Thursday, December 23, 2010

Saya ngan abah geram kat die ni...

Tengok tu mata dia,bengis tul..bekeng..perengus...wekkkk..wekkkk..:p...:p..:p

Kucing ni nmpak je cam comel.Sekali pandang,macam geram je nk pegang bulu kembang die.Sekali pegang,berkali2 die cakar eh.Oooo,lawan tokey eh.Dah r pernah nmpak die main pancut je kat mane2,macam spray air.Nak kena 'sunat' ni...:p.:p.:p(ini adalah ejek mengejek antara manusia ngan kucing,ha2)

Ingatkan aku sorang je kene gigit ngan si bulat ni,rupenye abah pun kena gak,kih3..Ni mmg btul2 lawan tokey besar eh.Cetttt,berani sungguh ko eh bulat...Takpe2,aku hanya memerlukan sebuah kotak dan imaginasi.Mari kita layarkan dia ke pulau lanun!!!(pengaruh spongebob ngan patrick tul r,Ayil r ni selalu buka kartun,ha2,-tektik salahkan orang len..wink..wink..wink)

Semasa post ini ditulis,aku terdengar suara bulat di luar,bergado ngan kucing len gamaknya.Samseng tul kucing ni.Takpe2...Tunggu...Nnti de klas khas untuk bulat,biar die berbudi bahasa sket dan bersopan santun,ha2...

Beberapa hari lepas,gi kedai abah jap.Abah jual barang2 hardware,barang wat rumah.Banyak tul kucing kat kedai abah,Kak Ina r yang suka jaga kucing.Kat rumah ni pun ntah bape belas kucing de.Tetibe terpandang sekor kucing tu cam terluka kat area ekor die.Datang dekat sket...Perghhh,terkezut tahap cipan seyhhh,siot tul sape yang potong ekor kucing tu.Weyhhh,kalau geram kat kucing pun,jangan r wat kucing camtu,otak letak kat mane r tu.Aku geram gak kat bulat tu,tapi takde r smpai nak menzalimi binatang,sekeyhh sket2 cukup r...Ishhhh3,camne r orang tu leh sanggup wat gtu..Sedeyhh tul tgk kucing tu.Nnti dapat mkn lebih ye kucing,sbb awk paling kesian tengoknye,he2...Gambar kucing tu akan diupload later ye,internet slow sungguh ni,alhamdulillah leh upload gambar musuh ni pun dah hepi,ha2...

Ooopppss,dah lewat,jap lg nk teman mak g wat physiotherapy treatment.Mencabar ni nak bawa Haikal jalan bandar,jangan meragam sudah..Umur Haikal dah 2 bulan lebih,demok2 gak budak ni(demok=gemuk)...Ayil,kalau lum bangun tdo,sila tinggalkan diri anda kat rumah.Tinggal je budak ni kat rumah mak!!!ha2,gelabah die...:D

Selamat bercuti sume!!!InsyaAllah,hujung minggu ni sume adik beradik berkumpul untuk majlis Haikal..Semoga dipermudahkan...Member2 yang de kat Tenggaroh,meh r datang 26dec ni kul 2pm.
Zahar Izzudin,rindu kamu!!!Dah bulat macam Upin Ipin ye???hik3..

Fizzi Binti Shamsudin @ Filzah fakhriah
324,Felda Tenggaroh 2,
86810,Mersing,Johor.

Monday, December 20, 2010

Derma darah?Apa kata mereka??ha2...

Assalamulaikum wbt...

Alhamdulillah,seminggu dah santai2 di kampung halaman.Best tak terkata r kalau lepak2 ngan family,ramai orang yang leh disakat,ha2...Siap sedia je r,sume leh jd mangsa,termasuk kucing2 yang bermain2 di dalam rumah.Tapi,sakat orang,paling up pun kena dengar 'ceramah' free kejap je,tp kalau sakat kucing,mmg kaw2 kena gigit.Cissss,si bulat ni nmpak je comel,sekali die gigit,mmg best,plus kena cakar,mmg terangkat r.Siap ko bulat,'dendam' masih blum terbalas,ha2...

