Allah sedang menantimu, teman.Ayuh,bersegeralah,anda tidak akan kecewa.
Saturday, January 8, 2011
Abah,cepat sembuh ya..
Hari ni abah plan nk gi KL utk buat pembedahan,doktor diagnose abah kena hernia(angin pasang).Abang Ja'a dah uruskan semua urusan untuk pembedahan abah.Tapi kita merancang,rancangan Allah jualah yang terbaik.Bangun pagi tadi abah mengadu kat mak,sakit kat bahagian yang bengkak tu.Bengkak tu selalunya hilang bila abah tekan,tapi tadi pagi bengkak tak surut2.Petang tadi,abah muntah.Kawan abah terus bawa abah ke Hospital Kota Tinggi.Kakak cakap,abah kena tahan kat wad.Harap2 cepatlah abah dibedah.Hernia memang tak berapa bahaya,tapi perasaan risau ni tak dapat dibendung.
Tadi call abah,nak tanya abah dah smpai KL lum.Kak Ina yg jawab phone.Pelik gak,sbb Kak Ina tak ikut abah g KL.Mak ngan abah je gi berdua.Kak Ina cite r sume yang jd hari ni.Tak dapat bercakap ngan abah pun td.Kalau bercakap ngan abah,mesti sy dah nangis dah,wat abah risau lg ada r.Hanya kiriman doa je yang adik leh wat bah,cepat2 sihat ye abah.
Saya harap mak pun cepat sihat juga.Batuk mak dah berlarutan hampir 2 bulan,menanti lab report utk kahak yg mak hantar kat hospital minggu lepas.Harap2 semuanya baik2 je.Macam dalam post yang lepas r,berdoa,berdoa,dan berdoa,jangan putus harapan,insyaAllah diperkenankan!!!
Alhamdulillah,kat rumah ada Ayil ngan Kak Ina yang jaga mak dan abah.Dua tahun setengah lagi sy study di India,semoga dipermudahkan segala urusan.Rancangan Allah yang terbaik...
Abah,adik sayang abah!!!
Sebagai renungan bersama:
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari kecil.”
-Jadi,bersangka baiklah selalu,insyaAllah,hasilnya dapat yang baik2 juga.Aminnnn..
p/s:sedang mendengar lagu yang terbaik bagimu-ada band ft gita gutawa...ishhh,makin sedih je rase...
pp/s:Ayil,rajin2 doa ya.Sekarang Ayil dah de bende nak doa kan.Jangan sedih2 ye.
Fizzi Binti Shamsudin @ filzah fakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
Doa masih pending??mari cek sama2..
Jam menunjukkan pukul 1.30pm,hari sabtu,8 januari...Hari sabtu,macam hari2 lain gak,sbb 'sekolah' gak hari ni...Jap lagi nk g klinik plak,bulan ni sy posting prosthodontics,senang kata klinikal wat gigi palsu r...Alhamdulillah,tengah siapkan satu removable partial denture(RPD),kena replace 2 batang gigi,bagus2,mudah sket keje.Harap2 dipermudahkn segala urusan.Silap satu step,siap sedia r kene repeat sume step.Berhati2 di jln raya,ha2..
Sedikit perkongsian sebelum gi klinik jap lg..Ringkas je,nk share satu hadis.
Diriwayatkan drpd Abu Hurairah r.a katanya:
Nabi SAW telah bersabda:"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba,selagi doa itu tidak mengandungi(perkara2) dosa,(perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya ianya cepat2 diperkenankan"
Lalu baginda ditanya oleh seseorang:"Apa maksudnya meminta dicepatkan?"
Jawab baginda:"Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:'Aku telah berdoa,aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan.Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa'."
Renung2 kan hadis ni ya..Berdoalah,InsyaAllah akan diperkenankan.Mungkin kalau belum diperkenankan,Allah nk anugerahkan kita dengan sesuatu yang lebih baik dr apa yg kita doakan tu.
