Tuesday, October 12, 2010

Study vs Dakwah...Exam ooo exam..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,mata masih bertahan.Selalu waktu2 begini dah belayar di lautan mimpi.Tido sokmo kejenya,pukul 8 or 9pm dah melangkah ke 'alam' lain.Hampir 3 tahun di India,biological clock masih ikut Malaysia.Kalau di Malaysia,pkl 11 dah lalok2,mamai2 tahan gaban dah,ha2.Gaya hidup begini tak macam bakal doktor r,biasanya student yg study medic or dentistry,mesti kena stay up,tido 3,4 jam je.Saya ni pula,tido main bantai je bpe2 jam,kadang lama,kadang kejap.Alhamdulillah,dalam tido2 pun di harap otak still 'ligat' fikir tentang study dan dakwah hendaknya...*wink*

Ramai kawan2 sedang menghadapi pre-exam syndrome(PES) skrg ni.Final exam or sessional,dua2 beri pressure yg sama,tp mestilah final exam lg cuak kan.Apa2 pun,hadirkanlah rasa kebergantungan pada Allah,insyaAllah,yakinlah,apa yang berlaku,itu yang terbaik,samada lulus atau gagal.Agak tragis bila memikirkan tentang kegagalan,tapi didiklah hati untuk menerima segala kemungkinan.Hidup ini tidak lekang dari dugaan dan cabaran,barulah menarik jalan cerita hidup kita,berwarna warni,graf hidup ada naik turun,tak mendatar sahaja.Hidup yang monotone itu membosankan!!!

Sahabat sekalian...
Semoga dalam kesibukan menuntut ilmu,kita tidak leka dengan tanggungjawab kita dalam menyampaikan dakwah islamiyyah.Kita berharap agar izzah islam itu kembali menyinar,kegemilangan Islam kembali bertapak di muka Bumi ini,tapi refleks kembali diri kita.Di mana kita meletakkan diri kita?Adakah kita meletakkan diri kita sebagai jundi2 di jalan Allah??Tentera Allah itu bukan sahaja bertempur di medan perang,konsep perjuangan itu luas.Berlaku adillah pada diri,letakkanlah diri anda di tempat yang sepatutnya.Setiap detik hidup kita akan ditanya kelak ke mana kita habiskan.'Sediakanlah' jawapan yang akan membantu kita kelak di akhirat sana.

Sahabat yang saya kasihi...
Jangan sesekali menjadikan peperiksaan sbg satu alasan untuk lari dari arena dakwah.Study memang nombor satu,tapi dakwah bukan nombor dua.Kedua-duanya perlu seiring dan sejalan.Masa exam,kita masih ada masa untuk menonton movie,berjalan2 di mall,keluar makan,keluar dating(ehem,ehem...),tapi bila ada usrah,seribu alasan kita beri.Bila ada ceramah,sejuta kali kita berfikir.

'Maaf kak,sy tak join usrah minggu ni,nak study untuk exam'-sedangkan tengok movie 2 jam ada masa,usrah 1 jam kita tolak mentah2.Fikir-fikirkanlah adikku sayang...

'Tipah,weyhh jom gi dengar ceramah Ustaz Ali kat surau',pelawa Hajar pada rakan sebiliknya.
'Takpe r weyhhh,lain kali aku g r,skrg ni tengah de mood nak study r...nanti kalau g surau,takut malas plak nak study balik tu',balas Tipah...
(ni bukan Tipah Davangere eh,Tipah tu baik,ha2)

Hmmm,biasa kot jumpa situasi2 macam ni.Bukan nak mengatakan usrah dan ceramah tu wajib,tp pandai2 menentukan prioriti.Masa 24jam sehari tu mencukupi,atur jadual sebaik mungkin,insyaAllah Allah permudahkan segala urusan.Masa yang berkualiti yang akan menentukan prestasi.Kuantiti keberkatan yang ku hitung!!!

Terbaca satu artikel di iLuvislam.com.Sangat menarik,tentang jongkang-jongkit study dan dakwah.Banyak pengajaran yang boleh diambil.Silalah rajin2kan diri untuk membaca ya,insyaAllah bermanfaat.
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1333

Selamat menghadapi peperiksaan kawan2 medic KMC dan dentistry MCODS.InsyaAllah,dipermudahkan segala urusan.Jangan runsing2,Allah bersama kita!!


p/s:Antara muwasafat tarbiyyah:menjaga waktu dan tersusun dalam urusan.He3,memang r susah,tp boleh diusahakan.Selamat maju jaya kawan2,:D

pp/s:menanti hari bahagia.Semoga dipermudahkan.


Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Mangalore,India.

Tuesday, October 5, 2010

Bertambah usia,berkurang hayat...alhamdulillah.

Assalamualaikum wbt..

4 oktober 1988,22 tahun sudah berlalu.Alhamdulillah,dilahirkan dalam keluarga islam,diharap memperoleh husnul khatimah,kesudahan yg baik,dalam nikmat islam dan iman jua.Andai diberi peluang untuk memilih ibu bapa,sudah pasti saya tidak akan berganjak,tetap memilih Shamsudin bin Yusoh dan Zainon binti Md Saman sebagai ayah dan bonda saya.Biarpun kami bukan dari keluarga yang 'senang',tapi alhamdulillah,bantuan Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.Mak dan abah membesarkan kami berenam dengan penuh kasih sayang(walaupun masa kecil2 dulu selalu kena tibai ngan abah gak,he2).Mengimbau kenangan dulu2......

Hari kelahiran...
Alhamdulillah,sy dilahirkan pd pkl 4 pagi di hospital Kota Tinggi.Berat 3.8kg,agak besar gak untuk baby yg lahir wktu dulu2,he2..Waktu saya lahir,keluarga sudah menetap di Felda Tenggaroh 2,tempat saya dibesarkan.

Mak dan abah,permata hati saya...(2010)


Fizzi???
Abah yang bagi nama ni.Nampak pelik gtu nama ni,macam nama air(fizzi laici)...haihhhh!!!At first,mak marah gak bila abah letak nama gtu,tp nak wat cmne,abah dh register.Nama ni macam nama lelaki.Tension je dulu2 masa sekolah,bila cikgu panggil nama,'fizzi',then pandang2 tempat student lelaki..Rasa cam nak jerit,'sy perempuan r cikgu!!!'..he2.
Dulu sy selalu fikir,abah macam tak berapa sayang saya walaupun sy anak bongsu(before adik sy lahir tahun 2001),berbanding dengan kasih sayang abah pada abang sulung.Saya selalu fikir,abah sayang abang lebih sebab dia anak lelaki...he2,fikiran budak2...Sampai satu level,sy pernah rasa,abah mesti hepi kalau sy lahir sebagai lelaki.Hmmm,ha2...jauh sangat saya fikir waktu dulu2...Abah,I luv u,he2..

Sekolah rendah...Sekolah kebangsaan tenggaroh 2..
Masa sekolah tadika,saya sangat lambat pandai mengeja.Masuk darjah 1,sy still tak pandai membaca.Sy ingat lagi,masa awl darjah 2,sy pernah accident,kena langgar motor masa saya nak lintas jalan,terbaring gak bawah tayar motor,ha2...Tp,alhamdulillah,Allah beri perlindungan,tak cedera langsung.baju sekolah je kotor,kena minyak motor.Saya waktu tu,takut mak marah sebab kotorkan baju sekolah,tak cerita langsung kejadian tu pada mak.Bape minggu pastu,mak tahu gak,adeihhhh,de plak jiran2 dok canang cite.Time kasih mak cik sbb risau ttg sy,ha2.Kawan baik saya cakap,lps dr kejadian kena langgar tu,sy jd cam 'pandai' sket...yeke??Tak tahu r plak..diorang kata,masa darjah 1,sy dapat nombor 10 ngan 7..tp,masa darjah 2 onwards,result pekse makin ok.Hmmm,tak tahu nak setuju ke tak ngan pe yang kawan saya cakap tu,Allah is the best of Planners.