Tadi pagi,gi hospital Kota Tinggi jap,semangat berkobar2 nak derma darah.Last derma darah tahun 2007,lama dah,rugi masa tul.Kalau setiap 3 bulan leh derma,alangkah bagusnya.Perempuan,susah sket nk derma darah sbb masalah dr segi masa.Dalam sebulan,seminggu je duration yg leh derma darah,sbb seminggu sebelum haid tak leh derma,masa haid confirm r tak leh,seminggu lepas haid pun tak leh.Masa yang leh derma seminggu lpas hari last periods.

Sebelum gi hospital:

Mak:Dah kurus kering ni,nak derma darah gak ke??
Saya:Mana de kita kurus kering,cukup berat r mak..


Masa kat hospital:

Lama gak procedure nak derma darah.Mula2 g tabung darah,pastu kena gi unit pesakit luar plak.Kat unit pesakit luar,kena g 2 tempat plak,nak ambil blood pressure kat tempat len,jumpe Dr plak pastu.Masuk bilik Dr,satu ayat je Dr sebut,'ok,adik sihat,leh derma darah ya'.Dan aku terfikir sejenak,tak cek pe2 pun,tgk nilai blood pressure yang diambil oleh staff len je pun,nurse kat tabung darah pun leh tau kot mmg nilai tu normal.Nampak cam tak bape efficient r,sbb ramai lg out patient nk tggu giliran,kalau ramai yg dtg derma darah,macam mengganggu gak r masa Dr tu.Hmmm,tak kisah sangat pun procedure makan masa sbb aku mmg free pun,tak de urusan len pun.Tp,kalau org len yang de urusan len,mmg kena pk beberapa kali nk uruskan procedure2 sblum menderma darah.Lepas 45 minit,baru settle sume,nak masuk bilik derma darah dah...jeng3....

Dalam bilik derma darah:

Borak2 ngan nurse,dah pangkat mak2 dah mereka,he2...Seingat aku,dulu mase tahun 2007 pun,mak cik ni juga yang aku jumpe.Soalan biasa r yang orang2 selalu tanya bila diorang tahu study kat india,'belajar bahasa tamil tak??bahasa hindi ke??'.Rasa macam robot dah,mmg dah set jawapan,'India ni banyak bahasa mak cik,lain state,lain bahasa,sbb tu diorang guna bahasa inggeris sbg medium komunikasi diorg.'

Sambil2 borak,pe lagi,mak cik tu cocok r jarum,nak psiko patient ye mak cik.Tak sakit pun,he2.Tiap kali nak derma darah atau nurse nak ambil sample darah untuk wat blood test,nurse2 yg terlibat tu mesti menghadapi masalah yang sama,susah nak cari urat kot.Sorry r,sy bakal dentist,tak blajar upper limb ni,he2..

Nak dijadikan cerita,tgh syok2 darah tu mengalir,tetibe darah tu macam slow sangat je,nurse pun main cepit2 r tube darah yang connect antara jarum ngan beg darah tu.Macam syok je nurse tu main cepit2 tube darah tu,diameter tube darah tu jd kecik sket.Nurse ketatkan cuff,hujung jari dah rasa mkin kebas,sejuk,sbb shortage of blood kat extremities(memandai je,ha2).Peripheral cyanosis,sy nmpak kuku sy dah biru.Darah makin slow,beg darah lum penuh,nurse tu pun try tarik,tolak jarum,tetibe nurse tu tertarik kuar jarum tu.De blood clot dah.Tp,mmg tahu r,kalau darah tak cukup satu beg tu,mmg darah tu tak leh pakai pun.Tp,mmg bila die buka cuff kat lengan ,terasa nikmat tul bila darah mengalir ke hujung kuku.Nikmat ni kadang2 kita terlepas pandang,terima kasih Tuhan...


Nurse pun tanye soalan cepumas,'Adik,nak cocok lagi ke??'

Saya jawab,'takpe,tak kisah,membazir darah nnti,cocok je lagi.'

Tadi cocok tangan kiri,ni nak cocok tangan kanan plak.Dalam hati,'takpe,alang2 dah 250ml tu,baik cocok lagi,kalau tak,rugi darah tu'
Nurse td dah takut nak cocok,die pun memanggil kawannya,he2...
Kawan nurse ni pun takut gak nk cocok mula2 sbb dgr die cakap,'akak mata tak bape nk nmpak ni,takut gak nak cocok'.

He2,cover2 sket gelak,nnti diorg nmpak:p

Try cocok 2 kali tangan kanan,tak berjaya juga.
Akhirnya,diorg surrender,'takpelah dik,tak boleh juga.Maaf ya,kesian tangan awk.'

Sy jawab,'Ooo,xpe2,tak sakit pun.Kenapa td,susah nak cari urat ke??'
Nurse ke2 jawab,'Kalau orang yang kulit nipis ni,urat mudah bergerak,tu yang mula2 darah keluar,lepas tu,darah tetibe slow...' Sy,'Ooo,gtu2..'

Lepas turun dari kerusi derma darah tu,tetibe nurse ke2 tanya,berapa BMI awak??

Sy:Hmmm,tak pastilah,tp normal.

Nurse ke2 pun bercakap ngan nurse pertama,'BMI kurang kot,memang berat 51kg,tp die tinggi tu'
Sy tinggi???Sy???tinggi???ha3..Indirectly nurse ni nk ckp sy keding gak r ye,kurus kering cam mak sy cakap.Mahu gelak terbahak2...Sy tak kurus kering r,banyak lemak ni,leh donate lemak ni kalau de yang nak,ha3..Oklah tu 51kg,naik sekilo dah dlm mase seminggu ddk rumah,ha2..


Pengajaran:
Abah kata sebelum derma darah,minum air banyak2,biar darah tak likat sangat.Tak terfikir plak,kalau tau,bergelen2 air orang minum tau bah,ha2..


Kebaikan derma darah:
-Tahukah anda, tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’ di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri.

-Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.


Fizzi Shamsudin@filzah fakhriah
324,Felda Tenggaroh 2,
86810,Mersing,Johor.

Wednesday, December 15, 2010

memburu syurgaMu...(part 2)

Assalamualaikum wbt...

Mood nak menulis cam suam2 kuku gtu.Malas bebenor nak menulisnye bila dah lepak2 kat rumah ni,ha2..Alhamdulillah,hari ni,Ayil puasa 9 muharram,pertama kali Ayil puasa sunat.Jenuh nak mengejut Ayil bangun sahur,sampai 3 kali kejut,baru Ayil nak bangun.Manja sangat budak ni.Kami sahur berdua je pagi ni,alhamdulillah,ada teman,suka3..:D..Esok puasa lagi ye sayang!!!


Berbalik kepada post yang lepas,syarat ke2 wanita dapat memasuki syurga dari mana2 pintu yang disukai ialah taat kepada suami.Nak membebel lebih2 tentang syarat yang ni pun tak bape reti sangat,tak de pengalaman lagilah katakan..ehem3..ha2..

Taat kepada suami


- Memelihara kewajipan terhadap suami.

Suami dan isteri masing2 mempunyai hak dan kewajipan yang perlu dipenuhi.Kewajipan suami,akan menjadi hak isteri,begitu juga sebaliknya.Contoh,KEWAJIPAN suami untuk mencari nafkah dan HAK isteri menerima nafkah dari suami.Ni cerita tentang nafkah material r ye.HAK tidak akan menjadi isu jika masing2 sedar akan KEWAJIPAN masing2.Jika masing2 memenuhi tanggungjawab yg ditetapkan,tidak akan timbul kata2 seperti,'mana hak saya sebagai isteri awak???'.Ingatlah semua ini akan dipersoalkan kelak di akhirat sana...


- Sentiasa menyenangkan suami.

