dugaan kat depan tu,he2.




p/s:Alhamdulillah,Dr kata,mak tak perlu wat operation.Abah sempat wat lawak plak,mak patut kena turunkan 10kg berat,abah kata.InsyaAllah,kita jumpa isnin nnti ye mak,abah.Rindu banget nih,ha2..

Fizzi Shamsudin @ Filzahfakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore
.

2 comments:

MomoN said...

aww..*hugs*
moga Allah beri kekuatan...:)

fizzi shamsudin said...

Amin Ya Rabb...