Sekolah Menengah Tenggaroh A..
Result pekse UPSR biasa2 je(3A2B),ilmu tak bape nak berkat,solat selalu tinggal dulu2..ha2..Teruskan tingkatan 1 kat kampung halaman lagi.Gi klas,balik klas,tengok tv,study tak bape sangat.Keje sekolah,tiru member baik,time kasih kawan2..Dr form 1 smpai form 3,aktiviti meniru keje sekolah maintain je.Essay tak tiru,takut kantoi,ha2..Meniru pun kena de teknik,hu2.Waktu form 3 plg busy,pagi gi sekolah menengah,balik tgh hari tlg mak wat keje rumah,ptg gi sekolah agama,malam gi tuition untuk PMR,balik confirm tido terus.Esok sampai sekolah,'weyhhh,ko dah siap keje sekolah??nak tiru...'tu adalah soalan yg sama diulang2 setiap hari.Tp,before exam PMR,jumpa cikgu,wat pengakuan,'cikgu,sy selalu tiru keje sekolah kawan2 sy,tp mase exam sy tak tiru,sorry cikgu'..he2..cikgu2 leh sengih2,pelik kot,selalu mase exam dpat result baik,tak sangka kot sy jenis pemalas wat keje sekolah.Berkat doa ibu bapa dan guru2,alhamdulillah,sangat2 tak sangka leh dpat 9A masa PMR.Pelik mmg pelik,sy selalu cakap ngan kawan,sy mmg tak layak untuk dapat result sebaik ni.Sy sangat2 berbeza dengan 2 org kawan sy lg yang dapat straight A juga,mereka berdua mmg sangat2 layak dan kawan2 lain pun boleh nmpak yg mereka mmg btul2 layak.Tp,saya???Mmg sy selalu dapat result pekse baik almost setiap tahun peperiksaan,tp bila tiap2 kali kawan2 minta tlg ajar,sy tak mampu,sbb mmg sy bukan pelajar yang pandai!!!Bukan sy kedekut ilmu,saya pun tak faham gak pe yang korang suruh terangkan walaupun saya jawab betul waktu exam.Ayat ni terasa bengong r seperti org yang menulisnya juga,ngeh3..



Kawan2 form 5,Sekolah Menengah Tenggaroh A,Mersing,Johor.Muka sume innocent,ha2...weyhhh,lame gler tak jumpe korang...(2005)


Raya 2010 dengan kawan2.Bestnyeee...

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol,he2...
Alhamdulillah,setelah lama menunggu panggilan dr SBPI or MRSM,akhirnya,dpat gak surat tawaran,untuk kemasukan ke3.Tanpa fikir panjang,terima offer,then gi register di SBPI,Jempol.Saya pernah berangan2,nak belajar di sekolah yang pandang kanan,org tgh study,pandang kiri pun org tgh study.Cewwahhh,teringin r konon...Tapi,rupa-rupanya,saya bukan jenis pelajar yang mampu menghadapi situasi yang sebegitu.Saya rindukan suasana menonton TV setelah pulang dr sekolah,sy rindukan situasi yang tak banyak membebankan saya untuk belajar,belajar dan belajar,saya rindukan semua yang ada di rumah saya,homesick jua akhirnya,ha2,wat malu je!!!Sy pindah semula ke sekolah lama saya setelah 3 minggu 3 hari di SBPI Jempol.Oklah tu,cari pengalaman luar kejap,he2.Bukan senang nak berdepan semula dgn cikgu2 di sekolah lama,diorg ramai yang pelik,kenapa saya nak juga bersekolah di sekolah kampung.'Cikgu,saya student yang malas,saya tak mampu study tanpa TV,saya tak mampu push diri saya untuk rajin,fahamilah diri saya!!!he2'..Perjalanan diteruskan jua,sy malas nak fikir apa yang orang lain fikir,insyaAllah,saya yakin jalan yang saya pilih.SPM semakin hampir,kali ni rajin sket berbanding pekse PMR dulu,tp still malas berbanding kawan2 yang lain.Study hanya wktu study group ngan member2 dan waktu tuition je.Balik rumah,tengok TV memang wajib.Saya tak tahu pe yang best sangat tentang TV,tp mmg depan TV r sy akan bertapa sepanjang hari.Kalau de keje sekolah,mmg saya akan buat depan TV juga.Nasiblah abah kena bayar bil eletrik banyak,anak abah buka TV almost 24hrs,ha2.Form 4 dan form 5.kegiatan meniru keje sekolah masih diteruskan,ha2.Sambil meniru,sy belajar,if tak faham,sy bertanya.
Alhamdulillah,bersyukur dapat result yang baik untuk SPM.Hala tuju masa depan masih kabur.Tak tahu potensi diri ke arah bidang apa,main sebat je peluang yang ada kat depan mata.

Kolej Teknologi Timur,Sepang...
Hmmm....melangkah ke dunia baru.Semua hanya kebetulan belaka.Kebetulan ter'apply' jpa,kebetulan terpilih gi interview,kebetulan terdapat plak biasiswa untuk bidang yg tergatal plak tangan memilih.Minat dgn dentistry??Tak pernah berangan langsung.Alhamdulillah,Allah permudahkan urusan.Lulus A level,lps point utk fly ke India.Roomate saya selalu gelakkan saya bila teringat sy tido je sepanjang masa dekat2 nak exam.Sape2 yang rasa tak nak tension study,jemput r datang rumah saya ye,confirm tak rasa macam dah dekat nak exam,he3...
Sedih nak tinggalkan kolej ni,di sinilah saya disapa tarbiyyah.Awal masuk kolej,pakai tudung lebih kecil dr tudung bawal,stokin jangan harap r nak pakai.Ilmu agama yang ada,tak dipraktikkan,jahilnya kehidupan yang lalu.Alhamdulillah,sentiasa berada dalam lingkungan yang membantu untuk menjadi insan yang lebih baik dr hari ke hari,dinasihati apabila melakukan kesalahan,mengambil berat antara satu sama lain,susah dan senang sama ditanggung,indahnya persahabatan di jalan Allah.Saya rindu kalian semua,sahabat2...