Saya teruja gler tengok video klip bisikan nurani-in team.Suami die tak sabar2 nak balik rumah dr office,bagusnye,sweet gler.Ada orang,rasa macam malas je nak balik rumah walaupun dah habis waktu keje pun,sbb isteri kat rumah asyik membebel yang bukan2.Bukan tak boleh membebel wahai wanita,tapi pandai2 tengok masa yang sesuai.Tak kan suami baru je masuk pintu rumah,satu page ceramah dah kita 'berucap'.Peringatan untuk diri sendiri juga yang suka pot pet pot pet juga ni,ha2...


- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.

Isteri memang boleh menjadi menteri kewangan yang paling hebat.Kalau nak dibandingkan antara suami dan isteri,isteri mmg plg layak jadi menteri kewangan.Tengok je r mak abah sendiri.Mak memang hebat dalam hal banding2 harga ni,tahu je die kat mana tempat yang tawarkan harga paling rendah untuk barang yang sama.Contoh,kalau suruh suami beli susu anak kat kedai,mesti lelaki main taram je beli kat kedai mana2,ntah2 tak tengok pun harga,terus beli.Tapi,kalau isteri,diorang leh ingat bape harga susu kat kedai A,bape harga kat kedai B,bape harga kat kedai C.Hebat2!!!


- Tidak bermasam muka di hadapan suami.

Jangan r wat muka malaikat maut kat depan suami.Nak merajuk pun agak2 r,jangan melampau sangat.Merajuk sket2 tu boleh jadi rencah dalam rumah tangga,menarik juga.Tapi kalau merajuk yang melampau2 tu leh menyebabkan pergolakan dalam hubungan suami isteri.Jadi,pandai2 kawal emosi,lihatlah 'kelemahan' pasangan sebagai 'keistimewaan' yang tak ada pd diri orang lain.(Bercakap mmg senang,lum terkena lagi,ha3..)


- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."(Riwayat Bukhari dan Muslim)


- Tidak keluar tanpa izin suami.

Bukan susah pun kan,minta izin je pun.Kalau tak dapat permission kuar rumah,bertapa je r kat dalam rumah tu,he2...

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.

Wanita ni emosi selalu menguasai rasionalnya.Lelaki pula rasional melebihi emosi.Kerana itu,wanita dan lelaki saling melengkapi.

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."(Riwayat Muslim)


- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran.

Jangan nusyuz weyhhh,rugi sendiri nanti.Kat mahkamah pun susah nak tuntut pe2 nnti,he2..

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."(Riwayat Ibnu Majah)


- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.


- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga.

Kadang2 perempuan ni bila nak kuar rumah,bersolek mengalahkan pengantin,tapi bila kat rumah,main cincai je,pembantu rumah pun lagi cantik gamaknya.Kat luar,baju bukan main lagi mengelip2,berkilau2,bila kat rumah,baju kelawar juga yang dipakainya.Kalau kuar rumah wangi semerbak,tapi bila kat rumah 'perfume bawang' yang dipakainya.Untuk siapa anda berhias di luar rumah??Sedangkan yang di dalam rumah itu lebih berhak ke atas anda.


Sekadar peringatan selagi berkesempatan...



p/s:nama panggilan utk haikal=kitam,sbb die nampak mcm hitam je...si kitam,kitam..ha3...nama panggilan haikal utk sy:mak cik adik,he3..perasan sungguh..:D

pp/s:Ayil makin gemuk..ish3..Ayat Ayil,'mak,bukan Ayil tak nak kawal makan,tapi,tak leh tahan tengok makanan yang sedap tu'.Ha3,macam2 lah adik sy yang bulat dan hitam ni..Sakit tul kena pukul n cubit ngan Ayil sbb panggil die 'budak demok'!!(demok=gemuk)


Fizzi Binti Shamsudin @ filzahfakhriah

324,Felda Tenggaroh 2,

86810,Mersing,Johor.

Saturday, December 11, 2010

memburu syurgaMu...(part 1)

Assalamualaikum wbt...

Sekarang tengah kemaruk menulis sket,ha2...esok hari last sem pertama tahun ke3 BDS.Cepatnya masa berlalu,4 bulan sudah 'bermain2' dengan pesakit,kih3.Setiap kali nmpak pesakit kat luar departmen,sy selalu cakap ngan kawan2 posting*,'weyhhh,mangsa dah datang!!!'.

Sebagai 3rd yr student,kami memang amat2 lah memerlukan pesakit2 utk memenuhi kuota kami utk setiap subjek posting.Kalau sy nampak pesakit tu de banyak gigi yang rosak,sy akan cakap kat member sy,'wahhhh!!!banyaknya signature dlm mulut patient ni',he2..sebab,lepas kami wat treatment utk patient tu,kami akan dapat tanda tangan dari lecturer.Contoh,kalau kami restore* 3 gigi dalam mulut patient yang sama,3 signature kami leh dpt.Cuba bayangkan kalau kami restore 10 gigi atau 10 bahagian dlm mulut patient tu,wahhhhh,banyaknya signature leh dapat...teruja2..ha2..

Ok,berbalik pada topik kat atas,hmmm,sedikit perkongsian,sebagai peringatan bersama:

Daripada Anas, Nabi bersabda,yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga "Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga". (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Kesimpulan yang boleh dibuat:
2 syarat untuk wanita memasuki syurga,dr mana2 pintu yang disukai: 1)Taat kepada Allah dan Rasulnya.
2)Taat kepada suami.


Perghhh,senang gler nak masuk syurga..Dua syarat je pun.Kacang goreng,kacang putih,pe2 kacanglah nk menunjukkan senang gler,macam petik jari je kan,hu2.Tapi kena fahami komponen2 yang terlibat di dalam kedua-dua syarat tersebut.

Taat kepada Allah dan rasulnyaGimana sichhh??...(minah indon mane plak ni,hu2..)

-Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. MELEBIHI DARI SEGALA-GALANYA.
Amacam???Syarat pertama ni leh dipenuhi tak??Hilangkanlah rasa memiliki,hanya dengan ini membolehkan kita mudah untuk mencapai syarat pertama ni.Kalau rasa2 syarat pertama pun mcm tak bape boleh nak penuhi,tanya diri sendiri,di mana tempat yg sesuai utk kita??Adakah di syurga??

- Wajib menutup aurat
Hmmm,ni antara part yg agak susah kan(mungkin r).Kadang2 kita tahu,tapi susah sangat kita nak buat.Bukan mudah untuk menutup aurat secara istiqamah,tp tolong r 'psiko'kan diri anda,'Sy nak masuk syurga!!!Saya mesti menjaga aurat saya.'Menutup aurat ni berpakej,bukan sekadar 'membalut' seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan sahaja,tetapi ada syarat2 dan etika2 dalam berpakaian menurut Islam.Jika salah satu pakej tersebut tidak terpenuhi,maka itu bukan dikira sebagai menutup aurat.Berhati2 wahai teman.Semua ini akan diperkira di hari pembalasan kelak.Apa ciri berpakaian yang bertepatan dgn Islam??
1)
Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran.-bersederhana dalam berpakaian.Tabarruj itu sifat wanita jahiliyyah.
2)
Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam.-saree tu,korang rase boleh tak??hati2 kawan..
3)
Tidak menyerupai kaum lelaki.
4)
Tidak jarang kainnya.-longgar tapi jarang,tidak memenuhi kriteria menutup aurat.
5)
Tidak menampakkan bentuk badan.-baju ketat gler,smpai nak bernafas pun susah.Sampai satu tahap,lelaki dr jauh leh ckp,'28,24,32'.Faham tak??Malu r weyhh...
6)
Tidak mengenakan wangian pada pakaian.-Korang jalan dah sebatu,bau korang tertinggal kat belakang.Ni mmg wangi gler ni.
7)
Menutupi tubuh badan kecuali apa yang zahir.-Jambul terkeluar sket,tutup aurat tak??pakai tudung,tetibe telinga terkeluar sbb nak tunjuk anting2 besar,tutup aurat tak??Mestilah jawapannya tak!!!

Tak susah sangat kan??InsyaAllah,dengan azam yang kuat,pasti boleh punya.Di mana ada lelaki ajnabi,maka wajiblah kita menutup aurat.'Boleh tak saya tak pakai tudung depan abang ipar??'
Cuba tanya diri sendiri,awk leh tak kawin ngan abg ipar awk,sepupu ke,kawan ayah awk ke,jiran awk ke.Kalau jawapannya boleh kawin,maka wajiblah awk tutup aurat,takde kekonpiusan di situ ye.Islam ni mudah,tapi tak boleh dipermudah-mudahkan.

- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah.Yang ni lebih kurang macam penerangan kat atas.

- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya.Yang ni pun senang nak faham kan.Jangan membuka pintu2 fitnah.Walaupun seribu kebaikan yang anda lakukan,satu keburukan inilah yang akan dicanang oleh masyarakat.


- Berbuat baik kepada ibu & bapa
Yang ni pun jelas dah.Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.Leh refer post yang lps ttg berbakti kpd ibu bapa.http://filzahfakhriah.blogspot.com/2010/11/berbakti-kepada-ibu-bapa.html

- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang.Bersedekah masa senang,mmg senang.Cuba bersedekah masa susah,senang ke tak??Jangan risau,Allah akan memberi rezeki pada kita melalui jalan yang tidak disangka.Satu kebaikan yg kita akan lakukan akan dibalas dgn 10 kebaikan.Fastabiqul khairat!!!Berlumba2 melakukan kebaikan.

- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa.Sangat2 jelas dah ni,tak perlu ulas dah.

- Bersikap baik terhadap tetangga.Tak elok gado2 ngan jiran ni,nnti sakit pening,sape nak tolong??Takkan sebab isu rumput,sampai nak saman menyaman jiran kan??tettttt,sapekah itu??hu2..ambil pengajaran dr pengalaman org len.

Ok,kesimpulan utk taat kepada Allah dan Rasul ni ialah berkenaan dengan hablu minallah wa hablu minannas.Maknanya,ia melibatkan hubungan dengan Allah dan hubungan dgn manusia.Bukan sekadar komponen Allah dan Rasul sahaja yang terlibat,tetapi ibu bapa,jiran tetangga juga perlu diambil kira.

Penerangan tentang taat kpd suami akan disambung di part 2 memburu syurgaMu.InsyaAllah,jika ada kesempatan,sy sambung menulis part 2.





p/s:Esok hari last posting oral surgery,tp still lum dapat patient.Datanglah ramai patient esok,sy nak cuba cabut gigi orang,nmpak menarik,he2..
pp/s:Lum siap packing lg.Rasa hepi nak balik msia,tp kali ni rasa berat hati gak nak tinggalkan India.Ada apa dengan India??ha2..

Fizzi Shamsudin @ Filzahfakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.

Posting=klinikal.Masa ni r nak test skill kat patient,he2..
Restore=tampal gigi

Thursday, December 9, 2010

Setabah Zinnirah..

Assalamualaikum wbt...

Sudah beberapa hari asyik membelek2 buku oral patho,step pertama:asingkan soalan2 sessional ngan final tahun2 lepas ikut bab.Kalau tak,jenuh nak membaca buku oral patho yang kalau baling kat anjing leh mati anjing tu,ha2.Dapat siapkan asing2 soalan sebelum cuti sem ni pun jadilah,naik cuti baru proceed ngan next step:menjawab soalan + wat nota.Dah tahun ketiga,tapi ni kali pertama bersungguh sket nak study.Alhamdulillah,semoga berterusan hendaknya,hui2...:D


Hari ni jiwa kacau sket,hu2..
Perbualan+memberi teguran+teguran dibalas dgn kata2 pedas+undur diri=mengalir air mata + gi posting dgn mata merah + mata letih = tertido kat hospital + bosan patient tak ramai + balik cite prob kat housemate + sambung lg drama air mata + call abah = senyum+ gelak2=settle dah kot problem.Thanks abah.

