Tuesday, January 26, 2010

Dosa semalam....


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,sy bangun pagi ni dgn brsemangat sekali,diharapkan hari ini akan lebih baik dari hari semalam,insyaAllah.Selamat hari lahir untuk housemate saya,Kaiyisah,dah 22 tahun dah,alhamdulillah.Saya gembira dapat melihat kawan saya gembira.Ayat cam poyo eh??abaikan...hehe..

Kawan2,siapa yang nak pahala???senang je ni,melihat je dah dapat pahala tau.Cepat,sape nak angkat tangan dan kaki.Wah3...Luar biasa sekali kesungguhan kita untuk mendapatkan pahala ya??Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,tuhan semesta alam,dzat berkuasa membolak-balikkan hati,dzat yang Amat Pemurah lagi Penyayang.Betapa pemurahnya Allah kepada makhluk ciptaannya.Dengan hanya MELIHAT 3 perkara ini,Allah akan mengurniakan pahala kepada kita:
1.Melihat Kaabah (Baitullah).
2.Melihat wajah ibubapa. Apalagi kalau buat baik kepada mereka.
3.Melihat ayat-ayat Quran yang mulia. Apalagi kalau dibaca dan diamalkan.

Subhanallah,senangnya nak dapat pahala kan???Tapi sayang,tak ramai yang nak berlumba2 untuk mendapatkan pahala 'free' ni.Allah suruh kita gunakan mata sahaja,dah dapat pahala.Tapi mungkin ramai di antara kita mempunyai sifat yang luar biasa,'rajin dan istiqamah melakukan dosa'.Kalau nak difikir-fikirkan,lagi susah nk buat dosa ya??Tapi disebabkan 'kesungguhan' dalam diri,kita mggunakan tangan,kaki,mulut,lidah,mata,otak dan apa2lah yang ada pada kita untuk melakukan dosa.Hebatnya orang yang melakukan dosa ni,kerana mereka mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk menderhakai dzat yang menciptakan diri mereka.Memang secara fitrah,kita sebagai manusia sering melakukan kesilapan.Tapi,seorang mukmin itu tidak akan masuk ke dalam lubang yang sama 2 kali.Sekali kita buat kesalahan,bertaubatlah,kerana Allah itu maha penerima taubat.Tp,perlu diingat,konsep taubat nasuha itu perlu dipegang secara total.Bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.Tentang taubat nasuha,kawan2 boleh refer my previous post tentang muhasabah mode,dengarlah youtube tu ya.

Sahabat sekalian...Jangan dilihat betapa kecil dosa yang kita lakukan,tetapi,lihatlah kpd SIAPA kita menderhakai???Kadang kala kita terdengar dialog begini,"alah,aku buat dosa kecil je,die tu lagilah buat dosa besar sepanjang masa"Tetapi,cuba kita tanya diri sendiri,kepada siapa kita melakukan dosa tersebut???Kepada Allah,Khaliq(pencipta) yang mncipta kita(makhluk).Sedangkan derhaka kepada ibubapa pun kita dilarang,inikan pula kita sangat berani derhaka kepada Allah.Mungkin ada yg mengatakan trlampau kasar mggunakan istilah derhaka,tetapi itulah hakikatnya...besar atau kecil dosa itu bukanlah mnjadi isu,biarlah Allah yg menentukan,tetapi 'keberanian' kita melakukan dosa itu yg prlu kita renungkan.Dosa semalam akan terus menghantui hari esok,lusa dan seterusnya,hingga ruh trpisah dr jasad.

