Saturday, January 30, 2010

Ratuku...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,segala puji bg Allah,tuhan semesta alam,dzat yg memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan menghinakan sesiapa yang Dia kehendaki.Sesungguhnya,kita 'kelihatan' mulia pd hari ini kerana Allah telah menutup aib kita.Jangan terlalu bermegah dengan kelebihan yg kita miliki,kerana takut jika kelebihan itulah yg akan menggelincirkan kita dari landasan menuju mardhatillah(menuju redha Ilahi).Sentiasalah bersyukur dengan apa yg kita miliki kerana seringkali kita menderita bukan kerana kita tidak punya,tetepi penderitaan kita kerana kita tidak mensyukuri apa yg kita ada.Selalu2lah muhasabah ya,kadangkala kita terlepas pandang,tak terasa apa yg sedang miliki adalah satu nikmat,tetapi apabila ia telah hilang,barulah kita tercari2 nikmat yang kita telah 'abaikan' itu.

Post kali ni nk share tentang satu sajak.Bukan buat sendiri,tak berbakat lg nk berkata2 puitis ni.Sy dengar di youtube,berulang kali juga dengar.Menarik untuk dikongsi dgn muslimah,insyaAllah,semoga sama2 dpt ambil ibrah dr sajak ni ya.Sajak ni tentang kebimbangan kaum Adam kpd golongan Hawa yg semakin hilang sifat malunya...

RATUKU


Ratuku
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan

Tentang kebimbanganku ini
Taktala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah

Ratuku,
Kebimbanganku ini kian menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu

Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi

Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikkannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman kalbu
Kerana apa yang ku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga yang gugur
bagaikan tibanya musim luruh


Ratuku,
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hajar
Yang berlari-lari antara Safa dan Marwah

Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
Menanti kekasihnya di pintu syurga

Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah

Engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci lagi terpuji

Kerana aku tak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga- bunga itu mekar mewangi
Sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku,
Kadangkala musim berganti
Sehingga kau tak dapat kembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jagalah kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikkanmu itu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Bukan itu yang ku harapkan
Aku yakin ratuku Masih ada sinar harapan yang bisa membuat aku tersenyum lega
Kerana akan aku temui ratu yang benar-benar
Ratu idaman kalbu

Mcm mana kawan2 muslimah???Pilihan di tangan anda.Hiasilah diri kita dgn sifat malu krn malu itu salah satu cabang iman.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."

Jgn pernah merasa sifat malu itu satu kekurangan,tetapi bersyukurlah bg sesiapa yg masih dpt mempertahankan sifat yg satu ini...
Ok,smpai masa utk start study...Semoga sntiasa diberi kemudahan utk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran..

Dgr nasyid jom.Member sy kate sy ni tokey lagu,pe lg,jom layan,hehe..

Friday, January 29, 2010

Alhamdulillah...hepinye sy..

Assalamualaikum wbt...

Pendek je post kali ni..saje je utk brkongsi rasa gembira...Alhamdulillah,td baru je call mak dan abah,minta maaf kat diorang...de salah pe???ntah tak tahu de wat salah ke tak.tak rugi pun kalau minta maaf pd ibubapa kita.Sy minta maaf sbb baru nk mula study untuk 2nd sessional.Nak memulakan study dgn hati yang bersih,insyaAllah...
Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yg melakukan maksiat" ~ kata Imam Syafie

Jika dosa dgn ibubapa blum beres,hati kita akan resah gelisah...siapa tahu jika ibubapa ada terasa hati dgn sikap kita,bagaimana utk mndapt redha mereka???bagaimana pula kita nak dptkan redha Allah,jika ibubapa tidak redha dgn kita??kerana redha Allah itu pada redha ibubapa...

Sy call rumah dlm pkl 6pm wktu india,m'sia dh pkl 8.30pm.Adik sy yg angkat phone td...specialnya hubungan kitorg sbb adik sy pggil sy 'adik',hehehe...kenapa??sbb beza umur kami 13 tahun..selama 13 tahun my whole family sume pggil sy 'adik',so berdasarkan 'seniority',sy telah mengatur plan bagaimana utk mmprtahankan gelaran adik yg sy miliki selama 13 tahun(plan keji tu,hahaha..).Ye r,masa awl2 bengang gak tetibe leh dpat adik plak,ingat dah jd anak bongsu,hehehe..Pe plannya??Tiap kali adik sy nk susu,mak suruh sy bancuh susu utk adik,so since die leh ckp lg,sy dah latih adik sy ckp dialog ni:
"Adik...nak susu"(adik tu refer kat sy ok,kih3..)..selagi adik sy tak cakap dialog tu,sy tak akan gerak,malas nak layan dia...siannye die,hehehe...Practice makes perfect,berkesan btul sy latih adik sy kan??smpai sekarang die pggil sy adik...sy plak pggil die,ayil,iwan,yewan,mcm2 pggilan utk die...Pe2 pun,ayil adik yg sy paaaaling sayang(sbb sy de sorg je adik,hahaha)...Untuk Ayil,adik sntiasa doakn Ayil jd anak yg soleh ye,tak mau malas2 solat,rajin2 doa ya sayang...

Sy tanya ayil,"mak mana??".Ayil jawab,"mak buka tv,tp bukan mak tengok tv,tv tengok mak."Adeiiihhh..adikku yg sorg ni,loyar buruk tul,cam akak die gak r,hehehe...

Dialog dgn mak pun bermula..."assalamualaikum mak!!!mak sihat??"dgn nada yang sgt2 hepi sy memulakan bicara..rindunye nk dgr suara mak,dah bape hari tak call mak,busy sket..mak pun jawb,"waalaikumussalam,mak sihat.sakit kaki sket".
"mak watpe td??"
"
"tgk cite indon"hahaha...mmg sah kitorg satu rumah,suka tgk channel indon,hehe...
"mak...adik nk minta maaf,kalau de wat salah,tersalah kata,trkasar bahasa,maaf ye mak...mak, lg 3 mggu nk exam,mak doakan adik rajin study ye..."
"hmmm..."...pendek je jawapan mak sy...sy yg dgr ni penat gelakkan mak sy...msti mak sy terkejut kot tetibe je mnta maaf...
Ringkas je perbualn kami kali ni..selalu kalau call mak smpai stgh jam atau 1 jam,tp tak tau cakap pe je ngan mak,borak2 je,hehe...Kalau call mak selalu ngadu,sy suke tdo dlm klas,sy suke tdo kat apartmen,sy suke tdo kat library...tdo memanjang...dulu masa A level smpai mnta mak tlg buatkan jadual study utk sy,tp tdo juga yg best..ratu tdo btul..hahaha.

Then,brckp ngan abah plak...Smlm lama gak bersembang dgn abah,maaf ya abah sbb wat abah risau ttg adik,lg2 bila adik bangkitkn isu tu...(isu tu rahsia ye...).Hari ni,memulakan bicara ngan abah pun dgn nada yg sgt hepi,mcm smlm x de wat hal plak,hehehe...
"Assalamualaikum bah!!!"
"Waalaikumussalam"
Sy trus je mnta maaf kat abah,sbb smlm dh borak lame ngan abah..dah tanya ttg kesihatan abah..risau gak ngan keadaan kesihatan abah...InsyaAllah,selagi hayat di kandung badan,selagi itulah doa adik sntiasa ada untuk mak dan abah...
"Abah,adik mnta maaf ya bah,kalau de trsalah kata....bah,exam lg 3 mggu,doakn adik rajin study ya bah.."
"ok"...sepatah kata je???sy pun pe lg,gelaklah lg...klakar dgr response mak dan abah...mak dan abah mmg tahu sy bukan jenis 'kaki' study..study kejap,main lame(sbb tu dulu x tahan dok asrama,mati kutu r,bosan gler..ye r dulu brutal lg,kih3..)
Bersyukur sgt2,dah settle satu perkara...lps ni nk kene plan jadual study plak...semoga usaha diberkati...

Untuk mak dan abah,terima kasih kerana mendidik kami sebaik mgkin,biarpun kami sering melawan kata,terima kasih kerana mudah menghulurkan kemaafan biarpun kami sering menyakiti hati kalian...

InsyaAllah,sy akan berusaha untuk mnjadi anak yg trbaik utk mak dan abah...


mak,sy,abah n ayil,masa sy nk fly ke india dulu...

Tuesday, January 26, 2010

Dosa semalam....


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,sy bangun pagi ni dgn brsemangat sekali,diharapkan hari ini akan lebih baik dari hari semalam,insyaAllah.Selamat hari lahir untuk housemate saya,Kaiyisah,dah 22 tahun dah,alhamdulillah.Saya gembira dapat melihat kawan saya gembira.Ayat cam poyo eh??abaikan...hehe..

