Sunday, January 30, 2011

Eratkan Persahabatan...


Assalamualaikum wbt...

Diriwayatkan daripada Nabi SAW baginda bersabda:
"3 perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya"(HR At-Tabrani)

Alhamdulillah,masih berkesempatan untuk menyampaikan sesuatu melalui blog yang ala2 kadar ni.InsyaAllah,sama-sama kita saling ingat-mengingati kerna kita tak mampu hidup bersendiri.Andai saya hanyut terbuai keindahan dunia,awak,awak dan awak,sebagai teman saya,bantulah saya untuk mengenal erti perjuangan menuju kehidupan di sana nanti.

Kawan-kawan yang saya sayangi,saya kan suka panggil awak2 sume dengan panggilan sayang,dear,ayang,anja,semua2 lah yang manja2,sebab saya sayang awak2 semua.Awak2 sume suka kan saya panggil gtu??He3..Memang r geli sket,tapi ok pe saya panggil sayang,sebab memang saya sayang awak pun.Tengok tu rahsia nak eratkan persahabatan yang ke3,panggil dengan nama yang paling disenangi.Kalau awak tak suka nama sayang,gtau saya,saya tukar nama pe yang awak suka ya,ha2..

'Sahabat yang baik,bila memandangnya teringat pada kehidupan akhirat,bila bersamanya bertambah ilmu,bila mendengar percakapannya bertambah keimanan'.

Hmmm,saya pun nak jadi sahabat yang baik macam kat atas ni untuk awak.Tapi saya tahu bukan senang nak capai level camtu sekali,tapi kita leh cuba,kan awak??Saya tak mampu nak bergerak sendiri,awak nak tak teman saya?Kita islah diri bersama.Saya yakin,kita mampu menjadi lebih baik jika kita bersama.Awak,nak tak teman saya menjadi lebih baik??Saya tunggu jawapannya...





p/s:Alhamdulillah,esok hari ahad,dapat berehat.Letih tak terkata nak siapkan denture.InsyaAllah,selasa nanti complete semua kes prostho.Harap2 dipermudahkan.
pp/s:Hari ni 'penyakit' muntah2 datang lg.Housemate cakap,'ntah2 awak tension nak exam kot'.Saya pun pe lg,membalas dengan gelak yg plg jahat sekali.

Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.

Wednesday, January 26, 2011

Kebajikan vs Dosa..

Ni hasil copy paste emel yang saya hantar pada kawan2 sebentar td.Alhamdulillah,malam ni rajin plak naik menulis.Kawan2 yang dah dapat emel ni leh r skip entry ni,he2...Sekarang ni mudah sangat nk sampaikan dakwah,mesej hp boleh,emel boleh,tulis kat blog boleh,hebat2 teknologi sekarang.Tinggal nak wat ke tidak je...Rajin2kan diri,jangan malas2(pesan utk diri)

Assalamualaikum wbt...

InsyaAllah,untuk beberapa minit,semoga sedikit masa yang diluangkan untuk membaca emel ini akan diganjari oleh Allah Taala.

Sedikit perkongsian bersama,sebuah hadis yang sangat2 bermakna dan berguna untuk sesi muhasabah diri.Kadangkala,kita bingung samada perkara yang kita lakukan ini betul atau tidak,bahkan kadang kala kita kurang pasti samada perkara tersebut berdosa atau tidak.

Mungkin hadis ini boleh dijadikan kayu ukur dalam menentukan,adakah amalan yang kita lakukan adalah hak atau batil,benar atau salah,kebajikan atau dosa.Hadisnya berbunyi begini:

Diriwayatkan drpd Nawwas bin Sam'an al-Anshari r.a katanya:
'Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa..Sabda Baginda:"Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah.Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada,padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain."(HR Muslim)

Tepuk dada,tanya iman.
Ingatlah,malaikat maut memerhati wajah kita 70 kali sehari.

~sekadar peringatan,selagi berkesempatan~

Fizzi Binti Shamsudin @ filzah fakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India

Tuesday, January 25, 2011

mengomel2...tak penting pun...

Assalamualaikum wbt...

Syukur yang tak terhingga,dipermudahkan segala urusan seharian.Walaupun bulan ni memang busy gler,semua sbb posting prosthodontics.Ada masa free je,kena gi lab.Takde masa free,kena bunk klas,sebab nak siapkan keje2 lab utk wat gigi palsu.Alhamdulillah,sem ni dapat 3 kes,2 kes removable partial denture(RPD),1 kes complete denture(CD).2 kes RPD dah selesai,1kes CD dalam proses.

Dah berapa hari ntah tak call mak ngan abah..last call abah masa beday abah,20januari..hmmm,5 hari tak call mak ngan abah,pencapaian yg membanggakan,he2..selalu call mak selang sehari.Tapi,sebab balik posting dah letih,tak larat r nk borak ngan mak.Kalau call mak,confirm2 gayut setengah jam,de je bende yang nk disembang..Telefon td pun sebab nak tanya resepi kat mak.Kalau kak Ina tahu,mesti dia cakap gni,'Ko,balik rumah nnti,belajo masak.Dah kat india baru nak call2'...Takpe2,nasib baik Kak Ina pandai masak,dia nk bising2 pun,wat pekak je r,he2...

Duduk2 depan laptop ni banyak wat bende lagha tul.Bazir masa je banyak,ha2.Nasib baik kat rumah kitorg takde TV,kalau tak melekat kat depan TV r gamaknya.

Teringat plak,denda yang saya kenakan kat Ayil,tak leh tengok TV selama seminggu,ha2..Bukan tak boleh tengok TV langsung,tp Ayil tak leh on TV atau tukar siaran,pe yang org len tengok,tu r yg die kena tengok gak.Menderita gak die nmpaknya..Ye r,die mmg suka tengok TV,sepanjang hari ddk depan TV.Ayil kena denda sebab dia tak nak teman Kak Ina hntar makanan rumah orang masa kenduri potong jambul Haikal 26dec aritu.Sebenarnya,main2 je cakap nak denda dia,tp btul2 plak dia terasa yg dia didenda oleh kakaknya yang dipanggil adik ni,he2...Beberapa hari setelah denda berjalan,siap merayu2,'Adik,boleh r Ayil tengok TV'.

Bukan bermaksud nak denda Ayil pun,nak dia sedar je,bila orang minta tolong,jangan malas2.Bila mak suruh,cepat2 wat.Akhirnya,denda pun dibatalkan dengan syarat:'lepas ni siapa2 minta tolong,Ayil kena tolong tau.Kalau tak,adik denda 2 minggu tak leh tengok TV plak'
Ayil pun sengih semacam,hepi benor nmpaknya sambil jawab,'baik,adik...'Terus dia berlari,g on TV.

Comel je bila teringat2 kenangan ngan Ayil ni.Psikologi budak2 ni susah nak faham.Beza umur saya dan Ayil lebih kurang 13 tahun.Sekarang Ayil dah berusia 10 tahun.Cepat btul masa berlalu.Walaupun Ayil baru 10 tahun,tapi cara dia berfikir kadang2 matang juga,lg matang dr kakaknya yang sorg ni,ha2.Mungkin sebab abang dan kakak2 semua dah besar,sebab tu Ayil tak manja sangat macam kanak2 yang lain.Mak ngan abah tinggalkan Ayil ngan kak Ina 2 minggu kat rumah pun Ayil leh hepi lagi,asalkan dapat makan sedap2..ha2,adikku yang kuat makan.Dulu2 saya ni suka menangis kalau mak hilang sekejap je pun.Mengikut je belakang mak,tarik kain mak dari belakang.Kontra sangat dengan Ayil.

Masa borak2 ngan Ayil,dia de cite rahsia dia.Ayil ni klakar sangat.Bende bukan2 je die wat.De ke patut die bawa sebiji durian yang lum buka kulitnya g sekolah.Dia letak dalam beg sekolah.Saya yang dengar ni,macam nak berguling2..'Ayil,camne r ko leh terfikir nk bawa durian g sekolah??dah r yg lum buka lg..mak ngan abah tau tak??'
Ayil:Mak ngan abah tak tau pun(sambil wat muka kerek,berlagak seyhhh!!!)...Tapi,kali ke2 nak bawa durian,kantoi ngan mak..
Saya:kah3..Sengal r ko Ayil!!!Lepas ni jgan wat lg..nnti cikgu marah,baru tau..
Ayil:Cikgu tak marah...cikgu pun join kitorg makan..
Saya:Blurppp..cikgu ko makan sekali??(no comment)...Ok2,pasni,nak wat pe2 pk dulu tau,jangan wat yang bukan2...Dalam beg,letak buku,bukan letak durian..Cakap smbil gelak2 kan Ayil..

Kalau fikir2 logik r,takde logiknya nk bawa durian g sekolah.Dah r takde parang nak buka,berat plak durian tu.Tapi,mmg tak sangka adikku yang sengal2 ayam tu leh wat gtu,ha2..Lawokkk r ko Ayil..Duduk2 sorang gni,mmg leh tergelak teringat cite Ayil..

Budak2 ni diorang percaya apa yang diorang nmpak.Lagi2 kalau tengok cite kat TV.Paling2 tak leh blah bila kakak saya suruh Ayil kenakan saya.Tak ingat pasal pe...
Kak Uji:Ayil,ko g wat...........kat adik.
Ayil:tak nak r...nnti dia doa,hbis Ayil nnti.Adik selalu sembahyang.
Ayil yang cite kat sy ttg prkara ni.Tergelak2 dengar cite Ayil.Hmmm...Mungkin Ayil tengok kat TV,kalau orang yang dizalimi berdoa,makbul doanya.Bagus juga,de kebaikan juga TV ni.

