Thursday, June 9, 2011

syariatullah dan sunnatullah

Assalamualaikum wbt..

"Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]

Alhamdulillah,hujung minggu lepas,adik Jr dr Manipal bertandang ke rumah,lepak2 ilmiah bersama,he2...Salah satu perkara yg dibincangkan syariatullah dan sunnatullah.Bagi sesiapa yg kurg jelas ttg maksud sunnatullah dan syariatullah,definisi ringkas lebih kurang camni:

Sunnatullah: Hukum-hukum Alam yang Allah tetapkan untuk dunia semesta ini,merangkumi sains aplikasi dan sains sosial.

Syariatullah: Syariat Allah, iaitu hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran dan melalui Nabi Muhammad SAW.

Bagi seorang muslim,kedua2 aspek perlu seiring dan sejalan untuk memperoleh kejayaan dan kebaikan di dunia dan akhirat.


وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Al Baqarah,2:201)

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka."


Contoh: Timah,Kiah dan Mei Lin kawan sekelas.

Timah bgn pg kul 6am,solat subuh,pastu tdo semula.Kul 8am g klas smpai kul 12 tengahari.Balik klas lunch,pastu solat zuhur,pastu g klas semula.Ptg balik,solat asar,pastu main2 laptop,pastu solat maghrib,pastu main laptop lg,pastu solat isya',buka buka jap,study mana yg dapat,tdo...Tiap2 hari rupe gni r hari2 Timah.

Kiah plak bgn kul 4am,qiamullail,sementara tggu subuh Kiah study jap..Pastu solat subuh,baca ma'thurat,wat preparation utk g klas,pastu g klas kul 8am smpai tghari.Pastu lunch,solat zuhur,g klas,balik solat Asar,pastu baca mathurat,pastu study...Masuk maghrib,Kiah terus solat maghrib,baca Quran,solat isya',dan mula study dengan tekunnya,tdo dalm kul 12 malam.

Mei Lin lak bgn dalm kul 7am,confirm r tak solat subuh sbb cina kan,he2...Bersiap2 utk g klas sama wktu ngan si Timah dan Kiah.Lunch pun sama..lepas lunch,study jap,g klas semula..balik klas,study lagi sampai ke malam,rehat sat utk dinner je...mantap habis si Mei Lin study..Tdo pun dalm kul 2-3 am,khatam buku byk kali dah ni...


Rasa2,antara 3 org mana satu yg plg mantap result exam???Keputusan pekse ni subjektik kan,de org tak study,lulus gak..Kita guna rumus,usaha berkadar langsung ngan kejayaan.Sunnatullahnya,siapa yg usaha,dia akan dapat r kan apa yg diusahakn.Sbb tu Mei Lin bukan islam pun still leh berjaya.Konsep istidraj tak nak cite r kat sini..So,sunnatullah ni applicable utk muslim & non muslim...


Tapi,untuk seorang muslim,andaikata kita impikan kejayaan di dunia dan akhirat,kita perlukan kedua2 aspek bergerak seiring,contoh macam si Kiah.Bukan macam si Timah yg hanya mengaplikasikan syariatullah sahaja,berdoa dan bertawakal,tapi mengabaikan usaha.


Konsep sunnatullah dan syariatullah sangat luas,kefahaman penting sebelum kita beramal.Jadikanlah dunia ini sebagai medium untuk kita memperolah keperluan dan kehendak di samping menyediakn bekalan yg mencukupi dalam misi memburu Jannah yg kekal abadi...







p/s:Jom pakat2 berusaha jd mcm si Kiah,he2...Musim hujan dah tiba,mata asyik nak terlelap,tido bukan main mantap,perut lapo memanjang,exam dah dekat...rajin kamtumi...kamtumi...ha2..

pp/s:Selamat berusaha kawan2.De dlm 2 minggu lagi,insyaAllah doa sama2 ditenangkan hati,dipermudahkan segala urusan...


Fizzi binti Shamsudin @ Filzah fakhriah,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.

No comments: