Allah sedang menantimu, teman.Ayuh,bersegeralah,anda tidak akan kecewa.
Friday, November 26, 2010
5 syarat untuk buat maksiat...kalau boleh penuhi,mmg tabik spring toink2 r..
Alhamdulillah,exam dah hbis.Tak sabar nk tggu result pekse..Dgn soalan surgery yg out of syllabus,mmg best membantai jawapan,he2..Senior plak de ckp,surgery ni lecturer simply bg markah je,gold medallist pun fail surgery!!!glurppp...macam tu plak ye??Oral patho plak smpai sakit2 kepla masa exam nk create jawapan,suka suki je wat fakta sndiri,tibai je selagi boleh,he2.. Habis je pekse sessional smlm,senyum sampai ke telinga,padahal takde beza pun exam ngan tak exam,tido kul 8pm gak tiap2 hari,he2..Smlm call abah..ni dialog kitorg...
'Bah,exam hbis dah,he3..3hari pekse practical,3 hari gak org tdo kul 8pm'-sy
'tdo kul 8??'-abah pelik,kagum gamaknya,ha3..
'aah bah..kan nak exam,tdo kene cukup!!!'-selamba je jawab,patut kene smash berkali2 di muka ni,hu2...
'ni bukan cukup tdo ni,terlebih ni'-perghhh,ayat pedas abah..
'kih3...'-sy gelak je kejenye...
Pastu cite kat abah psl soalan ujian lisan surgery...bukan cite kosong je..nak suruh abah g hospital cepat sket sbnrnya,area bwh perut abah mcm de swelling...so cite r kat abah,td dpt soalan beza reducibility ngan compressibility...de r kaitan sket ngan sakit abah,tu yg mase study rase cam best sket.Dpt jawab pun sbb teringat penyakit abah yg tak didiagnose doktor lg,memandai je agak2 berdasarkn symptom2 yg abah cite,he2..
Td terbaca satu artikel,menarik gak r...Tajuknya 5 syarat untuk buat maksiat,leh tgk original post kat sini http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1797 Ni hasil copy paste,ha2...
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:
SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:
SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:
SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:
SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh". Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:
SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.
Tepuk dada,tanya iman.Anda bebas untuk membuat pilihan,kita akan dipertanggungjawabkan setiap apa yg kita lakukan.Jalan fujur atau jalan takwa,yang mana satu menjadi pilihan hati?Catatan amal tercatat di Illiyyin,catatan maksiat tercatat di sijjin.Berubahlah selagi berkesempatan,yg kurang baik kepada baik,yg baik kpd lebih baik.Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
p/s:menghitung hari,he2...banyak bende nak kena settle before cuti sem,baru seronok mase cuti nnti...
pp/s:Ayil,adik bg masa 2 mggu je lg,Ayil kene belajar masak,nnti adik balik,Ayil kena masak utk adik.Adik kuat makan dah skrg,hu2..Sedap membuli budak2 ni,ha3...
Fizzi Shamsudin,
101 Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
Sunday, November 21, 2010
Berbakti Kepada Ibu Bapa
Seminit lg pkl 9 mlm,sebutir pun tak study pe lg ni.Esok mungkin de ujian lisan.Td borak ngan mak,mak pelik,'camne plak leh mungkin2 ni nak pekse???',segalanya mungkin mak ku tersayang,ha2..Biasa r tu ujian lisan,student 100 org,cikgu 2 org,mari kita lihat,sape yg kena!!!Walaupun x bpe nk study utk ujian lisan esok,tp harap2 terpilih r utk pekse esok,tak leh tahan dh ni,cepatlah masa berlalu..
Post kali ni nak share tentang berbakti kpd ibu bapa.So,korg2 yg de parents tu pandai2 r jaga hati diorang,mak dan abah tiada gantinya.Sedih gler kot kalau sy terdengar tentang cite anak derhaka ni,lagi2 yg kurang ajar ngan mak abah hanya kerana perempuan atau lelaki yang baru wujud dlm hidup dia.Panas btul kepala dgr cite cmni.Masa berborak ngan housemate,terkeluar r pantun ni...
'ishhh,nasi lemak buah bidara btul r!!!'teremosi plak sy mase borak ngan housemate...housemate pelik dgr,'pe mende tu??'
'Diorg yg sanggup lukakan hati mak ayah sbb pakwe makwe ni r...mcm dlm pantun ni,nasi lemak buah bidara,sayang selasih hamba turutkan,buang emak buang saudara,kerana kasih hamba turutkan'.he3,tersastera sebentar..
Perkara biasalah tu kalau parents tak setuju dgn pilihan hati,tp tolonglah rasional sket..Lelaki atau perempuan yg korg baru kenal tu bila2 masa je leh campak korang k,kalau korang sakit ke pe,lum tentu dia leh jaga korg.Tp kasih sayang ibu bapa tak bertepi,walaupun banyak kali kita sakiti hati mereka,tak pernah mereka fikir utk meninggalkan kita.Lebih 20 tahun mereka menjaga kita,jangan hanya kerana baru kenal 'kawan' kita tu setahun dua,kita sanggup buang ibu bapa.
Post ni takde nak tembak sape2.Sekadar peringatan untuk diri sendiri juga.Turutilah kehendak mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.Selagi berkesempatan,bahagiakanlah mereka.
Sabda Nabi SAW;
“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]Firman Allah SWT;
“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … ” (Al-Ankabut ayat 8 )
Andai kata baru tersedar tak sengaja lukakan hati mak abah,mintalah maaf cepat2,jangan bertangguh2,campak rasa malu tu jauh2..
Kadang2 kita tak malu ungkapkan rasa sayang pd kekasih kita,tapi kita malu untuk melisankan rasa kasih kita pd ibu bapa sendiri...
Kadang2 kita tak malu untuk memeluk kekasih kita,tapi kita malu untuk memimpin tangan ibu bapa kita...
Kadang2 kita sanggup berhabis hanya untuk kekasih kita,tapi kita berkira pada ibu bapa sendiri...
Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.Andai ibu bapa telah anda derhakai,berkatkah kehidupan yang dilalui??Kasihilah mereka selagi berkesempatan,realistiklah dlm berdepan dgn masalah.Allah bersama dengan orang2 yang sabar,semoga kita termasuk dalam golongan itu.Setiap orang pasti akan berhadapan dengan ujian,jangan mudah melatah.Jangan hanya mencipta ilusi di alam fantasi,sedangkan implikasi tidak seindah imaginasi...
Saya sayang mak abah saya!!!he3...
Fizzi shamsudin@filzah fakhriah
101,maharaja residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
p/s:Mak cite,hari ni Ayil masak nasi sendiri...alah ciannye adik sy ni,lapar ye die,takde org nak layan,ha2..Baru 9 tahun dah pandai masak nasi,rasa kagum plak tetibe,he2..mak kata,Ayil makin bulat,asyik makan je kejenye,he2...Ayil,sikit lg berat awk tu dah nk sama ngan 'adik'.Tahun depan Ayil dah leh dukung 'adik' kot,ha2...
pp/s:Tak sabar nk tengok muka 'dayang senandung',ha3..mak kata kak uji dah mkin putih,krim pelah ko tepek kat muka ek,he2..
ppp/s:Mak dan abah masih lum sihat.Semoga cepat sembuh ya.Doa masih pending lg mak,insyaAllah selagi hayat dikandung badan,doa sentiasa ada utk kalian,insan yang mendidik kami berenam.
Wednesday, November 17, 2010
Sekadar Peringatan Selagi Berkesempatan...
Alhamdulillah,selesai sudah solat subuh dan ma'thurat,2 jam lagi insyaAllah kami pelajar perempuan di Mangalore akan berkumpul untuk solat Hari Raya.Syukur tahun ni Universiti bg cuti,last year terkejar2 ke kelas lepas solat raya.Tahun ni,boleh santai2 ngan kawan lpas solat raya,insyaAllah.Tapi,untuk medic student 2nd year,mesti tgh gabra kan??he3...Gud luck ye kawan2,final exam start next week.InsyaAllah,sama2 doa ya...
Post kali ni sekadar perkongsian bersama.Semoga hari demi hari,kita dapat perbaiki diri dr segala aspek hendaknya.Yg menulis ni pun diharap dpt jd pelajar yg lebih rajin,he3...
Sahabat yg dikasihi,tahukah anda,dalam hidup ini,Allah hanya memanggil kita 3 kali sahaja??
