Allah sedang menantimu, teman.Ayuh,bersegeralah,anda tidak akan kecewa.
Monday, February 28, 2011
Halwa Telinga
Post kali ni nak share satu lagu.Suka dengar lagu ni masa last year lagi,tapi tak tergerak hati nak mencari translation lagu ni.Sekadar enak di dengar di telinga,menenangkan hati,tapi belum sampai tahap menyentuh hati.Waktu lunch break td,usha2 youtube sat,ingat nk study medicine pastu.Terjumpa lagu yg dulu sy selalu dengar tu,tapi kali ni terasa nak tahu maksud lagu bila tengok video clip lagu tu.Ye r,dulu dengar kat mp3 je,tak feeling sangat r kan,he2...Pastu,layan lagu smpai r nk g posting petang plak,tak study medicine pun,hu2..Meh sama2 dengar dan baca subtitle sekali ya.Tarbiyyah itu ada banyak method,salah satu mesej dakwah boleh disampaikan melalui muzik.InsyaAllah,sama2 ambil ibrah dari lagu ni ya.
http://www.youtube.com/watch?v=3UCm7GIukrg
ni de lirik bahasa arab:
http://www.youtube.com/watch?v=IlJRyshGVY4
Ok,dah sampai masa untuk mula study clinical medicine,esok de exam,ha2...Santai memanjang,exam pun santai gak..:D
p/s:Adik2 1st year yang datang rumah semalam,maaf ya kalau terlebih gurau semalam.Akak mmg gni,mereng sket kadg2,ha2..Suka jumpa korang sume smlm,datanglah lg bila2 ya..
Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
Friday, February 25, 2011
Hari Ini..
Alhamdulillah,hari ni extra rajin untuk update blog.Post kali ni memang super mengarut.Hari ni bangun tido ngan mata yang sangat2 lah berat,pedih gler kot.Tengok cermin smbil berkata,"wah!!!ada 'beg sekolah bergantung di mata' "Mata bengkak,eye bag besar gler(tu yg pggil beg sekolah tu,ha2).Lepas solat subuh,bertapa kat depan laptop plak,godeh2 mana yg patut,update blog.Sedar2 dah kul 7am.Klas kul 8am kat Attavar Hospital.
Sampai je klas,cam biasa sembang2 sat ngan member2 sebelah.Klas kul 8-9am,Pedodontics.lecturer ajar best,klakar,tp de bende yang since last week lg saya perasan,cikgu tu suka cakap,'alright' kat mana2 ayat yg dia suka.Saya pun pe lagi,wat jadual kekerapan bape kali lecturer pedo cakap 'alright' sepanjang klas.Di bawah ini adalah hasilnya:
Contoh pelajar yang kurang keje.Hasilnya,dalam duration 48 minit klas,118 kali lecturer pedo tu cakap perkataan 'alright',he2.
Hbis klas pedo,sambung klas prosthodontics plak.Hujung2 klas prostho super ngantuk,mata berat ditambah ngan sembap mata lum hilang.Alhamdulillah,klas habis cepat,kalau tak,jenuh tahan mata dari tido,ha3.Lepas klas prostho,de rehat setengah jam sebelum smbung ngan klas conservative dentistry.Ingat nk g lab prostho untuk wat keje praktikal pedo,smpai lab tengok menimbun senior kat lab tengah wat kes.Patah balik g lecture hall,tengok jam de 40 minit lagi before klas conso,pe lagi tido r.Selamba je tido,orang wat bising pun leh gak tido,mata dah pedih sangat tak leh nk buka lama2,tido je paling syok.Klas conso hari ni pun best gak,tak berat sangat topic macam minggu2 lepas,naik berasap kepala.
Tadi lepas maghrib,serang rumah adik2 usrah jap.Hari ni birthday Anati.Hepi beday ke 22 tahun sayang,insyaAllah akak doakan perjalanan hidup awak diberkati-Nya.Besar dah adik akak ni,he2..
Saya ngan housemate kenakan beday girl.Kitorang bungkus kasut beday girl dalam kotak ni,konon hadiah beday die r..
Reaksi pertama bila beday girl melihat kasut yang dibelinya sendiri berada di dalam kotak hadiah:tergelak2 tanpa kata...Kitorang saje je pinjam crocs awk minggu lepas anati,he3..
Hadiah beday untuk awak dari akak ngan Kak Sah...Anati,awk beli kasut sukan awl sehari dari kitorg beli,kitorg mmg dah plan nk beli kasut sukan utk awk,sebab tu saje tengok saiz kasut awk pakai,he2..takpe,lepas ni dah de 2 kasut sukan,leh r g main selalu ya.
2 hari ni rasa best sebab dapat makan sekali ngan kawan2.Semalam mkan ngan kawan2 medic kat rumah Eli ngan Tasya,Hepi belated beday Eli.Hari ni makan ngan adik2 dental sambut beday Anati.Thanks kawan2 sebab hadir dalam hidup saya.Saya sungguh2 maksudkan tau,saya gembira ada kawan2 macam awak semua.
Fizzi Binti Shamsudin @ Filzah fakhriah
101,Maharaja residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
Jangan Kamu Marah...
(al-Bukhari)
Ringkas sahaja kata2 Rasulullah,tetapi sangat sukar untuk dilaksanakan.Kadang2 kita sangat mudah terpancing dengan emosi,baru 'dicuit' sedikit,kita sudah melenting.Dengan kepala angin,masalah tidak akan selesai.Memanglah emosi kita fluctuate,kejap terlebih emo,kejap 'angin' satu badan,kejap macam selenge je,takde perasaan.Apa2 pun,ingatlah,kita bukan hidup sendirian.Emosi yang kita ekspresskan,akan effect orang sekeliling kita.Jangan memikirkan diri sendiri sahaja,fikirkan juga perasaan orang lain.
"Puas hati aku!!!Aku dah sembur die cukup2...Cari pasal lagi ngan aku,sape suruh!!!"
Adakah kita pernah melalui situasi di atas??Harap2 dijauhkanlah ya.Rendahkan ego,tak kisahlah jika kita yang betul sekalipun,jangan mudah menyalahkan orang lain.Kita perlu mencari penyelesaian,bukan mengungkit kesilapan.Erase segala data permusuhan,buang jauh2 rasa marah yang masih tersisa disebabkan konflik yg lepas2.Tak untung pun kita kalau terus mempertahankan rasa marah dalam diri.Duduk tenang2,senyum sorang2,itu lebih baik dari memaki atau memarahi orang lain.
Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.
~Sekadar Peringatan,Selagi Berkesempatan~
p/s:Lagi satu clinical exam,medicine..Selasa ni insyaAllah habis sume pekse 2nd sessional.Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan.
pp/s:Masalah tak akan selesai jika masing2 mempertahankan ego masing2.Bersangka baiklah,kerana disebabkan sangkaan2 itulah tercetusnya konflik.Ini bukan masanya untuk mencari siapa yang salah atau siapa yang betul,tapi yang kita mahukan ialah mengembalikan keharmonian kita bersama.
Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
Saturday, February 19, 2011
Penawar Hati...
Sabda Rasulullah SAW:
“Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong leher kamu!”
Kemudian sekalian sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?”
Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada kepada Allah.”
– Hadis riwayat Al- Baihaqi
~mata dah makin kecik,ngantuk sudah,ha2..tinggal lagi satu theory paper,isnin ni,uishhhh...Oral Patho,kamtumi,kamtumi,he3...~
Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore.
Wednesday, February 16, 2011
Rupa + Harta Vs Hati + Amal
Sekadar selingan,terasa nak menulis,pasni sambung study medicine semula.Ringkas je post kali ni,berkongsi satu hadis.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah SWT melihat hati dan amalmu"
(HR Muslim)
InsyaAllah,sama2 kita meningkatkan kualiti amalan kita,bukan hanya mementingkan kuantiti amalan sahaja,tetapi kualiti itu lebih penting dan istiqamah pastinya.Memelihara hati bukan perkara yang mudah,perlukan latihan khusus untuk hati dan hindari dari melakukan perkara2 yang mematikan hati.
~Biar miskin harta,jangan miskin jiwa.Suburkan Ruhiyyah dengan amalan,insyaAllah sama2 usaha ya~
p/s:jumaat exam medicine,sabtu surgery,isnin oral patho.Jadual clinical exam masih tak diketahui,he2..Doakan ya.Gud luck kawan2...:D
Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
Sunday, February 13, 2011
Ikhtilat pencetus maksiat..