Haihhh,lemah sangat.Murah sangat air mata..sy rasa kena de org recruit sy ni,biar leh jd lebih tabah sket.Baru diuji sket je tu,cengeng sangat,:p(ni sy ejek diri sndiri).

Saya nak jadi setabah zinnirah,mampukah saya??Ketabahan tu perlu dipupuk,inilah masanya,jangan bertangguh2.Akan datang,pasti dugaan lebih hebat lagi.Hidup ini untuk memberi.Allah melihat pada usaha,bukan pada hasilnya.Saya tak patut bersedih,ish3...Air mata,kalau awk mengalir lg pd waktu yg salah,saya tak nak kawan awak!!!Leh eh gtu??ha2..


Saya suka kata2 zinnirah:
" Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa sahaja. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini."

Saya nak jadi sehebat zinnirah.Memanglah susah,tapi belum mencuba,mana boleh kata tak mampu kan.Chaiyok2..Ganbatte neh..nimage shubha kaamanegalu..olleya adrushta nimmadagali...(level sengal tengah up plak skrg,ha3)


Sedang berusaha untuk membusykan diri sepanjang cuti sem nnti.Harap2 masa terisi dengan perkara2 berfaedah.Dugaan besar woooo waktu duduk kat rumah.Banyak betul kekangan,dari segi masa,keinginan diri,dan macam2lah.Yang penting, jangan banyak beralasan.Amalan yg istiqamah tu yang paling disukai Allah.Jangan sampai graf iman turun menjunam gara2 bercuti sakan,kita juga yang akan rugi kelak.Peringatan untuk diri sendiri.

Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)

Istiqamah,istiqamah,istiqamah...masukkan dalam hati perkataan ni.Selamat berjuang teman2.Yang tengan exam tu,study elok2,insyaAllah dipermudahkan.Yang akan bercuti,jaga diri elok2,banyak dugaan kat depan tu,he2.




p/s:Alhamdulillah,Dr kata,mak tak perlu wat operation.Abah sempat wat lawak plak,mak patut kena turunkan 10kg berat,abah kata.InsyaAllah,kita jumpa isnin nnti ye mak,abah.Rindu banget nih,ha2..

Fizzi Shamsudin @ Filzahfakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore
.

Tuesday, December 7, 2010

Melabuhkan tirai 1431H...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga dikurniakan kesihatan yang baik,dipermudahkan segala urusan,dikelilingi sahabat2 yg selalu memberi nasihat dan perhatian.Apa lagi yang nak dirungutkan,nikmat yang diberi kadang2 bila fikir2 tak layak sungguh untuk memperolehinya.Tapi Allah memang sangat baik.Walaupun kita sering mengundang kemurkaan-Nya,tetapi nikmat yang kita perolehi tak pernah putus.Berhati2 kawan,mungkin itu istidraj,siapa tahu.Nauzubillah min zalik..

1431H...hmmmm,banyak pengalaman hidup pada tahun ini.Semuanya menarik belaka(yeke???ha3..)Tipulah kalau hidup ini tak pernah diuji kan?Ujian dr Allah itu adalah kifarah,bersabar dan redha,itu yang terbaik.Kadang2 diri dikuasai emosi,tapi bila fikir semula terasa bodohnya diri.Kan lebih baik redha,sbb kalau tidak redha,perkara tersebut dah berlaku pun.Lebih baik redha kan???Teguran utk diri sendiri yang mudah melenting ni,ha2..

Semalam borak2 ngan housemate,tengah borak2 menitis juga air mata.'Saya pelik r,nape saya nangis ni??'-selamba je tanya housemate gtu,ha3..Banyak juga yg kami bincangkan.Cuba merungkai permasalahan,mencari solusi terbaik,insyaAllah.Kami berbincang tentang masa lalu dan memikirkan masa depan.(ish3,sy kecik lg r,jauh sgt fikir tu,kih3...)Risau bukan kepalang memikirkan generasi akan datang.Generasi skrg pun rasa macam tak mampu nk memandang dah,makin lama,nmpak macam makin 'pelik'.Pe plak r yang sy mengarut ni???ha3,kepala bengong ke skrg ni??