Biar betik???tu ayat budak2 skrg eh,ha2...Betul..hanya 3 kali sahaja.2 panggilan pertama untuk org islam dan panggilan terakhir untuk setiap manusia.Nak tahu pe 3 panggilan Allah tu??
Panggilan pertama ialah panggilan azan.5 kali sehari Allah memanggil kita untuk mengerjakan solat wajib.Apa reaksi kita apabila terdengar seruan azan??Adakah kita masih membelek2 buku,bermain di padang,berlegar di mall,menonton movie??Tepuk dada,tanya iman.Terlalu banyak nikmat yg kita perolehi,biarpun kita sering mengingkari suruhan-Nya.Untuk peringatan kepada diri sendiri,semoga dapat memperbaiki amal sehari2.
Panggilan kedua ialah panggilan haji.Panggilan ini bersifat halus.Allah memangil hamba-hambaNya secara bergiliran.Mungkin kita terpilih dan mungkin tidak.Ada dikalangan kita yang mengaggap pergi haji ni sebagai 'adat' bukan 'ibadat'.Biarpun mulut mereka tidak menyatakan sebegitu,tp tindakan mereka jelas kelihatan.Mereka menganggap pergi haji seperti pergi melancong,bezanya pergi melancong kali ni perlu menutup aurat.Balik dari haji,tudung dan jubah2 dicampak ke tepi,skirt pendek dan baju ketat yg menjadi pilihan di hati.Sejauh mana keberkatan ibadah haji yg anda peroleh wahai manusia??Mudah sungguh anda tertewas dgn ujian dunia.Penyakit wahan,cintakan dunia dan takutkan mati sudah bersarang terlalu lama dalam hati kita...nauzubillah min zalik..Lindungilah kami Ya Allah dr tipu daya dunia...
Panggilan ketiga ialah panggilan maut.Setiap dr kita pasti merasainya,tidak kira tua atau muda,kaya atau miskin,kuat atau lemah,pasti sampai jua giliran masing2.Usah memikirkan bila waktunya akan tiba,tapi fikirkanlah apa yg kita telah sediakan,sudahkah cukup bekalan kita ke sana???Malaikat maut sedang memerhatikan kita,waspadalah!!!Waktunya pasti akan tiba.Bila??Hanya Allah yg tahu..Bagaimana??Mengharapkan mati dalam keadaan husnul khatimah,penyudahan yg baik.Pada waktu itu,harta dan takhta tiada berguna.Hanya amal yang menentukan kita ditempatkan di mana...Pesanan Rasulullah itu jelas bahawa orang yg paling pandai ialah orang yang sering mengingati mati.Bukan pesimis pada dunia,tetapi dengan mengingati mati,kita akan teragak2 untuk melakukan maksiat kerana kita takut andainya kematian menjemput sewaktu kita melakukan perkara2 maksiat dan lagha.
Bukalah hati kalian untuk melihat kebenaran.Burulah hidayah Allah,biarpun dalam kelam.InsyaAllah,kita sama2 mencari titik cahayaitu dan pabila sudah ketemu,genggam kebenaran tersebut sebaik mungkin,jangan biar terlepas,kelak diri sendiri yang akan menyesal.Terima kasih teman2 yang membimbing sy selama ini,budi kalian sy kenang hingga akhir hayat.Doakan kita sama2 tsabat di atas jalan dakwah ini,jln amar makruf nahi munkar.Biarpun pelbagai dugaan datang bertandang,hanya janji Allah yang manjadi pengubat segala kedukaan...
Salam aidil adha..Semoga hidup anda semua sentiasa disinari rahmat dan maghfirah dr Allah...
Sahabat usrah,tak cukup orang ni,insyaAllah,len kali kita ambil gmbar lg bila dah cukup org ye..kak mus,cepat2 balik india,he2..
Coursemate tersayang..kami ber4 je malay girls batch 08 MCODS.Muka bahagia gler,baru hbis exam theory,he2..bersahur dan solat subuh bersama,9zulhijjah..insyaAllah,len kali sy ngan sah plak lepak rumah korg ye,asma ngan dian..
p/s:Ayil adikku sayang,jgn marah ye...tp,mmg btul r muka budak india tu sama gler mcm muka ayil,he2..Adik rindu Ayil!!!
pp/s:mak dan abah masih lum sihat.InsyaAllah,kita jumpa sebulan lg ya.Time kasih untuk doa mak abah..exam prac smbung minggu depan.Doa lg tau mak ngan abah,he2...
Fizzi Shamsudin@filzah fakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,
Mangalore,India.
Tuesday, November 16, 2010
Hepi beday dear...
Alhamdulillah,smpat lg nak wish beday Kak Ina.Sorry,terlupa plak tahun ni nk wish awl2,tp ok r gak still 16nov lg skrg.Kak Ina,tua dah ko ek,25tahun dah,he2.
Beza umur kita 3 tahun je,kita mmg kamceng mase kecik2 dulu kan,gado pun selalu gak.Skrg ni bila teringat mase kecik2 dulu,kite leh tergelak besar sbb macam2 kita wat mase dulu2.Dulu aku,Kak Ya,Kak Uji ngan Abg Ja'a,panggil ko nyonya leper sbb ko dulu kurus kering gler,leper semacam je.Nama panggilan nyonya leper tu aku yg bg ko kan??ha3,smpai2 korg sume de nama panggilan masing2,aku gak yg bg gelaran tu.Sbb aku plg kecik mase dulu,aku cakap pe pun korg tak leh nak marah,mak back up lebih,yipppiii..Tp,skrg ni bila dah besar,kenangan dulu2 lah kita dok kenang kan...syok gak sbb umur kita adik beradik beza 2,3 tahun je.So,mcm2 kita wat sama2 wktu dulu.Letih mak dok kejar kita bila kita wat hal.
Skrg ni Abg Ja'a,Kak Uji ngan Kak ya sume dah kawin...Ntah2 tak lame lg,ko plak...pasni aku nak geng sape plak weyhh??Aku try belek2 gmbar kat dlm laptop ni,tak jumpe plak gambo ko r..Mase raya lepas kita tak ambil gmbar sama2 r..Tggu r balik nnti,aku nk ambil gmbar korg sume byk2,wat simpanan,harta karun,kih3..
Ni lagu utk ko.Aku tau,ko mesti suke,he2...Weyhhh,tiap kali aku balik,ko mesti tak puas hati ngan aku kan...Ko selalu cakap aku suka wat muka siot je,he3..tu bukan muka wat2 r,mmg muka original,aku mmg suka wat muka poyo depan ko sbb aku suke tgk ko marah.Mesti ko dh rindu nk tengok muka siot aku kan??tggu sebulan lg,dpt r ko tgk,he2...
Oklah dear,hepi beday ya...
Thursday, November 11, 2010
Rojak...
Jumaat ni 1st theory paper utk 1st sessional.Tp,jari2 ni miang nak menulis kat blog,walaupun study menimbun tak hbis lg.Biasa r tu,tak pernah kot hbis study since secondary school lg,redah je masuk dewan exam dgn muka selenge alah2 tenang gtu,budget cam mantap je study,lakonan semata2...
Kali ni bukn nak cite pasal rojak or de plan nk wat rojak,tp tajuk rojak tu sbb nak sumbat mcm2 bende kat dlm post kali ni.Ada bende penting,de bende ngarut..korg tapis2 r sndiri..kalau termengarut lebih,maaflah ye,sbb tahap mengarut sy berkadar langsung ngan kebengongan kepala ni.Almaklumlah,nk dekat exam,kepala pun ting tong sket jadinya,he2...
Td jln2 di facebook(hmmm..sejak bila aku de fb??ha2),terjumpe artikel yg menarik r gak(bg sy r).Jom baca sama2,pendek je pun.
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Korg try r cek diri sndiri,korg termasuk tak dlm 4 golongan kat atas ni.Sy dah cek dah...Perghhh,kena sedas kat muka ni,byk tul yg perlu diperbaiki.Alhamdulillah,masih ada masa utk berubah..
Exam dh sgt2 r dekat,tp rasa santai gler eh.Tension tul r sbb tak tension nak exam.Td call abah,borak ngan abah jap.
"abah,bg r kita motivasi.Exam dah dekat,kita asyik tido je ni,cmne bah??"
selamba je abah jawab,"nak tido,tido jelah...pastu nnti study r.Adik ni,bukan pertama kali pekse pun"
"Masalahnya bah,tiap2 kali exam mmg gni.." ha2..sama je bende yg dirungutkan kat mak ngan abah...sy selalu pelik,mcm mane org len leh rajin study..sy baru buka buku,tak lame menguap r..doa dah bace..tlg bg tips rajin study sket,he2...
Ahad lepas skype ngan family.Alah,tp webcam kat rumah hilg,sape r nyorokkn tu,dah kita tak dapat tengok muka mak abah kita.Ayat pertama masa start skype ngan family,"mak,abah,kita rindu ngan mak ngan abah!!!"ngeh3..Dah siap borak,mesej2 skype ngan Shahril Izwan,adik kesayanganku,hik3..Kejap pggil die Ayil,kejap Awan,kejap Yewan,mcm2 pggilan nam die..Dekat budak 9 tahun pun sy tanye soalan yg sama,"Ayil,adik dah nk dekat exam,tp adik byk tdo.Camne tak nak ngantuk mase study??"Kat bwh ni mesej kitorg,he2..De unsur2 mengarut2,tp terubat gak r rase rindu kat adikku sayang ni,he2...
[11/7/2010 8:36:50 AM] Suriati Binti Shamsudin: tampar je muka
[11/7/2010 8:37:15 AM] fizzi shamsudin: sakit r kite nnti..
[11/7/2010 8:37:21 AM] fizzi shamsudin: lain2..
[11/7/2010 8:38:58 AM] Suriati Binti Shamsudin: awan kalau nak periksa pun tak baca buku
[11/7/2010 8:39:41 AM] fizzi shamsudin: kah3...gtu plak die..
[11/7/2010 8:39:52 AM] fizzi shamsudin: hbis tu adik x yah bace buku gak r eh??
[11/7/2010 8:40:36 AM] Suriati Binti Shamsudin: habis awan lulus
[11/7/2010 8:41:29 AM] fizzi shamsudin: he3..adik selalu tak lulus..
[11/7/2010 8:41:33 AM] fizzi shamsudin: camne ni??
[11/7/2010 8:41:45 AM] fizzi shamsudin: :D:D
[11/7/2010 8:44:15 AM] Suriati Binti Shamsudin: kalau x lulus senang je tunggu cikgu sebat
[11/7/2010 8:44:35 AM] Suriati Binti Shamsudin: (rofl)
[11/7/2010 8:44:40 AM] fizzi shamsudin: he3..
[11/7/2010 8:44:47 AM] fizzi shamsudin: bestnye kene sebat..
[11/7/2010 8:44:50 AM] fizzi shamsudin: nak3...
[11/7/2010 8:44:57 AM] fizzi shamsudin: :P:P
[11/7/2010 8:46:36 AM] Suriati Binti Shamsudin: rotan besar nak x berbirat b****t
[11/7/2010 8:47:31 AM] fizzi shamsudin: kah3..macam best je..nak3..
[11/7/2010 8:47:44 AM] fizzi shamsudin: tak berbirat,siap awan nnti..
[11/7/2010 8:47:46 AM] fizzi shamsudin: he3..
[11/7/2010 8:47:52 AM] Suriati Binti Shamsudin: :@
[11/7/2010 8:48:42 AM] Suriati Binti Shamsudin: (rofl)
[11/7/2010 8:48:51 AM] fizzi shamsudin: (inlove)(inlove)(inlove)
[11/7/2010 8:49:03 AM] Suriati Binti Shamsudin: (puke)
[11/7/2010 8:49:22 AM] Suriati Binti Shamsudin: (o)
[11/7/2010 8:49:28 AM] fizzi shamsudin: he3..
[11/7/2010 8:49:43 AM] fizzi shamsudin: oklah awan,adik nk study sket..
[11/7/2010 8:49:55 AM] fizzi shamsudin: ngantuk nnti,adik tampar2 muka..
[11/7/2010 8:49:59 AM] fizzi shamsudin: ha3..
[11/7/2010 8:50:22 AM] Suriati Binti Shamsudin: (handshake)
[11/7/2010 8:50:56 AM] fizzi shamsudin: (handshake)
[11/7/2010 8:50:59 AM] fizzi shamsudin: he3..
[11/7/2010 8:51:03 AM] fizzi shamsudin: babai awan..
[11/7/2010 8:51:08 AM] fizzi shamsudin: g jaga haikal..
Adik dengar cakap Ayil tau,kalau ngantuk,tampar2 muka.Adik balik dec ni try tgk muka adik de bekas2 tampar tak,he3..
Cukuplah mengarut setakat ni.Buku dah memanggil2 tu,ha2...Alhamdulillah,mata dapat bertahan mlm ni.Gud luck kwn2 yg sedang dan akan menghadapi peperiksaan.Semoga dipermudahkan menjawab setiap soalan ya..
Fizzi binti Shamsudin@Filzahfakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,
Mangalore,India.
Tuesday, November 2, 2010
'sakit rumah'...sy rindu mereka..
12.32am...hmmm,julung2 kali leh bertahan smpai waktu gni,he2..Waktu2 sunyi gni r mula teringat2 kat mak ngan abah.Perasaan risau tentang kesihatan mereka memuncak2 sejak akhir2 ni.Semoga mak ngan abah cepat sembuh ya.Rindu sangat kat mak ngan abah.Tak sabar nak tunggu december ni,nak jumpa mak,abah,adik beradik dan yg pasti muhd hassanul haikal.
Terngiang2 perbualan dengan mak dan abah beberapa hari lepas.Sekarang makin kerap call mak ngan abah sebab exam dah nak dekat,ha2..selalu ngadu kat diorg kalau malas study.."mak,bg r kita semangat nak study!!!"...he2,tu ayat biasa yg sy ucap setiap kali kalau call mak.Dulu pernah sampai satu tahap,minta mak tolong buatkan jadual study utk sy..kesian mak,anak dh study kat universiti pun minta mak wat kan jadual study..ngengada btul!!!he3...mak motivator terhebat utk sy.Kadang2 dah tau dah tentang sesuatu benda tu,tp bila mak yg cakap,mmg insyaAllah akan try buat juga.
Dulu masa sekolah menengah,kalau nak g exam,selalu minta mak baca selawat dan alfatihah dalam air yg sy nak bawa masuk dlm dewan exam.Walaupun study tak seberapa,alhamdulillah,dipermudahkan.Tp sekarang...mak dah jauh di mata..."kita nak mak kita!!!',ni ayat yg sy selalu ulang kalau call mak,he2..kakak kalau die yg jawab phone,confirm die akan cakap,'ngada r ko,nak manja2 plak!!!'...kakak sy ni mmg bekeng..*wink*...mak ngan abah dah terbiasa dah kalau anak dia sorg ni cakap manja2,kalah budak2!!!adik pun bercakap lebih dewasa dr sy,he2..Rindu Ayil juga!!Teman sebilikku..borak bersama before tido,tp selalu 'adik' yg tdo dulu kan,Ayil tdo lewat dr adik.Bila 'adik' kata 'adik' nak tdo,Ayil selalu cakap,'Alah adik,malam masih muda,jom borak lg',he2..lepak sama ngan Ayil,jalan2 sama2 ngan Ayil.Dr dulu,'adik' suka pegang tangan Ayil kalau jalan sama2,tp skrg Ayil dah besar,jarang dah Ayil bg adik pegang tangan Ayil,malu eh???he2...Dah 9 tahun kita bersama Ayil,jd anak yg soleh ya.
Halatuju penulisan kali ni tak tau fokus ke mana...main tibai pe yg terlintas di fikiran...Saya sangat2 rindu mereka!!!Bagusnya exam dah dekat,makin dekat r dgn tarikh nak pulang ke msia,best3...1st sessional lg 10 hari,harap2 dpt study rajin sket dr pekse sebelum2 ni yg mg malas tahap dewa...'Mak,bg adik motivasi sket!!!',he2..
p/s:Gud luck kawan2 yg tgh busy study untuk sessional or final..semoga dipermudahkan menjawab exam..tenang2 ya,jgn gelabah2..
pp/s:teringat2 lawak mak..'mak,kita habis study nnti,kawan2 kat msia dah de 3 anak dah mak!!'.Pastu selamba mak cakap,'nnti ko beranak 4 trus'...'mak,ingat kita ni mak kucing ke nak beranak sekali 4???'..gelak2 ngan mak pastu...mak ni makin klakar r,dulu garang tul...penat mak nak layan anak mak ni kan,he2...
Fizzi binti Shamsudin @ filzahfakhriah
101,Maharaja Residency,
Mangalore,India.