Hari Graduasi A Level.Mr Prakash,lecturer Bahasa Kannada kitorg,he2...(2008)

Manipal College Of Dental Sciences
Syukur alhamdulillah,sudah berada di tahun ke3 BDS.Fly ke India 22julai2008.Perasaan biasa2 je,tak nangis langsung,he2.Menarik juga belajar dentistry ni rupanya,boleh 'main' macam2,best3.Makin meningkat usia,makin banyak yang dipelajari dr segi akademik mahupun santapan ruhiyyah.Ini jalan yang telah kita pilih sahabat.Semoga sentiasa tsabat di atas jln ini.Jalan ini jalan yang berduri,pelbagai halangan di hadapan,keindahan hanya dapat dirasai di penghujung sana.
Jom sama2!!!


Hari Raya Tahun Pertama di India.De lab di hari raya??hampeh je,grrr..he2..(2008)


Kawan2 di Mansurah.Jaulah ke Alexandria...(2010)



Comel tul r anak2 org india ni,he2...(2010)


p/s:Thanks mak dan abah untuk segalanya.Terima kasih Ya Allah di atas segala kurniaan-Mu.Kawan2 semua terima kasih untuk doa dan hadiah bday tu ya.

Fizzi Shamsudin.
Maharaja Residency,
Mangalore,India.

Thursday, September 23, 2010

langkah kian sumbang...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,berkesempatan untuk mengomel di blog ni lagi.Terasa malasnya untuk menulis.Terlalu banyak yang ingin diluahkan,tapi tak terdaya untuk menzahirkan rasa.Semakin banyak bercakap,semakin banyak silapnya.Memang setuju sangat dengan statement ni,ha2.Saya memang suka bercakap,especially kepada orang yang saya memang kenal sangat2.Kalau orang yang tak kenal saya,memang nampak saya macam pasif,muka nampak innocent,nampak sombong,nampak macam baik r.Yeke??Ye kot,org2 cakap gtu.Tapi,jangan mudah tertipu,tu lakonan semata2,ha2.

Hidup makin lintang pukang sejak masuk 3rd year,aishhhh...Hampir 2 bulan berada di 3rd year,lebih dr 2 bulan tak 'menyentuh' buku2 pelajaran.Bukan tak sentuh langsung,buatlah juga assignment sikit2,tp dah lama rasanya tak study bersungguh2.Saya memang malas study,tp saya ada keinginan untuk jadi rajin.So,cik malas,tolong g jauh2 dr saya,pleaseeeeee....

Saya nak rajin.Datanglah cepat2 cik rajin,selamatkan saya dari cik malas ni.Rasa nak gigit2 cik malas ni,ha2...Alhamdulillah,hari ni dapat memulakan hari dengan semangat baru,hati berbunga2,dalam hati ada taman,ha2...Bahagia itu satu pilihan.Thanks cik bahagia kerana selalu menceriakan hari2 sy,biarpun 'selonggok' masalah yang datang,tapi cik bahagia sentiasa hadir dalam hati sy.Terima kasih Ya Allah,di atas setiap nikmat yang Engkau kurniakan.

Langkah yang kian sumbang ini perlu diperbaiki.Duduk tenang2,berfikir matang2,rancang kehidupan yang lebih cemerlang!!!Turutkan hati,mati.Turutkan rasa,binasa.Berbalik pada Quran dan hadis,di situ ada jawapannya...




p/s:dah sampai masa untuk ikut jadual yg dibuat,harap2 dapat manfaatkan masa yang ada dengan baik.
pp/s:Sy dah rindu pd anak2 sedara sy.InsyaAllah,auntie try untuk jd mak cik yang terbaik untuk korg ye.Gud luck huda untuk exam PMR nnti.
ppp/s:menanti penuh debaran anak sedara baru.Semoga dipermudahkan urusan ye Kak Uji.


Fizzi Binti Shamsudin@filzah fakhriah
Maharaja Residency,
Mangalore,India.

