Mood nak menulis cam suam2 kuku gtu.Malas bebenor nak menulisnye bila dah lepak2 kat rumah ni,ha2..Alhamdulillah,hari ni,Ayil puasa 9 muharram,pertama kali Ayil puasa sunat.Jenuh nak mengejut Ayil bangun sahur,sampai 3 kali kejut,baru Ayil nak bangun.Manja sangat budak ni.Kami sahur berdua je pagi ni,alhamdulillah,ada teman,suka3..:D..Esok puasa lagi ye sayang!!!
Berbalik kepada post yang lepas,syarat ke2 wanita dapat memasuki syurga dari mana2 pintu yang disukai ialah taat kepada suami.Nak membebel lebih2 tentang syarat yang ni pun tak bape reti sangat,tak de pengalaman lagilah katakan..ehem3..ha2..
Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami.
Suami dan isteri masing2 mempunyai hak dan kewajipan yang perlu dipenuhi.Kewajipan suami,akan menjadi hak isteri,begitu juga sebaliknya.Contoh,KEWAJIPAN suami untuk mencari nafkah dan HAK isteri menerima nafkah dari suami.Ni cerita tentang nafkah material r ye.HAK tidak akan menjadi isu jika masing2 sedar akan KEWAJIPAN masing2.Jika masing2 memenuhi tanggungjawab yg ditetapkan,tidak akan timbul kata2 seperti,'mana hak saya sebagai isteri awak???'.Ingatlah semua ini akan dipersoalkan kelak di akhirat sana...
- Sentiasa menyenangkan suami.
Saya teruja gler tengok video klip bisikan nurani-in team.Suami die tak sabar2 nak balik rumah dr office,bagusnye,sweet gler.Ada orang,rasa macam malas je nak balik rumah walaupun dah habis waktu keje pun,sbb isteri kat rumah asyik membebel yang bukan2.Bukan tak boleh membebel wahai wanita,tapi pandai2 tengok masa yang sesuai.Tak kan suami baru je masuk pintu rumah,satu page ceramah dah kita 'berucap'.Peringatan untuk diri sendiri juga yang suka pot pet pot pet juga ni,ha2...
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
Isteri memang boleh menjadi menteri kewangan yang paling hebat.Kalau nak dibandingkan antara suami dan isteri,isteri mmg plg layak jadi menteri kewangan.Tengok je r mak abah sendiri.Mak memang hebat dalam hal banding2 harga ni,tahu je die kat mana tempat yang tawarkan harga paling rendah untuk barang yang sama.Contoh,kalau suruh suami beli susu anak kat kedai,mesti lelaki main taram je beli kat kedai mana2,ntah2 tak tengok pun harga,terus beli.Tapi,kalau isteri,diorang leh ingat bape harga susu kat kedai A,bape harga kat kedai B,bape harga kat kedai C.Hebat2!!!
- Tidak bermasam muka di hadapan suami.
Jangan r wat muka malaikat maut kat depan suami.Nak merajuk pun agak2 r,jangan melampau sangat.Merajuk sket2 tu boleh jadi rencah dalam rumah tangga,menarik juga.Tapi kalau merajuk yang melampau2 tu leh menyebabkan pergolakan dalam hubungan suami isteri.Jadi,pandai2 kawal emosi,lihatlah 'kelemahan' pasangan sebagai 'keistimewaan' yang tak ada pd diri orang lain.(Bercakap mmg senang,lum terkena lagi,ha3..)
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Tidak keluar tanpa izin suami.
Bukan susah pun kan,minta izin je pun.Kalau tak dapat permission kuar rumah,bertapa je r kat dalam rumah tu,he2...
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.
Wanita ni emosi selalu menguasai rasionalnya.Lelaki pula rasional melebihi emosi.Kerana itu,wanita dan lelaki saling melengkapi.
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."(Riwayat Muslim)
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran.
Jangan nusyuz weyhhh,rugi sendiri nanti.Kat mahkamah pun susah nak tuntut pe2 nnti,he2..
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."(Riwayat Ibnu Majah)- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga.
Kadang2 perempuan ni bila nak kuar rumah,bersolek mengalahkan pengantin,tapi bila kat rumah,main cincai je,pembantu rumah pun lagi cantik gamaknya.Kat luar,baju bukan main lagi mengelip2,berkilau2,bila kat rumah,baju kelawar juga yang dipakainya.Kalau kuar rumah wangi semerbak,tapi bila kat rumah 'perfume bawang' yang dipakainya.Untuk siapa anda berhias di luar rumah??Sedangkan yang di dalam rumah itu lebih berhak ke atas anda.
Sekadar peringatan selagi berkesempatan...
p/s:nama panggilan utk haikal=kitam,sbb die nampak mcm hitam je...si kitam,kitam..ha3...nama panggilan haikal utk sy:mak cik adik,he3..perasan sungguh..:D
pp/s:Ayil makin gemuk..ish3..Ayat Ayil,'mak,bukan Ayil tak nak kawal makan,tapi,tak leh tahan tengok makanan yang sedap tu'.Ha3,macam2 lah adik sy yang bulat dan hitam ni..Sakit tul kena pukul n cubit ngan Ayil sbb panggil die 'budak demok'!!(demok=gemuk)
Fizzi Binti Shamsudin @ filzahfakhriah
324,Felda Tenggaroh 2,
86810,Mersing,Johor.
No comments:
Post a Comment