Fizzi binti Shamsudin @ filzah fakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,
Mangalore,India.
Thursday, December 23, 2010
Saya ngan abah geram kat die ni...
Tengok tu mata dia,bengis tul..bekeng..perengus...wekkkk..wekkkk..:p...:p..:pKucing ni nmpak je cam comel.Sekali pandang,macam geram je nk pegang bulu kembang die.Sekali pegang,berkali2 die cakar eh.Oooo,lawan tokey eh.Dah r pernah nmpak die main pancut je kat mane2,macam spray air.Nak kena 'sunat' ni...:p.:p.:p(ini adalah ejek mengejek antara manusia ngan kucing,ha2)
Ingatkan aku sorang je kene gigit ngan si bulat ni,rupenye abah pun kena gak,kih3..Ni mmg btul2 lawan tokey besar eh.Cetttt,berani sungguh ko eh bulat...Takpe2,aku hanya memerlukan sebuah kotak dan imaginasi.Mari kita layarkan dia ke pulau lanun!!!(pengaruh spongebob ngan patrick tul r,Ayil r ni selalu buka kartun,ha2,-tektik salahkan orang len..wink..wink..wink)
Semasa post ini ditulis,aku terdengar suara bulat di luar,bergado ngan kucing len gamaknya.Samseng tul kucing ni.Takpe2...Tunggu...Nnti de klas khas untuk bulat,biar die berbudi bahasa sket dan bersopan santun,ha2...
Beberapa hari lepas,gi kedai abah jap.Abah jual barang2 hardware,barang wat rumah.Banyak tul kucing kat kedai abah,Kak Ina r yang suka jaga kucing.Kat rumah ni pun ntah bape belas kucing de.Tetibe terpandang sekor kucing tu cam terluka kat area ekor die.Datang dekat sket...Perghhh,terkezut tahap cipan seyhhh,siot tul sape yang potong ekor kucing tu.Weyhhh,kalau geram kat kucing pun,jangan r wat kucing camtu,otak letak kat mane r tu.Aku geram gak kat bulat tu,tapi takde r smpai nak menzalimi binatang,sekeyhh sket2 cukup r...Ishhhh3,camne r orang tu leh sanggup wat gtu..Sedeyhh tul tgk kucing tu.Nnti dapat mkn lebih ye kucing,sbb awk paling kesian tengoknye,he2...Gambar kucing tu akan diupload later ye,internet slow sungguh ni,alhamdulillah leh upload gambar musuh ni pun dah hepi,ha2...
Ooopppss,dah lewat,jap lg nk teman mak g wat physiotherapy treatment.Mencabar ni nak bawa Haikal jalan bandar,jangan meragam sudah..Umur Haikal dah 2 bulan lebih,demok2 gak budak ni(demok=gemuk)...Ayil,kalau lum bangun tdo,sila tinggalkan diri anda kat rumah.Tinggal je budak ni kat rumah mak!!!ha2,gelabah die...:D
Selamat bercuti sume!!!InsyaAllah,hujung minggu ni sume adik beradik berkumpul untuk majlis Haikal..Semoga dipermudahkan...Member2 yang de kat Tenggaroh,meh r datang 26dec ni kul 2pm.
Zahar Izzudin,rindu kamu!!!Dah bulat macam Upin Ipin ye???hik3..
Fizzi Binti Shamsudin @ Filzah fakhriah
324,Felda Tenggaroh 2,
86810,Mersing,Johor.
Monday, December 20, 2010
Derma darah?Apa kata mereka??ha2...
Alhamdulillah,seminggu dah santai2 di kampung halaman.Best tak terkata r kalau lepak2 ngan family,ramai orang yang leh disakat,ha2...Siap sedia je r,sume leh jd mangsa,termasuk kucing2 yang bermain2 di dalam rumah.Tapi,sakat orang,paling up pun kena dengar 'ceramah' free kejap je,tp kalau sakat kucing,mmg kaw2 kena gigit.Cissss,si bulat ni nmpak je comel,sekali die gigit,mmg best,plus kena cakar,mmg terangkat r.Siap ko bulat,'dendam' masih blum terbalas,ha2...