Alhamdulillah,baru selesai berusrah online bersama rakan2 di India,Malaysia dan Republic Czech.Usrah inter-country memang agak sukar,dari segi penyesuaian masa dan masalah jaringan internet yang kadang2 tak bape nak elok.Tapi outcomes usrah ni memang best.Biarpun jasad kita terpisah jauh,tapi ikatan ukhwah bertaut indah.Setelah hampir 3 tahun kita berpisah,kita dipertemukan kembali di Usrah Nukleus Tarbiyyah(Usrah NT).InsyaAllah,mungkin usrah seterusnya,kawan2 dari Indonesia dan Mesir dapat turut serta,tak sabar menanti,he2..
Exam dah makin dekat,tapi terasa untuk berkongsi sesuatu dengan teman2 yang dikasihi sekalian.Hmmmm,esok 14februari.Harap2 takde diantara kita yang menyambut Valentine's Day ya.Post tentang Valentine's Day leh klik kat sini http://filzahfakhriah.blogspot.com/2010/02/valentines-day.html
Ok,masuk pada tajuk kita.Ikhtilat pencetus maksiat.Pe maksud ikhtilat??Pada bahasa,ikhtilat bermaksud meramukan,menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain(mencampurkannya). Pada syariat-Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat,sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan memang agak sukar untuk dielakkan.Tapi,yang membezakan adalah bagaimana cara untuk kita memelihara diri dari fitnah.Wahai wanita,larilah dari fitnah,larilah sejauh mungkin.Biar dunia mengatakan dirimu konservatif atau orthodox,apa yang penting peliharalah kesucian dirimu.Kadang kala langkah terasa sukar,apalagi kalau perjuangan untuk memelihara diri tidak mendapat sokongan orang di sekeliling.Apa yang betul terasa salah.Yang salah pula terlihat indah di pandangan mata mereka.Namun,yakinlah,perjuangan anda tidak akan sia2,Allah pasti mempunyai rencana yang terbaik untuk dirimu.Takdir itu bukan hanya perlu dinanti sahaja,Tetapi kita perlu menyelusuri takdir itu dengan bersertakan tadbir yang luar biasa untuk mendapatkan takdir yang luar biasa juga.Allah itu adil,maka bertindaklah sepantasnya temanku.Jangan biarkan diri terus hanyut dengan keindahan dunia yang sementara.
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
Islam itu mudah,tapi tidak boleh dipermudah-mudahkan.Jangan memberatkan situasi,syariat telah menetapkan beberapa kondisi yang mana diperbolehkan antara lelaki dan wanita untuk berinteraksi,tetapi sudah pasti di dalam lingkungan batasan syar'i.Ada 2 keadaan yang mengahruskan ikhtilat.Yang pertama,harus kerana terpaksa(dhorurah),yang kedua harus kerana keperluan(hajat).Sedikit penerangan tentang kedua2 kondisi yang diharuskan ikhtilat:
~Harus kerana terpaksa:
Contoh:Seorang lelaki ajnabi(lelaki asing) melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya drpd diperkosa,jika itu adalah satu2 jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.
~Harus kerana keperluan:
1.Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.
2.Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.
3.Ikhtilat kerana menjadi saksi.
4.Ikhtilat kerana amar ma'ruf nahi munkar.
5.Ikhtilat kerana melayan tetamu.
6.Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. 7.Ikhtilat dalam kenderaan awam.
8.Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad.
9.Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.
10.Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.
Walaupun dalam situasi2 di atas diharuskan ikhtilat,tetapi perlulah mengikut adab2 yang telah ditetapkan syara'.InsyaAllah,sama2 cek diri kita,adakah perhubungan antara kita dengan teman berlawanan jenis adalah termasuk dalam perkara yang diharuskan ikhtilat atau termasuk dalam perkara yang haram?Hukum ikhtilat(percampuran lelaki dan perempuan) adalah haram,melainkan perkara2 yang dinyatakan keharusan berikhtilat yang dinyatakan di atas.
Mari sama2 introspeksi diri kita,perubahan itu memerlukan masa.Persiapkan mental dan seterunya hayunlah langkah,jangan mudah melatah jika dipertengahan jalan ada suara2 sumbang yang cuba menggoyah keyakinanmu.Ingatlah,Allah bersamamu.Mari sama2...
Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi
He2,lagu nostalgia tu..
p/s:Banyak tak study lg nak exam nih,he2..InsyaAllah,esok pg baru nk mula,harap2 mudahlah nak recall pe yg blajar kat klas.Doakan saya dan kawan2 mudah jawab exam ya...:D
pp/s:Mabruk kawan2 yang bakal membina baitul muslim.Kagum3...*wink*
ppp/s:Saya mula memikir2kan tentang ikhtilat semasa on d way dr Mansurah ke Cairo julai lepas.Keputusan yang dibuat ikhlas kerana Allah.Terima kasih Mesir,insyaAllah,saya pasti akan ke sana lagi.
