Wednesday, January 12, 2011

Si penjahat kecil..sape tu??

Assalamualaikum wbt...

Santai2 sebentar sementara menunggu azan isya' berkumandang,kurang 15 minit lg,insyaAllah.Belek2 diari islamiah yg dibeli 2 tahun lepas.Dulu2 konon r nak tulis diari,harapan je r.Tulis r dlm bpe minggu,pastu bosan dah menulis.Tp yang best dalam diari islamiah ni,de banyak tazkirah ringkas dan petikan2 yang agak menarik.Sambil lepak2,baca tazkirah,best juga.

Terbaca satu hadis,menarik juga,tersenyum bila selesai membaca.Hadisnya ringkas je.Baca sama2 ya:

Diriwayatkan drpd Amir bin Saad dari bapanya(Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:"Sesungguhnya nabi SAW telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya 'si penjahat kecil'" (HR Muslim)





Comel je panggil cicak 'si penjahat kecil' kan?Pe lagi,nmpak cicak,cepat2 r capai 'getah tempe' tu,lastik si penjahat kecil tu,dapat pahala.Senang tul nak dapat pahala kan?Jom pakat2 bunuh si penjahat kecil.Kat rumah ni takde cicak r plak,rugi dah,tak dapat pahala utk bunuh cicak dah.Tunggu balik malaysia,ajak Ayil bunuh cicak banyak2,berpesta bunuh si penjahat kecil,he2.

Kenapa Rasulullah suruh bunuh cicak???

Nabi saw bersabda: dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as(HR Bukhari)
(Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, ketika nabi Ibrahim AS dicampak ke dalam api, semua haiwan cuba untuk memadamkan api tersebut kecuali cicak.Ishhh cicak ni,macam dengki gtu,nakal ya,ha2)

Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)

Dalam sirah pun de cite kan,waktu Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sedang menyorok dalam Gua Thur,sewaktu peristiwa hijrah,labah2 wat sarang kat pintu masuk gua(Kiranya macam takde orang r leh masuk dalam gua sbb sarang labah2 masih lengkap dan utuh -baik labah2 ni).Tapi si penjahat kecil ni(cicak) saje je wat bunyi(cicak berbunyi bila de orang kat situ).Pihak musuh pun mula2 macam agak de orang dalam gua tu,tp nasib baik r sarang labah2 de kat pintu masuk gua tu,terselamatlah Rasulullah dan Saidina Abu Bakar berkat pertolongan Allah,sarang labah2 menjadi asbabnya.

Jom pakat2 'kutip' pahala.Senang sangat ni,bunuh cicak je pun,he2..


p/s:Alhamdulillah,petang isnin abah dah selamat wat operation kat KL.Hari ni dah kuar hospital.Dah pesan 3 perkara kat abah,ingat2 eh bah,he2.

Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.

1 comment:

Tabibbatunhawa said...

haha,,,lastik je cicak tu...
pastu bgi ikan haruan makan...