Friday, March 26, 2010

Tak terhitung nikmat-Mu...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,syukur yang tak terhingga,masih mampu menghela nafas,masih mampu menuturkan bicara,masih mampu menyempurnakan kewajipan sebagai makhluk kepada khaliq yang Ahad.Tak terungkap dengan kata-kata,betapa bersyukurnya,masih dikurniakan nikmat islam dan iman.Kadangkala,takut menghadapi hari esok,masihkan ada lagi sisa-sisa keimanan dalam diri kita???bukan pesimis...Tapi,hanya cuba mengingatkan diri.Sesungguhnya,hati ini mudah berbolak-balik.Namun,jangan pernah menjadikannya sebagai alasan untuk leka dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai abid kepada tuhan yang Esa.

“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-MU.” Seterusnya para sahabat bertanya: Adakah hati itu boleh dibolak-balikkan? Lalu baginda menjawab: Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari ALLAH dan DIA membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-NYA.” - Hadis sahih riwayat Tirmizi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834.


Banyak sekali nikmat yang dikurniakan Allah,tetapi jarang sekali kita syukuri.Kadangkala,bila nikmat itu ditarik balik oleh-Nya,baru kita sedar yang kita perolehi itu adalah satu nikmat.Manusia...manusia...Berapa ramai yang lahir ke dunia dikurniakan mata,tetapi buta...dikurniakan telinga,tetapi tuli...
dikurniakan tangan dan kaki,tetapi tidak sempurna??
kita pula???Alhamdulillah,lahiriahnya,cukup sifat...
Tapi bukan kesempurnaan ini yang dilihat oleh Pencipta kita
.Jika sekadar cukup sifat,tapi akidah pincang,sedarlah,sesungguhnya,orang yang kakinya pincang tetapi akidah mantap itu lebih mulia dari anda.Jangan bermegah dengan segala title yang anda ada,Dato',datin,Dr dan pe2 lah lagi,kerana itu tidak akan ditanya di akhirat kelak.Ni ada beberapa soalan cepu emas untuk korang yang baca post kali ni,jawab dalam hati pun dah cukup ye...hehe..

Menurut Abi Barzah ra , Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud : “ Tidak berganjak kaki seseorang hamba sehingga ditanya 4 perkara: 1.Umurnya dimana dihabiskan
2.Ilmunya apa yang dibuat dengannya
3.Hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dihabiskan
4.Dan jasadnya , bagaimana digunakan.

(kata al-Tirmiziy ia adalah hasan sahih)


Amacam???best tak soalan tu...diri sendiri pun terkedu nak menjawab...Pe jawapan anda???
Umur dimana dihabiskan-Tido,tgk movie,ngumpat2 sket,stalker org,blogging sokmo,ke fb???
Ilmu plak-simpan ilmu wat pekasam(ni kes kedekut ilmu,ha3)...tahu tapi tak nak beramal dengan ilmu yang ada...baca buku untuk exam je,hafal kaw2 untuk exam pastu lupa camtu je,hampeh tul..
Harta-habiskan duit jpa atau mara beli barang2 kehendak lg byk dr barang keperluan,anak sape r ni,hehe...beli hp baru??iPod nano???
Jasad-Bersuka ria yg tahap mengarut meraban,wat bende2 lagha,lalai dgn suruhan Allah..

Rasa2,kalau kat akhirat,jawapan kita cam kat atas tu,kat mane ek tempat yang sesuai untuk kita???Tepuk dada,tanya iman...






Jangan biarkan waktu berlalu sia-sia,
Jangan biarkan hidup tanpa guna,
Hidup di dunia,hanya sekali saja,
Esok,lusa,ajal pun tiba.

P/s-Alhamdulillah,baru merasa betapa nikmatnya dapat duduk setelah sehari nikmat untuk duduk itu ditarik oleh Allah.Sehari sahaja sudah cukup perit rasenye,inikan pula sesiapa yang diuji bertahun-tahun lamanya.Sengal satu badan selama sehari tidak sebanding dgn ujian kepada orang yang lumpuh seluruh badan untuk sepanjang hayat.Betapa besarnya,nikmat yang Engkau berikan Ya Allah.InsyaAllah,semoga terus tsabat di atas jalan menuju redha-Mu Ya Allah.

10 comments:

masaziah said...

salam'alaik.. sebuah perkongsian yang menarik.. hehe. sy seronok baca blog awak ni.. terasa awak memang menulis dari hati,n ingin menyedarkan dan menyantak hati2 yang membacanya.. Alhmdulillah Allah beri awak kelebihan itu.. moga teruskan usaha menulis ini.. menulis dari hati seorang daie..=))

fizzi shamsudin said...

Salam masaziah...tulisan sy biasa2 shj,baru bljr utk menulis,mengungkap rasa dan rahsiah hati,chewahhh,bengong2 gitu,hehe...
Selamat membaca,jemputlah visit blog sy lg lps2 ni,semoga dpt kebaikan dr post2 yg mndtg juga.

Al-Dzulfiqar said...

assalamualaikum...apakah yg telah terjadi pd kamu? tidak boleh duduk? ape2 pun harap kamu dh ok skrg..nice blog n cara pnulisan cukup jujur
dan ikhlas...keep it up..

semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah...
wassalam...

fizzi shamsudin said...

Salam Al-Dzulfiqar..
Sy ok dah,sakit biasa2 je..alhamdulillah,ok dah.

Al-Dzulfiqar said...

Assalamualaikum..

owh,alhamdulillah...semoga sentiasa dlm kesejahteraan dan pemeliharaanNYA,insyaAllah...

semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah...
wassalam...

.... said...

amboi...konon sohat,td kat kelas warna muka dah sama cam warna baju dah sy tgk sbb terbatuk2 je...cian ko...amik ubat wei,batuk ni kalo dibiarkan lmbt smbuh....

fizzi shamsudin said...

salam pian...rugi r kamu x dpt tgk tv kat bilik sy,914..weyhhh,syok gler dok jyothi hosp,lg2 waktu2 x bpe de klas ni..kamu bile lg nk dok special room??ha3..

.... said...

ko mmglh suka dok sepital,sbb de tv...cian ko...sy tgk tv kt tenet je..wakakaka...:P

fizzi shamsudin said...

ooo...lupe plak,kamu de tv..bilik kamu pun syok gak,tu yg slalu bunk klas tu,ha3...weyhhh,semoga cpat sihat gak.

Al-Dzulfiqar said...

salam...

kamu berdua jgn lupa mkn ubat..smoga cpt sembuh...

wassalam...