Itulah perasaan yg timbul dlm diri sy,apabila 'disapa' tarbiyyah.Dosa kepada mak dan abah,walaupun sudah dimaafkan,tetapi dosa semalam terus manghantui diri ini.Bukan niat untuk membuka pekung di dada.Tetapi semoga dpt dijadikan pengajaran,sama2 ambil ibrah dr kisah hidup sy.Dahulu,sy seorang anak yg suka melawan kata2 mak dan abah,sepatah mak dan abah cakap,10 patah sy balas.Malah,lebih dahsyat lagi,sy pernah melakukan sesuatu yang tak patut sy lakukan pd mak sy sndiri.'Perlakuan' itulah yg terus-terusan manghantui hidup sy.Alhamdulillah,kali pertama sy 'berkenalan' dgn tarbiyyah dah usrah sewaktu di KTT(Kolej Teknologi Timur).Kolej kecil itu,meninggalkan kesan yang besar dalam hidup sy,dikurniakn sinar harapan utk bermula dr awal,berusaha utk mnjadi anak yg solehah utk mak dan abah,mnjadi hamba yang taat yg mmperjuangkan amar makruf nahi munkar,insyaAllah.Namun perjalanan hidup ini berliku2...kalau takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai.Ini jalan yg sy pilih,memilih untuk brhijrah mnjadi lebih baik.Pernah beberapa kenalan mengeluarkan kata2,"elehhh..budget baik sangat!!!"Namun yakinlah sahabat sekalian,sesungguhnya dunia ini ibarat penjara bg org mukmin dan syurga bagi orang kafir.Setiap hari minima 17 kali kita merintih pd Allah:

1.Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
2.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3.Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
4.Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).
5.Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
6.Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.
7.Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Saya tertarik dengan ayat 6 dan 7.Kita memohon Allah,agar Allah membimbing kita ke jln yang lurus,jln org yang diberi nikmat.Kalau kita singkap kembali sirah nabi,kisah sahabat,adakah perjalanan hidup mereka mudah dan tanpa ujian???Tidak sesekali.Begitu juga kita.Jangan pernah bermimpi untuk termasuk dalam golongan org2 yang Allah beri nikmat,selagi kita tidak melepasi 'tapisan' Allah,berupa ujian dlm kesenangan atau kesusahan.

Sama2 kita memperbaiki diri,memperindahkan akhlak.Sebagai renungan bersama,mari refer (7:179)

Dan sungguh,akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati , tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak;bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang2 yang lengah(7:179).

Sejauh mana kita memanfaatkan pancaindera yang dikurniakan Allah ini???Semoga kita tidak tersilap langkah,kerana segala-galanya akan dipertanggungjawabkn di akhirat kelak.Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau,dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan.Bersifat optimislah bukan pesimis.

Jom layan nasyid ni...Semoga mndapat sedikit pengajaran dr coretan kali ini.
Salam Perjuangan!!!

www.youtube.com/v/GPnQwXjKqu8&hl=en_US&fs=1&">

5 comments:

ex roomate sah said...

nice entri..

sbg manusia biasa,sentiasa buat kesilapan..kerap kali langkah kita tersasar..

dan IA,moga kita trus berada dalam kalangan org2 yg sentiasa bertaubat setiap kali lakukan kesalahan
wlau siapa pun kita sebelum ni..jadikan ia sbg sejarah hidup yg sentiasa kita ambil iktibarnya

sungguh..kegagalan dan kesilapan2 kita itulah yg mnjadikan siapa kita hari ini

moga terus istiqamah menulis

fizzi shamsudin said...

thanks for visiting my blog,f****...insyaAllah,semoga kita sntiasa istiqamah dlm prjuangan di medan dakwah ni..

piano-piano said...

jgn sedih la ye?biasalah dugaan datang dan pergi dalam proses mendakwah ni...kuat dan cekalkan hati kamu...anyway,sedih r sy dengar lagu kt blog kawan kita sorang tu...muhasabah cinta..fuh..meleleh air mata sy...jiwang dalam keinsafan...;)

fizzi shamsudin said...

Salam piano.Thanks utk nasihat,semoga kita semua dipermudahkan dlm urusan amar makruf nahi munkar ya...
Weyhhh...Sy tau,kamu teringat kat 'adik' kamu kan mase dgr lagu muhasabah cinta tu,hahaha,:p...

Anonymous said...

alamak.. aku tersesat.. sori