Sunday, January 30, 2011

Eratkan Persahabatan...


Assalamualaikum wbt...

Diriwayatkan daripada Nabi SAW baginda bersabda:
"3 perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya"(HR At-Tabrani)

Alhamdulillah,masih berkesempatan untuk menyampaikan sesuatu melalui blog yang ala2 kadar ni.InsyaAllah,sama-sama kita saling ingat-mengingati kerna kita tak mampu hidup bersendiri.Andai saya hanyut terbuai keindahan dunia,awak,awak dan awak,sebagai teman saya,bantulah saya untuk mengenal erti perjuangan menuju kehidupan di sana nanti.

Kawan-kawan yang saya sayangi,saya kan suka panggil awak2 sume dengan panggilan sayang,dear,ayang,anja,semua2 lah yang manja2,sebab saya sayang awak2 semua.Awak2 sume suka kan saya panggil gtu??He3..Memang r geli sket,tapi ok pe saya panggil sayang,sebab memang saya sayang awak pun.Tengok tu rahsia nak eratkan persahabatan yang ke3,panggil dengan nama yang paling disenangi.Kalau awak tak suka nama sayang,gtau saya,saya tukar nama pe yang awak suka ya,ha2..

'Sahabat yang baik,bila memandangnya teringat pada kehidupan akhirat,bila bersamanya bertambah ilmu,bila mendengar percakapannya bertambah keimanan'.

Hmmm,saya pun nak jadi sahabat yang baik macam kat atas ni untuk awak.Tapi saya tahu bukan senang nak capai level camtu sekali,tapi kita leh cuba,kan awak??Saya tak mampu nak bergerak sendiri,awak nak tak teman saya?Kita islah diri bersama.Saya yakin,kita mampu menjadi lebih baik jika kita bersama.Awak,nak tak teman saya menjadi lebih baik??Saya tunggu jawapannya...





p/s:Alhamdulillah,esok hari ahad,dapat berehat.Letih tak terkata nak siapkan denture.InsyaAllah,selasa nanti complete semua kes prostho.Harap2 dipermudahkan.
pp/s:Hari ni 'penyakit' muntah2 datang lg.Housemate cakap,'ntah2 awak tension nak exam kot'.Saya pun pe lg,membalas dengan gelak yg plg jahat sekali.

Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.

12 comments:

beruang diabetes said...

..panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya...

nanti saye nak req org panggil saye 'nadiah cumil' lah...HAHA.boleh tak?
=p

fizzi shamsudin said...

salam nadiah cumil...
tengok tu,akak dah panggil dah awk nadiah cumil,suka tak??kih3..lps ni masa usrah,akak panggil awk nadiah cumil r ye,kui3...

Tabibbatunhawa said...

panggil saya sayang...saya suka!!!

fizzi shamsudin said...

hawa khai..akak ingatkn kak hawa td,nape awk pakai 23??he3..nnti akak panggil awk sayang eh,kih3..ish3,org johor ni mmg penyayang eh??(masuk bakul,angkat sendiri...bakul lobos,patut leh berdiri,kui3..)

Al-Dzulfiqar said...

Assalamualaikum..

insyaAllah Domperidone dpt mmbntu utk mslh muntah2 kamu tu.

Wassalam.

Ammal Dzulfiqar Bin Ismail,
Shreeram Sadhana Apartment,
MSR Nagar,Bangalore,India.

p/s:maaf x dpt nk komen pjg sgt,exam sudh bermula.

MomoN said...

sy pun suka pngl org syg!
hik3..
berusaha menjadi sahabat yang baik jom yang~

fizzi shamsudin said...

salam ammal..siap ngan alamat bagai,panjang gak r komen jadinye,ha3..gud luck exam,cuba yang terbaik,doa yang terbaik,jgn tension2 study..

fizzi shamsudin said...

salam kak zimah cayang,he3..org johor yg ke3 dah kuar,hipotesis yg org johor mmg suka panggil sayang2 ni makin mantap,hik3...jom sama2 berusaha jd sahabat yang baik..:D

imanulhassan said...

hang punya entri kalini baguih betui, terkesan kat hati lg2 bila baca 'Sahabat yang baik,bila memandangnya teringat pada kehidupan akhirat,bila bersamanya bertambah ilmu,bila mendengar percakapannya bertambah keimanan'.

tu hadis nabi ke? penah dgr b4 this, tp xtau sapa yg habaq mai. nnt kalu hang dpt tau dari nabi or kata2 sahabat, or dari kata2 tokoh tertentu, habaq na. ayat yg sgt power utk share dgn kawan2!

btw, org shah alam lg sweet ok, sekian.

fizzi shamsudin said...

salam iman..
amboi3,ber'hang'2 no..praktis kecek klate molek2 dulu,baru r blajar loghat len no,kui3..
Suka ayat tu sbb de prkataan 'iman' kah??he3..tak pasti r hadis ke pe,sbb de yg kata hadis,tp die tak mention pun martabat hadis..
nak juga ngaku org shah alam pun sweet ye..amik2..(btw,ni nk ngaku utk diri sendiri or utk kwn baik tu??ngeh3)

imanulhassan said...

waduh, demo ni tok tahu ko ambo meme bule kecek kedah. ambo ado rama saing nge saudara hok dari kedah. loni ambo doh bule kecek klate slow2, lgpon ambo ado family hok besut nuh.

kalu ambo nk cubo kecek minang, xleh gi doh. kecek minang berat bbeno.

ore shah ale meme suwwit, xkiro la ambo ko, saing ambo ko, sumo suwwit2 blako.

haih, ambo hok suko pepatah tu sbb maksud hok molek banga. buke sbb ado namo ambo dale tuu.

fizzi shamsudin said...

iman:kecek klate da supo oghe kelate..ehem2..ehem3..ehem..(sakit tekak plak),kui3..