Tadi pagi,gi hospital Kota Tinggi jap,semangat berkobar2 nak derma darah.Last derma darah tahun 2007,lama dah,rugi masa tul.Kalau setiap 3 bulan leh derma,alangkah bagusnya.Perempuan,susah sket nk derma darah sbb masalah dr segi masa.Dalam sebulan,seminggu je duration yg leh derma darah,sbb seminggu sebelum haid tak leh derma,masa haid confirm r tak leh,seminggu lepas haid pun tak leh.Masa yang leh derma seminggu lpas hari last periods.
Sebelum gi hospital:
Mak:Dah kurus kering ni,nak derma darah gak ke??
Saya:Mana de kita kurus kering,cukup berat r mak..
Masa kat hospital:
Lama gak procedure nak derma darah.Mula2 g tabung darah,pastu kena gi unit pesakit luar plak.Kat unit pesakit luar,kena g 2 tempat plak,nak ambil blood pressure kat tempat len,jumpe Dr plak pastu.Masuk bilik Dr,satu ayat je Dr sebut,'ok,adik sihat,leh derma darah ya'.Dan aku terfikir sejenak,tak cek pe2 pun,tgk nilai blood pressure yang diambil oleh staff len je pun,nurse kat tabung darah pun leh tau kot mmg nilai tu normal.Nampak cam tak bape efficient r,sbb ramai lg out patient nk tggu giliran,kalau ramai yg dtg derma darah,macam mengganggu gak r masa Dr tu.Hmmm,tak kisah sangat pun procedure makan masa sbb aku mmg free pun,tak de urusan len pun.Tp,kalau org len yang de urusan len,mmg kena pk beberapa kali nk uruskan procedure2 sblum menderma darah.Lepas 45 minit,baru settle sume,nak masuk bilik derma darah dah...jeng3....
Dalam bilik derma darah:
Borak2 ngan nurse,dah pangkat mak2 dah mereka,he2...Seingat aku,dulu mase tahun 2007 pun,mak cik ni juga yang aku jumpe.Soalan biasa r yang orang2 selalu tanya bila diorang tahu study kat india,'belajar bahasa tamil tak??bahasa hindi ke??'.Rasa macam robot dah,mmg dah set jawapan,'India ni banyak bahasa mak cik,lain state,lain bahasa,sbb tu diorang guna bahasa inggeris sbg medium komunikasi diorg.'
Sambil2 borak,pe lagi,mak cik tu cocok r jarum,nak psiko patient ye mak cik.Tak sakit pun,he2.Tiap kali nak derma darah atau nurse nak ambil sample darah untuk wat blood test,nurse2 yg terlibat tu mesti menghadapi masalah yang sama,susah nak cari urat kot.Sorry r,sy bakal dentist,tak blajar upper limb ni,he2..
Nak dijadikan cerita,tgh syok2 darah tu mengalir,tetibe darah tu macam slow sangat je,nurse pun main cepit2 r tube darah yang connect antara jarum ngan beg darah tu.Macam syok je nurse tu main cepit2 tube darah tu,diameter tube darah tu jd kecik sket.Nurse ketatkan cuff,hujung jari dah rasa mkin kebas,sejuk,sbb shortage of blood kat extremities(memandai je,ha2).Peripheral cyanosis,sy nmpak kuku sy dah biru.Darah makin slow,beg darah lum penuh,nurse tu pun try tarik,tolak jarum,tetibe nurse tu tertarik kuar jarum tu.De blood clot dah.Tp,mmg tahu r,kalau darah tak cukup satu beg tu,mmg darah tu tak leh pakai pun.Tp,mmg bila die buka cuff kat lengan ,terasa nikmat tul bila darah mengalir ke hujung kuku.Nikmat ni kadang2 kita terlepas pandang,terima kasih Tuhan...
