Thursday, March 11, 2010

Nasihat untuk diri

Assalamualaikum wbt...

Post kali ni,lebih kepada nasihat untuk diri sndiri.Dalam kekeringan idea,tetibe terjumpa youtube ummah films-the haram police.Memang suka tengok youtube ummah films ni,cara dakwah yg santai,dan bersifat realiti..bukan plastik semata2...Baba Ali ni mmg kelakar giler r...nasihat yg brguna..thumbs up for Baba Ali,bkn Ali Baba ye,:p...



Mmg sifat manusia,kita selalu melihat kesalahan org lain,brbanding kesalahan diri sendiri.Ada 2 kemungkinan.Pertama,mungkin kita tidak sedar kita sedang melakukan kesalahan.Kerana itu,kita perlu memastikan diri kita sentiasa dlm lingkungan zon selamat,sntiasa bersama2 dgn kawan2 yg bersedia mmberi nasihat semasa kita memerlukan.Kedua,mungkin kita sedar kita membuat kesalahan tetapi kita terus-terusan melakukan kesalahan yg sama.Kita memilih untuk menulikan telinga,biarpun berguni2 nasihat tlh diperolehi.Hidup ini tidak lebih hanyalah satu ujian.Berjaya atau tidak kita menghadapi ujian2 ini,kitalah yang menentukan.



Kita singkap kembali sejarah silam,perbezaan muda-mudi di zaman kegemilangan islam dgn muda-mudi di zaman kini.Di usia 18 tahun
,Usamah bin Zaid sudah mengetuai angkatan tentera Islam untuk berperang dengan tentara Rom di Bilad al-Sham. Imam Shafie ketika berusia 15 tahun, sudah dikira layak untuk membuat fatwa.Tetapi,kita?Di usia belasan tahun sudah sibuk mengejar cinta dunia.Cinta kepada hiburan,cinta kepada permainan2 yg lagha,cinta kpd wanita atau lelaki.cinta monyet?bagaimana untuk menegakkan kembali daulah islamiyyah,andaikata masalah hati pun kita tak dapat atasi.Benar...mmg cinta itu fitrah,tetapi yg mnjadi permasalahannya bukan cinta,tetapi org yg trlibat dlm cinta itu.Jika tepat masa,ketika,keadaan dan siapa,cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada tandingannya.Tetapi,jika cinta itu hadir ketika diri masih belum bersedia,ia seperti musibah yang akan menenggelamkan jati diri kita.Jangan mensia-siakan potensi diri yang ada,hanya kerana mengejar cinta yang masih kelam penghujungnya.Cinta kepada Ilahi jua yang kekal abadi dan tidak pernah mengecewakan.



Kadang2 rasa takut untuk menegur kesilapan orang lain kerana merasa diri ini belum cukup layak untuk menasihati orang lain.Tetapi,andai kata setiap orang mengatakan hal yang sama,maka siapa yang akan menjadi da'i yang akan menyampaikan ajaran islam?Setiap manusia tidak terlepas melakukan kesilapan,yang membezakan,bagaimana kita memperbaiki kesilapan tersebut.




Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!


Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.


Dalam memberi nasihat,kita perlu memperhalusi kata2 agar tiada pihak yang terluka.Nasihat perlu dilakukan dgn cara sopan dan bijaksana,sesuai dengan character org yg sdg dinasihati.Jika tidak,niat utk menasihati,akan disalah erti dan mengaibkan org yg dinasihati.

Sebagai conclusion,sbnrnya post kali ni mmg bercampur baur,tak tahu nak cite pasal apa,ha3...harap2 dgn sedikit coretan yg merepek2 di atas,sama2 dpt perbaiki diri utk mnjadi insan lebih baik dlm meniti hari2 mendatang

FIZZI SHAMSUDIN,
MANGALORE,INDIA


No comments: