Sunday, September 5, 2010

Di Penghujung Rindu...

Assalamualaikum wbt...

Fasa ke3 ramadhan bakal melabuhkan tirai beberapa hari sahaja lagi.Adakah kita sudah menggunakan setiap detik dalam bulan ramadhan ini sebaik mungkin?Jika jawapannya ya,alhamdulillah.Jika jawapannya tidak,maka bersegeralah,masih ada kesempatan,kejarlah selagi termampu.Syukur yang tidak terhingga,kesihatan semakin membaik berbanding beberapa hari yang lepas.Sakit itu kifarah dosa.Ada hikmah disebalik ujian yg menimpa,Allah sebaik2 perancang.Yang tersurat nampak derita,yang tersirat insyaAllah indah2 belaka.

Gembira bukan kepalang,rindu pada family sudah hampir di penghujungnya.Lusa InsyaAllah,akan pulang ke Malaysia.2 tahun beraya di perantauan,hampir terlupa bagaimana suasana lebaran di Malaysia.Pelbagai perancangan bermain di fikiran,semoga dipermudahkan setiap urusan hendaknya.


p/s:Yuk sama2 mantapkan amal di hujung ramadhan ni.Semoga dikurniakan kesihatan yg baik,dipermudahkan untuk beramal.
pp/s:Selamat hari raya maaf zahir dan batin.Maaf yg tak terhingga andai kata ada terkasar bahasa,tersalah tingkah.
ppp/s:Untuk kakak2 5th yr Mansurah University,gud luck utk exam ye.InsyaAllah, dipermudahkan menjawab exam.Hamparan rindu,untaian kasih buat kak hani,kak nahdia afifah,kak nadiah hanisah,kak qilah..




Fizzi Binti Shamsudin.
Maharaja Residency,
Mangalore,India.

No comments: