Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah,mata masih bertahan.Selalu waktu2 begini dah belayar di lautan mimpi.Tido sokmo kejenya,pukul 8 or 9pm dah melangkah ke 'alam' lain.Hampir 3 tahun di India,biological clock masih ikut Malaysia.Kalau di Malaysia,pkl 11 dah lalok2,mamai2 tahan gaban dah,ha2.Gaya hidup begini tak macam bakal doktor r,biasanya student yg study medic or dentistry,mesti kena stay up,tido 3,4 jam je.Saya ni pula,tido main bantai je bpe2 jam,kadang lama,kadang kejap.Alhamdulillah,dalam tido2 pun di harap otak still 'ligat' fikir tentang study dan dakwah hendaknya...*wink*
Ramai kawan2 sedang menghadapi pre-exam syndrome(PES) skrg ni.Final exam or sessional,dua2 beri pressure yg sama,tp mestilah final exam lg cuak kan.Apa2 pun,hadirkanlah rasa kebergantungan pada Allah,insyaAllah,yakinlah,apa yang berlaku,itu yang terbaik,samada lulus atau gagal.Agak tragis bila memikirkan tentang kegagalan,tapi didiklah hati untuk menerima segala kemungkinan.Hidup ini tidak lekang dari dugaan dan cabaran,barulah menarik jalan cerita hidup kita,berwarna warni,graf hidup ada naik turun,tak mendatar sahaja.Hidup yang monotone itu membosankan!!!
Sahabat sekalian...
Semoga dalam kesibukan menuntut ilmu,kita tidak leka dengan tanggungjawab kita dalam menyampaikan dakwah islamiyyah.Kita berharap agar izzah islam itu kembali menyinar,kegemilangan Islam kembali bertapak di muka Bumi ini,tapi refleks kembali diri kita.Di mana kita meletakkan diri kita?Adakah kita meletakkan diri kita sebagai jundi2 di jalan Allah??Tentera Allah itu bukan sahaja bertempur di medan perang,konsep perjuangan itu luas.Berlaku adillah pada diri,letakkanlah diri anda di tempat yang sepatutnya.Setiap detik hidup kita akan ditanya kelak ke mana kita habiskan.'Sediakanlah' jawapan yang akan membantu kita kelak di akhirat sana.
Sahabat yang saya kasihi...
Jangan sesekali menjadikan peperiksaan sbg satu alasan untuk lari dari arena dakwah.Study memang nombor satu,tapi dakwah bukan nombor dua.Kedua-duanya perlu seiring dan sejalan.Masa exam,kita masih ada masa untuk menonton movie,berjalan2 di mall,keluar makan,keluar dating(ehem,ehem...),tapi bila ada usrah,seribu alasan kita beri.Bila ada ceramah,sejuta kali kita berfikir.
'Maaf kak,sy tak join usrah minggu ni,nak study untuk exam'-sedangkan tengok movie 2 jam ada masa,usrah 1 jam kita tolak mentah2.Fikir-fikirkanlah adikku sayang...
'Tipah,weyhh jom gi dengar ceramah Ustaz Ali kat surau',pelawa Hajar pada rakan sebiliknya.
'Takpe r weyhhh,lain kali aku g r,skrg ni tengah de mood nak study r...nanti kalau g surau,takut malas plak nak study balik tu',balas Tipah...
(ni bukan Tipah Davangere eh,Tipah tu baik,ha2)
Hmmm,biasa kot jumpa situasi2 macam ni.Bukan nak mengatakan usrah dan ceramah tu wajib,tp pandai2 menentukan prioriti.Masa 24jam sehari tu mencukupi,atur jadual sebaik mungkin,insyaAllah Allah permudahkan segala urusan.Masa yang berkualiti yang akan menentukan prestasi.Kuantiti keberkatan yang ku hitung!!!
Terbaca satu artikel di iLuvislam.com.Sangat menarik,tentang jongkang-jongkit study dan dakwah.Banyak pengajaran yang boleh diambil.Silalah rajin2kan diri untuk membaca ya,insyaAllah bermanfaat.
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1333
Selamat menghadapi peperiksaan kawan2 medic KMC dan dentistry MCODS.InsyaAllah,dipermudahkan segala urusan.Jangan runsing2,Allah bersama kita!!
p/s:Antara muwasafat tarbiyyah:menjaga waktu dan tersusun dalam urusan.He3,memang r susah,tp boleh diusahakan.Selamat maju jaya kawan2,:D
pp/s:menanti hari bahagia.Semoga dipermudahkan.
Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Mangalore,India.
2 comments:
tipah2 hahahaha!
baguih2, study no1, dakwah not no2.
Salam iman yg tgh bahagia,ngeh3...
rindu kat tipah r,len kali dtg mangalore bw tipah skali,nak die masak nasi ayam lg,ha3..
InsyaAllah,semoga segala urusan,dakwah or study dipermudahkan...
Post a Comment