Sunday, February 13, 2011

Ikhtilat pencetus maksiat..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,baru selesai berusrah online bersama rakan2 di India,Malaysia dan Republic Czech.Usrah inter-country memang agak sukar,dari segi penyesuaian masa dan masalah jaringan internet yang kadang2 tak bape nak elok.Tapi outcomes usrah ni memang best.Biarpun jasad kita terpisah jauh,tapi ikatan ukhwah bertaut indah.Setelah hampir 3 tahun kita berpisah,kita dipertemukan kembali di Usrah Nukleus Tarbiyyah(Usrah NT).InsyaAllah,mungkin usrah seterusnya,kawan2 dari Indonesia dan Mesir dapat turut serta,tak sabar menanti,he2..

Exam dah makin dekat,tapi terasa untuk berkongsi sesuatu dengan teman2 yang dikasihi sekalian.Hmmmm,esok 14februari.Harap2 takde diantara kita yang menyambut Valentine's Day ya.Post tentang Valentine's Day leh klik kat sini http://filzahfakhriah.blogspot.com/2010/02/valentines-day.html

Ok,masuk pada tajuk kita.Ikhtilat pencetus maksiat.Pe maksud ikhtilat??Pada bahasa,ikhtilat bermaksud meramukan,menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain(mencampurkannya).
Pada syariat-Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat,sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan memang agak sukar untuk dielakkan.Tapi,yang membezakan adalah bagaimana cara untuk kita memelihara diri dari fitnah.Wahai wanita,larilah dari fitnah,larilah sejauh mungkin.Biar dunia mengatakan dirimu konservatif atau orthodox,apa yang penting peliharalah kesucian dirimu.Kadang kala langkah terasa sukar,apalagi kalau perjuangan untuk memelihara diri tidak mendapat sokongan orang di sekeliling.Apa yang betul terasa salah.Yang salah pula terlihat indah di pandangan mata mereka.Namun,yakinlah,perjuangan anda tidak akan sia2,Allah pasti mempunyai rencana yang terbaik untuk dirimu.Takdir itu bukan hanya perlu dinanti sahaja,Tetapi kita perlu menyelusuri takdir itu dengan bersertakan tadbir yang luar biasa untuk mendapatkan takdir yang luar biasa juga.Allah itu adil,maka bertindaklah sepantasnya temanku.Jangan biarkan diri terus hanyut dengan keindahan dunia yang sementara.




Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Islam itu mudah,tapi tidak boleh dipermudah-mudahkan.Jangan memberatkan situasi,syariat telah menetapkan beberapa kondisi yang mana diperbolehkan antara lelaki dan wanita untuk berinteraksi,tetapi sudah pasti di dalam lingkungan batasan syar'i.Ada 2 keadaan yang mengahruskan ikhtilat.Yang pertama,harus kerana terpaksa(dhorurah),yang kedua harus kerana keperluan(hajat).Sedikit penerangan tentang kedua2 kondisi yang diharuskan ikhtilat:

~Harus kerana terpaksa:
Contoh:Seorang lelaki ajnabi(lelaki asing) melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya drpd diperkosa,jika itu adalah satu2 jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.


~Harus kerana keperluan:

1.Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.

2.Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.
3.Ikhtilat kerana menjadi saksi.
4.Ikhtilat kerana amar ma'ruf nahi munkar.

5.Ikhtilat kerana melayan tetamu.
6.Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.
7.Ikhtilat dalam kenderaan awam.
8.Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad.
9.Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.
10.Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.

Walaupun dalam situasi2 di atas diharuskan ikhtilat,tetapi perlulah mengikut adab2 yang telah ditetapkan syara'.InsyaAllah,sama2 cek diri kita,adakah perhubungan antara kita dengan teman berlawanan jenis adalah termasuk dalam perkara yang diharuskan ikhtilat atau termasuk dalam perkara yang haram?Hukum ikhtilat(percampuran lelaki dan perempuan) adalah haram,melainkan perkara2 yang dinyatakan keharusan berikhtilat yang dinyatakan di atas.


Mari sama2 introspeksi diri kita,perubahan itu memerlukan masa.Persiapkan mental dan seterunya hayunlah langkah,jangan mudah melatah jika dipertengahan jalan ada suara2 sumbang yang cuba menggoyah keyakinanmu.Ingatlah,Allah bersamamu.Mari sama2...






Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini

Jagalah hati jangan kau nodai

Jagalah hati cahaya Illahi

He2,lagu nostalgia tu..

p/s:Banyak tak study lg nak exam nih,he2..InsyaAllah,esok pg baru nk mula,harap2 mudahlah nak recall pe yg blajar kat klas.Doakan saya dan kawan2 mudah jawab exam ya...:D
pp/s:Mabruk kawan2 yang bakal membina baitul muslim.Kagum3...*wink*
ppp/s:Saya mula memikir2kan tentang ikhtilat semasa on d way dr Mansurah ke Cairo julai lepas.Keputusan yang dibuat ikhlas kerana Allah.Terima kasih Mesir,insyaAllah,saya pasti akan ke sana lagi.

Fizzi binti Shamsudin,

101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
Salam sayang dari India...Tido time(masa paling2 best,ha2)







No comments: