Friday, February 25, 2011

Jangan Kamu Marah...

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: ”Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..”

(al-Bukhari)

Ringkas sahaja kata2 Rasulullah,tetapi sangat sukar untuk dilaksanakan.Kadang2 kita sangat mudah terpancing dengan emosi,baru 'dicuit' sedikit,kita sudah melenting.Dengan kepala angin,masalah tidak akan selesai.Memanglah emosi kita fluctuate,kejap terlebih emo,kejap 'angin' satu badan,kejap macam selenge je,takde perasaan.Apa2 pun,ingatlah,kita bukan hidup sendirian.Emosi yang kita ekspresskan,akan effect orang sekeliling kita.Jangan memikirkan diri sendiri sahaja,fikirkan juga perasaan orang lain.

"Puas hati aku!!!Aku dah sembur die cukup2...Cari pasal lagi ngan aku,sape suruh!!!"

Adakah kita pernah melalui situasi di atas??Harap2 dijauhkanlah ya.Rendahkan ego,tak kisahlah jika kita yang betul sekalipun,jangan mudah menyalahkan orang lain.Kita perlu mencari penyelesaian,bukan mengungkit kesilapan.Erase segala data permusuhan,buang jauh2 rasa marah yang masih tersisa disebabkan konflik yg lepas2.Tak untung pun kita kalau terus mempertahankan rasa marah dalam diri.Duduk tenang2,senyum sorang2,itu lebih baik dari memaki atau memarahi orang lain.

Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.





~Sekadar Peringatan,Selagi Berkesempatan~


p/s:Lagi satu clinical exam,medicine..Selasa ni insyaAllah habis sume pekse 2nd sessional.Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan.

pp/s:Masalah tak akan selesai jika masing2 mempertahankan ego masing2.Bersangka baiklah,kerana disebabkan sangkaan2 itulah tercetusnya konflik.Ini bukan masanya untuk mencari siapa yang salah atau siapa yang betul,tapi yang kita mahukan ialah mengembalikan keharmonian kita bersama.


Fizzi Binti Shamsudin,

101,Maharaja Residency,

Balmatta Road,Mangalore,India.

4 comments:

beruang diabetes said...

byk ni angen 1 bdn, kentot tak habes2..HAUHAU

ape mksod mengawal dlm keghairahan?? mase shopping ke?

Tabibbatunhawa said...

Aik? siap bubuh nombor flt rumah...Ingat ada orang nak bagi hadiah ker??

Nak pinjam word dalam entry leh?? hihihi...

fizzi shamsudin said...

Nadiah cumil:patut r masa masuk bilik awk td mcm terbau sesuatu,awk kentut rupenye eh,kih3...
maksud mengawal dalm keghairahan tu mungkin mengawal diri dari keinginan2 yg berlebih-lebihan.

fizzi shamsudin said...

Hawa:mana r tahu de org nak hntar rombongan meminang ke,leh r datang rumah kan,kah3..kalau de orang nk bg hadiah lg r best,he2..
pinjamlah mana2 word pun,no prob r dear..