Fizzi binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
Salam sayang dari India...Tido time(masa paling2 best,ha2)
Friday, February 11, 2011
Macam Tak Biasa Exam Pulak Kan...Alah Bisa,Tegal Biasa,Yuhuiii!!!
He3...otak berkarat dan tumpul ni perlu diasah.Kalau pisau leh asah pakai batu pengasah,paling cikai pakai lesung batu pun boleh.Kalau otak saya ni nak asah pakai pe ye??Minggu dekat2 exam ni macam biasa r,tido lebih lama dari biasa.Mata rasa asyik nak pejam je memanjang.Pukul 8pm dah start menguap.Alhamdulillah waktu isya' kat india awal.Grab the chance.Sejak akhir2 ni suka plak cakap ayat tu,'grab the chance',pastu sambung ngan gelak jahat,mmg macam org tak btul gamaknya,ha3...
Exam ooo exam...Kalau gelabah sangat tak bagus,tapi kalau super tenang pun tak bagus gak.18feb ni start dah second sessional.Preparation???tak yah nk kata r...Hati super tenang,tido macam orang tak tido setahun kalau member2 tengok.Dari dulu sampai sekarang masalah yang sama,tido tahap gaban,kalah baby weyhhh..dush..dush..dushh..Kalau takde exam,kuat tdo juga,tp waktu2 dekat exam dan waktu exam tengah on,tdo mmg lebih lama dari biasa.Tengok cara tdo macam orang dah study banyak,padahal study sket sgt nih..
Amboiiii,nikmatnya muka tdo,meniarap seyhhh...gambar hiasan sahaja,ha3..
Macam2 cara dah wat.Meja study yang dok dalam bilik tido saya dah angkat letak kat ruang tamu.Ok pe,jauh sket dari katil.Tapi,serius mmg jenis yang hebat dalam hal tido menido ni,kat meja study pun leh bantai tdo..adeihhh...grab the chance..lol..:D
Ni lg super dahsyat tido,siap wat belon lg..eeeuuuwww..keji sangat kalau sampai level ni,kah3..
First step tak berjaya,wat cara len plak.2 hari lepas,gi study kat rumah nora,dalam maharaja residency gak,dekat je.Minta tolong nora tolong tengok2 kan saya,kalau saya tido,sergah je.Nora baru gi dapur kejap je,dalam 20 minit gtu,die dah dengar saya main laptop.
'Aikkk,main laptop??'-nora
'Saya dah tido lame dah sebelum saya main laptop'-saya
Nora tergelak2.Pelik sebab saya cepat sangat terlelap,baru je tinggal kejap dalam bilik sorang2.Hmmm,apa nak dikata...he2..
Syok tido,bijak2..anak sapa lah ni??kih3...
Tak berjaya juga step ke2.Kat rumah orang pun boleh tdo gak,ishhh,mmg kuat tdo.
Cakap kat housemate aritu.'Camne ni..saya asyik tdo je...orang kata nak sejukkan mata,pakai celak.Saya pakai celak sampai mata ni dah macam kene tumbuk ngan orang dah,tu pun tdo gak.Saya dah letak eye mo sampai mengalir2 kuar mata,bertakung hbis,ngantuk gak.Tak tahu dah nak watpe ni'.Housemate gelak dengar sy cite.Dasar ratu tido.Sape nak lawan tido,meh r,lum jumpe lg orang yg byk tdo mase exam nih,hu2...
Sekarang ni laptop plak teman study.Rasa ngantuk,mula r godeh2 pe yg de kat website mane2.Tak ngantuk pun main laptop gak.Tengok2 sket je yang study,ha2...Saya suka study ngan kawan2,tp ramai yg prefer study sorang2.Takpelah,laptop,awk teman saya study lah ye..:D
Alhamdulillah,malam ni bertahan lama sket mata,latihan untuk awak ya mata,jangan malas2,buka besar2 sket mata.Pandai pun mata buka besar2,ni yang hepi study,he2..
Jangan tiru aksi ni,he3..Jangan malas2,banyak lagi urusan lain belum selesai.Jom study rajin2.Tapi jangan berkira plak nak wat amalan2 lain ya masa exam nih.Kita harapkan kejayaan di dunia(exam dan sebagainya) dan yang paling penting kejayaan di akhirat,jadi pandai2 gunakan masa yang ada.Peringatan untuk diri yang suka buang masa dengan tido yang terlebih2,ubah sket perangai,tak elok sungguh,he2...*wink*
Selamat study kawan2...Doa yang terbaik ya..
Fizzi binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
Tuesday, February 8, 2011
Hati Seorang Pejuang...
Assalamualaikum wbt...
Beberapa hari yang lepas,belek2 barang yang dah simpan dalam kotak.Mencari charger hp sebenarnya,tertinggal plak kat msia masa balik aritu.Ntah mana charger lagi satu,rasa2 cam humban sume barang2 yg tak pakai dalam kotak tu.Cari punya cari,tak jumpa juga charger hp.Tapi takpe,alhamdulillah jumpa sesuatu yg lebih baik dari apa yang dicari.
Hati seorang pejuang...Hmmm,last week,banyak terbuat salah.Salah pada diri,pada orang lain,pada Pemerhati Di Atas Sana...Rasa bersalah yang teramat sangat pada semua orang yang saya pernah terbuat salah,baik perkara tu berlaku sekarang atau yang beberapa bulan lepas,bahkan beberapa tahun lepas,semua semacam menghukum diri.Hati mula mempertikaikan beberapa keputusan yang pernah dibuat sebelum ni,betul atau tak??patut atau tak??ish3..kene tepis suara2 halus ni.Biar seribu pandangan menghina diri ini,tapi pandangan Allah jualah yang lebih utama.Pandangan Allah itu jatuh di sini,di hati kita,ikhlas atau tidak,semuanya diketahuiNya.
Hanya ungkapan maaf sahaja yang mampu saya katakan kepada teman2 yang mungkin pernah terasa dengan kata2 dan perlakuan saya.Saya insan biasa,sering terkhilaf dalam perlakuan.Kalau ada yang masih tak mampu maafkan saya,tolong beritahu saya di mana silap saya,dengan senang hati saya akan memperbaiki situasi.
InsyaAllah,seperti dalam gambar di atas,post kali ni tentang hati seorang pejuang.Terbaca tentang artikel ni masa tahun 2008,terus tulis kat A4 paper,tampal kat dinding bilik hostel.Rasa tenang sangat2 hati bila baca artikel ni,he2..
~Hati Seorang Pejuang~
- Apabila diuji, mereka sesekali tidak lemah dan tidak mudah berputus asa..
- Jika dikritik, jiwanya sentiasa tenang dan tidak sesekali gusar dan takut..
- Bila ditohmah, mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian tersebut..
- Jiwa mereka sentiasa kental dan kuat dalam menghadapi cabaran..
- Mereka tidak pernah membenci orang lain walaupun hatinya disakiti..
- Mereka boleh dinasihati dan ditegur dan tidak mudah melenting..
- Bersikap lapang dada apabila apabila pandangannya tidak diterima dan ditolak..
- Mengakui kesilapan diri dan bersikap pemaaf..
- Tidak mudah merajuk dan mengalah..
- Bersikap lemah lembut dan memudahkan orang lain..
- Mempunyai azam dan cita-cita yang tinggi, jiwanya sentiasa optimis dan istiqamah..
- Merendah diri dan tawaduk, tidak sombong dan tidak pernah merasa bongkak..
- Bersikap tegas dan tidak keras..
- Berpandangan jauh dan terbuka..
p/s:2nd sessional exam dah makin dekat,selamat study kawan2.Semoga dipermudahkan ya.Adik2 2nd ngan 1st year yg nak exam,study rerajin ya.Jangan kalut2,tenang2.Akak suka cakap ayat ni,'alah bisa,tegal biasa'-perghhh rasa super tenang,walaupun fail exam tau,he3..
pp/s:semalam lepak2 kat rumah kak kia,baru tau kak kia ni bukan je hebat memasak,pandai main gitar ngan nyanyi gak rupenye.Cehhhh,jiwang seyhhh kak kia.Sedap r kak kia nyanyi,sy suka lagu It's your love-Tim Mcgraw & Faith Hill,terngiang2 suara kak kia r,he2..Selamat pulang bercuti ke msia kak kia,insyaAllah,jumpe lg nnti.Pasni,kitorg selalu serang apartmen kak kia ye,hu2..
Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.