Oklah,mengarut banyak sangat dah..Rindu kat Ayil!!!Budak demok,kitam2,he2..

p/s:mak ngan abah banyak2 bersabar ya,InsyaAllah dipermudahkan urusan keluarga kita.

Fizzi Shamsudin@ filzah fakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore.

Thursday, January 20, 2011

Setahun Sudah Berlalu...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,setahun sudah usia blog ni.Walaupun register pd september 2010,tapi mula menulis pd 19januari2011.Macam2 cite sudah dikongsi,banyak gak post2 yg mengarut tahap cipan.Main tibai je nk menulis pe,dihambur sume kat blog setitis rahmat,secangkir maghfirah ni.

Mata dah separuh tertutup dah ni.Dah tak menahan dah ni,ngantuk dan letih sungguh.Hidup haru biru bulan ni,nak menyiapkan 3 gigi palsu.De je masa free,gi lab.Takde mase free pun g lab gak,bunk klas..Bape hari dah tak buka buku,balik rumah je 'bateri' dah weak.Pe lagi,tiap2 malam 'charge' r bateri,bukan main lame lg,he2..

Oklah,sebelum merapu yg bukan2,baik stop kat sini je...Mamai benor dah ni..
Kawan2 yang rajin menjengah2 blog ni,selamat membacalah,semoga dapat r sedikit kebaikan dr post2 yg sebelum dan mendatang nnti.

Abah,selamat hari lahir ke-60 tahun.Alhamdulillah,abah dah melangkah ke julat usia yang baru,semoga hari esok akan lebih membahagiakan abah dan semoga usia abah diberkati-Nya.
Mak ngan abah,adik pun nk kfc gak,nak kek gak!!

Zzzzzzzzzz..........

Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.

Wednesday, January 12, 2011

Si penjahat kecil..sape tu??

Assalamualaikum wbt...

Santai2 sebentar sementara menunggu azan isya' berkumandang,kurang 15 minit lg,insyaAllah.Belek2 diari islamiah yg dibeli 2 tahun lepas.Dulu2 konon r nak tulis diari,harapan je r.Tulis r dlm bpe minggu,pastu bosan dah menulis.Tp yang best dalam diari islamiah ni,de banyak tazkirah ringkas dan petikan2 yang agak menarik.Sambil lepak2,baca tazkirah,best juga.

Terbaca satu hadis,menarik juga,tersenyum bila selesai membaca.Hadisnya ringkas je.Baca sama2 ya:

Diriwayatkan drpd Amir bin Saad dari bapanya(Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:"Sesungguhnya nabi SAW telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya 'si penjahat kecil'" (HR Muslim)





Comel je panggil cicak 'si penjahat kecil' kan?Pe lagi,nmpak cicak,cepat2 r capai 'getah tempe' tu,lastik si penjahat kecil tu,dapat pahala.Senang tul nak dapat pahala kan?Jom pakat2 bunuh si penjahat kecil.Kat rumah ni takde cicak r plak,rugi dah,tak dapat pahala utk bunuh cicak dah.Tunggu balik malaysia,ajak Ayil bunuh cicak banyak2,berpesta bunuh si penjahat kecil,he2.

Kenapa Rasulullah suruh bunuh cicak???

Nabi saw bersabda: dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as(HR Bukhari)
(Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, ketika nabi Ibrahim AS dicampak ke dalam api, semua haiwan cuba untuk memadamkan api tersebut kecuali cicak.Ishhh cicak ni,macam dengki gtu,nakal ya,ha2)

Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)

Dalam sirah pun de cite kan,waktu Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sedang menyorok dalam Gua Thur,sewaktu peristiwa hijrah,labah2 wat sarang kat pintu masuk gua(Kiranya macam takde orang r leh masuk dalam gua sbb sarang labah2 masih lengkap dan utuh -baik labah2 ni).Tapi si penjahat kecil ni(cicak) saje je wat bunyi(cicak berbunyi bila de orang kat situ).Pihak musuh pun mula2 macam agak de orang dalam gua tu,tp nasib baik r sarang labah2 de kat pintu masuk gua tu,terselamatlah Rasulullah dan Saidina Abu Bakar berkat pertolongan Allah,sarang labah2 menjadi asbabnya.

Jom pakat2 'kutip' pahala.Senang sangat ni,bunuh cicak je pun,he2..


p/s:Alhamdulillah,petang isnin abah dah selamat wat operation kat KL.Hari ni dah kuar hospital.Dah pesan 3 perkara kat abah,ingat2 eh bah,he2.

Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.