Nurse pun tanye soalan cepumas,'Adik,nak cocok lagi ke??'
Saya jawab,'takpe,tak kisah,membazir darah nnti,cocok je lagi.'
Tadi cocok tangan kiri,ni nak cocok tangan kanan plak.Dalam hati,'takpe,alang2 dah 250ml tu,baik cocok lagi,kalau tak,rugi darah tu' Nurse td dah takut nak cocok,die pun memanggil kawannya,he2...
Kawan nurse ni pun takut gak nk cocok mula2 sbb dgr die cakap,'akak mata tak bape nk nmpak ni,takut gak nak cocok'.
He2,cover2 sket gelak,nnti diorg nmpak:p
Try cocok 2 kali tangan kanan,tak berjaya juga.
Akhirnya,diorg surrender,'takpelah dik,tak boleh juga.Maaf ya,kesian tangan awk.'
Sy jawab,'Ooo,xpe2,tak sakit pun.Kenapa td,susah nak cari urat ke??'
Nurse ke2 jawab,'Kalau orang yang kulit nipis ni,urat mudah bergerak,tu yang mula2 darah keluar,lepas tu,darah tetibe slow...' Sy,'Ooo,gtu2..'
Lepas turun dari kerusi derma darah tu,tetibe nurse ke2 tanya,berapa BMI awak??
Sy:Hmmm,tak pastilah,tp normal.
Nurse ke2 pun bercakap ngan nurse pertama,'BMI kurang kot,memang berat 51kg,tp die tinggi tu'
Sy tinggi???Sy???tinggi???ha3..Indirectly nurse ni nk ckp sy keding gak r ye,kurus kering cam mak sy cakap.Mahu gelak terbahak2...Sy tak kurus kering r,banyak lemak ni,leh donate lemak ni kalau de yang nak,ha3..Oklah tu 51kg,naik sekilo dah dlm mase seminggu ddk rumah,ha2..
Pengajaran:
Abah kata sebelum derma darah,minum air banyak2,biar darah tak likat sangat.Tak terfikir plak,kalau tau,bergelen2 air orang minum tau bah,ha2..
Kebaikan derma darah:
-Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Fizzi Shamsudin@filzah fakhriah
324,Felda Tenggaroh 2,
86810,Mersing,Johor.
Wednesday, December 15, 2010
memburu syurgaMu...(part 2)
Mood nak menulis cam suam2 kuku gtu.Malas bebenor nak menulisnye bila dah lepak2 kat rumah ni,ha2..Alhamdulillah,hari ni,Ayil puasa 9 muharram,pertama kali Ayil puasa sunat.Jenuh nak mengejut Ayil bangun sahur,sampai 3 kali kejut,baru Ayil nak bangun.Manja sangat budak ni.Kami sahur berdua je pagi ni,alhamdulillah,ada teman,suka3..:D..Esok puasa lagi ye sayang!!!
Berbalik kepada post yang lepas,syarat ke2 wanita dapat memasuki syurga dari mana2 pintu yang disukai ialah taat kepada suami.Nak membebel lebih2 tentang syarat yang ni pun tak bape reti sangat,tak de pengalaman lagilah katakan..ehem3..ha2..
Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami.
Suami dan isteri masing2 mempunyai hak dan kewajipan yang perlu dipenuhi.Kewajipan suami,akan menjadi hak isteri,begitu juga sebaliknya.Contoh,KEWAJIPAN suami untuk mencari nafkah dan HAK isteri menerima nafkah dari suami.Ni cerita tentang nafkah material r ye.HAK tidak akan menjadi isu jika masing2 sedar akan KEWAJIPAN masing2.Jika masing2 memenuhi tanggungjawab yg ditetapkan,tidak akan timbul kata2 seperti,'mana hak saya sebagai isteri awak???'.Ingatlah semua ini akan dipersoalkan kelak di akhirat sana...
- Sentiasa menyenangkan suami.
Saya teruja gler tengok video klip bisikan nurani-in team.Suami die tak sabar2 nak balik rumah dr office,bagusnye,sweet gler.Ada orang,rasa macam malas je nak balik rumah walaupun dah habis waktu keje pun,sbb isteri kat rumah asyik membebel yang bukan2.Bukan tak boleh membebel wahai wanita,tapi pandai2 tengok masa yang sesuai.Tak kan suami baru je masuk pintu rumah,satu page ceramah dah kita 'berucap'.Peringatan untuk diri sendiri juga yang suka pot pet pot pet juga ni,ha2...
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
Isteri memang boleh menjadi menteri kewangan yang paling hebat.Kalau nak dibandingkan antara suami dan isteri,isteri mmg plg layak jadi menteri kewangan.Tengok je r mak abah sendiri.Mak memang hebat dalam hal banding2 harga ni,tahu je die kat mana tempat yang tawarkan harga paling rendah untuk barang yang sama.Contoh,kalau suruh suami beli susu anak kat kedai,mesti lelaki main taram je beli kat kedai mana2,ntah2 tak tengok pun harga,terus beli.Tapi,kalau isteri,diorang leh ingat bape harga susu kat kedai A,bape harga kat kedai B,bape harga kat kedai C.Hebat2!!!
- Tidak bermasam muka di hadapan suami.
Jangan r wat muka malaikat maut kat depan suami.Nak merajuk pun agak2 r,jangan melampau sangat.Merajuk sket2 tu boleh jadi rencah dalam rumah tangga,menarik juga.Tapi kalau merajuk yang melampau2 tu leh menyebabkan pergolakan dalam hubungan suami isteri.Jadi,pandai2 kawal emosi,lihatlah 'kelemahan' pasangan sebagai 'keistimewaan' yang tak ada pd diri orang lain.(Bercakap mmg senang,lum terkena lagi,ha3..)
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Tidak keluar tanpa izin suami.
Bukan susah pun kan,minta izin je pun.Kalau tak dapat permission kuar rumah,bertapa je r kat dalam rumah tu,he2...
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.
Wanita ni emosi selalu menguasai rasionalnya.Lelaki pula rasional melebihi emosi.Kerana itu,wanita dan lelaki saling melengkapi.
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."(Riwayat Muslim)
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran.
Jangan nusyuz weyhhh,rugi sendiri nanti.Kat mahkamah pun susah nak tuntut pe2 nnti,he2..
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."(Riwayat Ibnu Majah)- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga.
Kadang2 perempuan ni bila nak kuar rumah,bersolek mengalahkan pengantin,tapi bila kat rumah,main cincai je,pembantu rumah pun lagi cantik gamaknya.Kat luar,baju bukan main lagi mengelip2,berkilau2,bila kat rumah,baju kelawar juga yang dipakainya.Kalau kuar rumah wangi semerbak,tapi bila kat rumah 'perfume bawang' yang dipakainya.Untuk siapa anda berhias di luar rumah??Sedangkan yang di dalam rumah itu lebih berhak ke atas anda.
Sekadar peringatan selagi berkesempatan...
p/s:nama panggilan utk haikal=kitam,sbb die nampak mcm hitam je...si kitam,kitam..ha3...nama panggilan haikal utk sy:mak cik adik,he3..perasan sungguh..:D
pp/s:Ayil makin gemuk..ish3..Ayat Ayil,'mak,bukan Ayil tak nak kawal makan,tapi,tak leh tahan tengok makanan yang sedap tu'.Ha3,macam2 lah adik sy yang bulat dan hitam ni..Sakit tul kena pukul n cubit ngan Ayil sbb panggil die 'budak demok'!!(demok=gemuk)
Fizzi Binti Shamsudin @ filzahfakhriah
324,Felda Tenggaroh 2,
86810,Mersing,Johor.