Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,segala puji bg Allah,tuhan semesta alam,dzat yg memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan menghinakan sesiapa yang Dia kehendaki.Sesungguhnya,kita 'kelihatan' mulia pd hari ini kerana Allah telah menutup aib kita.Jangan terlalu bermegah dengan kelebihan yg kita miliki,kerana takut jika kelebihan itulah yg akan menggelincirkan kita dari landasan menuju mardhatillah(menuju redha Ilahi).Sentiasalah bersyukur dengan apa yg kita miliki kerana seringkali kita menderita bukan kerana kita tidak punya,tetepi penderitaan kita kerana kita tidak mensyukuri apa yg kita ada.Selalu2lah muhasabah ya,kadangkala kita terlepas pandang,tak terasa apa yg sedang miliki adalah satu nikmat,tetapi apabila ia telah hilang,barulah kita tercari2 nikmat yang kita telah 'abaikan' itu.
Post kali ni nk share tentang satu sajak.Bukan buat sendiri,tak berbakat lg nk berkata2 puitis ni.Sy dengar di youtube,berulang kali juga dengar.Menarik untuk dikongsi dgn muslimah,insyaAllah,semoga sama2 dpt ambil ibrah dr sajak ni ya.Sajak ni tentang kebimbangan kaum Adam kpd golongan Hawa yg semakin hilang sifat malunya...
RATUKU
Ratuku
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbanganku ini
Taktala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah
Ratuku,
Kebimbanganku ini kian menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu
Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikkannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya
Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman kalbu
Kerana apa yang ku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga yang gugur
bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku,
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hajar
Yang berlari-lari antara Safa dan Marwah
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
Menanti kekasihnya di pintu syurga
Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci lagi terpuji
Kerana aku tak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga- bunga itu mekar mewangi
Sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku,
Kadangkala musim berganti
Sehingga kau tak dapat kembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jagalah kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu
Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikkanmu itu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Bukan itu yang ku harapkan
Aku yakin ratuku Masih ada sinar harapan yang bisa membuat aku tersenyum lega
Kerana akan aku temui ratu yang benar-benar
Ratu idaman kalbu
Mcm mana kawan2 muslimah???Pilihan di tangan anda.Hiasilah diri kita dgn sifat malu krn malu itu salah satu cabang iman.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
Jgn pernah merasa sifat malu itu satu kekurangan,tetapi bersyukurlah bg sesiapa yg masih dpt mempertahankan sifat yg satu ini...
Ok,smpai masa utk start study...Semoga sntiasa diberi kemudahan utk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran..
Dgr nasyid jom.Member sy kate sy ni tokey lagu,pe lg,jom layan,hehe..
No comments:
Post a Comment