Wednesday, September 15, 2010

Best gler raye tahun ni...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,pagi semalam selamat sampai ke Mangalore setelah seminggu pulang ke Malaysia(3hari cuti+4 hari ponteng dengan jayanya,he2).Walaupun kesihatan tak berapa nak ok masa pulang ke Malaysia hari tu,tapi raya tetap raya,makan tak beringat juga.Perjalanan yang panjang dr Mangalore-Malaysia.Dr Mangalore naik bas ke Cochin,11jam.Then,stay kat hotel jap sementara tunggu international flight ke Malaysia,perjalanan lg 4jam 20min ke LCCT.Sampai LCCT,menanguk lagi semalaman nak tunggu domestic flight ke Senai plak.Bertolak 8.30pm 6sept dr Mangalore,smpai Senai airport 8.30am 8sept.Walaupun lama perjalanan,tp sebab semangat nak beraya kat Malaysia,gagahkan juga diri yang tak berapa nak sihat ni.Dr Senai jalan2 ngan Kak Suya kat area JB then baru bertolak ke KotaTinggi,jumpa mak ngan abah kat sana.Kakak tak balik rumah sekali,tunggu suami dia habis kerja dulu.
Ayat pertama mak:'Pucatnya muka,bibir putih,teruk sangat sakit ni'.
Sebenarnya,saje je wat muka sakit lebih sket,biar mak tak sampai hati nak shopping lama2 kat Kota Tinggi,rindu kat rumah dah ni,ha2...

Best sangat raya tahun ni sebab semua adik beradik berkumpul masa 1 syawal.2tahun dah sy beraya kat India,sangat2 terasa bezanya raya dahulu dgn sekarang.Dulu2 dapat duit raya,sekarang malu dah nak minta duit raya,bagi duit raya adalah.Ayil paling syok sekali,collection duit raya banyak,semua kakak2 ngan abang bagi,mak abah lg tambah.Tahniah Ayil,puasa penuh tahun ni.Besar dah Ayil.Baru 9 tahun,berat dah 38.3kg,he2.Siap tak caye lagi berat dia byk tu,ha3...

Abang Ja'a dan family sampai rumah sehari sebelum raya.Abang dan Kak Rin dah dikurniakan seorang cahaya mata,Zahar Izzudin,setahun dah umurnya.2 orang anak tiri abg Ja'a pun beraya dengan kami juga.Alhamdulillah,dapat berkumpul semua.Khairol Izwan,22 dan Nurul Huda,15,welcome to our family.

Kak Uji dan Abang Bakhtiar pula bakal menimang cahaya mata pertama tak lama lagi,menunggu hari.Baby,tunggu ya,keluar masa birthday auntie nanti tau,ha2.Harapan je...

Kak Suya dan Abang Man sedang menunggu kelahiran baby pertama,insyaAllah mac tahun depan.

Kak Ina,hmmmm,tak lame lagi nampaknya tu,ha3...Ayil,confirm lame lagi,budak berhingus lagi tu,he2.

Alhamdulillah,bersyukur sangat2 tahun ni dapat berkumpul dgn semua ahli keluarga.InsyaAllah,raya tahun depan makin bertambah cucu2 abah dan mak.Nak balik raya lagi tahun depan!!!InsyaAllah..:D


Mak dan abah tersayang.Abah cover senyum,gigi dah makin berkurang,he2...


Ayil yg besar,abah,mak dan saya.


Sempat lagi main2 masa minta maaf ngan mak,he2..Ayil tu nak minta duit raya r tu,sengih semacam,ha3...


Sayang abah!!!Kak Ina jealous r tu,orang nak cium abah...


Zahar Izzudin menangis,kesian dia.Tak sempat nak ambil gambar family Abang Ja'a,lama betul Izzudin menangis.Alhamdulillah,ok dah dia,budak bulat,he2...


Abang Bakhtiar,Kak uji,dan Ayil.


Abang Man dan Kak Suya.


Izzudin dah ada 7 batang gigi.Nampak flash camera terus senyum sakan budak ni,comellll...buah hati auntie ni..



Raya ke2.Malam2 merempit,serang rumah member2.Dr kiri,Mas,sy,farhana,kak ain,nurra,ani.



p/s:Ponteng mmg syok,tp skrg lg 'syok' sbb assignment menimbun tak wat lagi,adeihhh....
pp/s:Semoga dipermudahkan segala urusan.Menilai dengan mata hati.


Fizzi Shamsudin,
Maharaja Residency,
Mangalore,India.