Post kali ni post mengarut je.Makin lama rasanya makin tak reti nak menulis r,huhu...

Alhamdulillah,lepas balik posting petang td,kuar ngan housemate.Before balik rumah,g makan ais krim ngan housemate.Best sbb kami sama2 baca doa akhir dan awl tahun,kat dlm kedai ais krim eh,ha2..Romantik kan kami??ha3..Selamat tahun baru housemateku,kaiyisah.Dua tahun setengah dah kita bersama,lagi dua tahun setengah menanti,hu2...

Kenangan 1431H...Terima kasih teman,kehadiran kalian amat bermakna bg saya,seyes tau ni..Makin dah besar,saya makin sayang ngan mak abah saya,saya suka perasaan ni.(adik beradik sy kalau baca entry ni,jangan nak jeles2 ngan saya eh..jom lawan sape paling sayang mak ngan abah,he3..)


Julai 2010...Hbis je final exam untuk 2nd year,rehat beberape hari,pastu trus cabut g mesir.Selamba badak je g sane sorg2.Alhamdulillah,dpt kenal ramai kawan.Best sangat2 jln2 ngan akhwat2 di sana,join program,walaupun muka sun burn hbis,pastu kaw2 kena gelak ngan kawan2 kat India sbb hitam,tp takpe,sbb mmg best gler.



September 2010.Weyhhh,mak abah wat drama,ha3..Hari raya yg sangat best.Sibling sume cukup dgn family masing2,kawan2 pun dpt jumpa.Walaupun bunk klas ngan posting ngan jayanya,tp mmg puas hati,he2..'Best kan mak ngan abah,raya tahun ni,sbb adik balik'-ayat perasan yg selamba je sy cakap kat mak abah,hu2..



Nov 2010.MCODS 08 and 09..nabila ngan nadiah mane ni??ha2..Selesai solat sunat aidil adha bersama rakan2 di mangalore,Medic + dentistry.



Dec 2010.Pekse sessional dah hbis,hooorayyy!!!Inilah masanya utk sy study,ha2..Sy mmg akan jd malas gler nk study bila exam dh dekat,tdo banyak.Tp,sy suka study lps exam dah hbis.Pelik ye??Sy mmg manusia pelik,he3...Lagi 3 or 4 hari je lagi dah nk balik msia,skrg sy kena rajin study.Jom study!!!


Akhir kata sebagai renungan bersama,wasiat Umar:

“Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalmu sebelum kamu ditimbang kerana sesungguhnya kamu melakukan hisab terhadap dirimu sendiri pada hari ini akan lebih memudahkan bagi kamu menjalani hisab pada hari kiamat.”

Muhasabah diri selalu,islah diri,hiasi peribadi.Kita tak dapat lari dari melakukan kesilapan.Anggaplah kesilapan itu sebagai titik permulaan ke arah membina sahsiah diri yg murni,yang lebih baik dr sebelumnya.

p/s:Saya tengah fikir,nk anak sedara panggil saya apa ek nnti??Mak cik adik??kui3..
Zahar Izzudin,nenek awk cakap awk dah pandai lari ye..comelnye awk,dah lah chubby..Auntie rindu awk r..Haikal,awk plak,nenek awk kata awk mkin gelap ye..he3,auntie gelak dgr nenek awk cite ttg awk tau.Auntie lum pernah tengok muka awk,tak sabar nk main2 ngan awk tau,hu2..Auntie sayang korang berdua!!!

pp/s:merancang cuti 3 minggu ni nak wat pe..Harap2 masa tak terbazir camtu je.Rancang elok2 ye!!(pesan utk diri,ha2)


Fizzi Shamsudin @ filzahfakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,
Mangalore,India.