Kawan2,siapa yang nak pahala???senang je ni,melihat je dah dapat pahala tau.Cepat,sape nak angkat tangan dan kaki.Wah3...Luar biasa sekali kesungguhan kita untuk mendapatkan pahala ya??Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,tuhan semesta alam,dzat berkuasa membolak-balikkan hati,dzat yang Amat Pemurah lagi Penyayang.Betapa pemurahnya Allah kepada makhluk ciptaannya.Dengan hanya MELIHAT 3 perkara ini,Allah akan mengurniakan pahala kepada kita:
1.Melihat Kaabah (Baitullah).
2.Melihat wajah ibubapa. Apalagi kalau buat baik kepada mereka.
3.Melihat ayat-ayat Quran yang mulia. Apalagi kalau dibaca dan diamalkan.

Subhanallah,senangnya nak dapat pahala kan???Tapi sayang,tak ramai yang nak berlumba2 untuk mendapatkan pahala 'free' ni.Allah suruh kita gunakan mata sahaja,dah dapat pahala.Tapi mungkin ramai di antara kita mempunyai sifat yang luar biasa,'rajin dan istiqamah melakukan dosa'.Kalau nak difikir-fikirkan,lagi susah nk buat dosa ya??Tapi disebabkan 'kesungguhan' dalam diri,kita mggunakan tangan,kaki,mulut,lidah,mata,otak dan apa2lah yang ada pada kita untuk melakukan dosa.Hebatnya orang yang melakukan dosa ni,kerana mereka mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk menderhakai dzat yang menciptakan diri mereka.Memang secara fitrah,kita sebagai manusia sering melakukan kesilapan.Tapi,seorang mukmin itu tidak akan masuk ke dalam lubang yang sama 2 kali.Sekali kita buat kesalahan,bertaubatlah,kerana Allah itu maha penerima taubat.Tp,perlu diingat,konsep taubat nasuha itu perlu dipegang secara total.Bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.Tentang taubat nasuha,kawan2 boleh refer my previous post tentang muhasabah mode,dengarlah youtube tu ya.

Sahabat sekalian...Jangan dilihat betapa kecil dosa yang kita lakukan,tetapi,lihatlah kpd SIAPA kita menderhakai???Kadang kala kita terdengar dialog begini,"alah,aku buat dosa kecil je,die tu lagilah buat dosa besar sepanjang masa"Tetapi,cuba kita tanya diri sendiri,kepada siapa kita melakukan dosa tersebut???Kepada Allah,Khaliq(pencipta) yang mncipta kita(makhluk).Sedangkan derhaka kepada ibubapa pun kita dilarang,inikan pula kita sangat berani derhaka kepada Allah.Mungkin ada yg mengatakan trlampau kasar mggunakan istilah derhaka,tetapi itulah hakikatnya...besar atau kecil dosa itu bukanlah mnjadi isu,biarlah Allah yg menentukan,tetapi 'keberanian' kita melakukan dosa itu yg prlu kita renungkan.Dosa semalam akan terus menghantui hari esok,lusa dan seterusnya,hingga ruh trpisah dr jasad.

Itulah perasaan yg timbul dlm diri sy,apabila 'disapa' tarbiyyah.Dosa kepada mak dan abah,walaupun sudah dimaafkan,tetapi dosa semalam terus manghantui diri ini.Bukan niat untuk membuka pekung di dada.Tetapi semoga dpt dijadikan pengajaran,sama2 ambil ibrah dr kisah hidup sy.Dahulu,sy seorang anak yg suka melawan kata2 mak dan abah,sepatah mak dan abah cakap,10 patah sy balas.Malah,lebih dahsyat lagi,sy pernah melakukan sesuatu yang tak patut sy lakukan pd mak sy sndiri.'Perlakuan' itulah yg terus-terusan manghantui hidup sy.Alhamdulillah,kali pertama sy 'berkenalan' dgn tarbiyyah dah usrah sewaktu di KTT(Kolej Teknologi Timur).Kolej kecil itu,meninggalkan kesan yang besar dalam hidup sy,dikurniakn sinar harapan utk bermula dr awal,berusaha utk mnjadi anak yg solehah utk mak dan abah,mnjadi hamba yang taat yg mmperjuangkan amar makruf nahi munkar,insyaAllah.Namun perjalanan hidup ini berliku2...kalau takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai.Ini jalan yg sy pilih,memilih untuk brhijrah mnjadi lebih baik.Pernah beberapa kenalan mengeluarkan kata2,"elehhh..budget baik sangat!!!"Namun yakinlah sahabat sekalian,sesungguhnya dunia ini ibarat penjara bg org mukmin dan syurga bagi orang kafir.Setiap hari minima 17 kali kita merintih pd Allah:

1.Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
2.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3.Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
4.Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).
5.Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
6.Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.
7.Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Saya tertarik dengan ayat 6 dan 7.Kita memohon Allah,agar Allah membimbing kita ke jln yang lurus,jln org yang diberi nikmat.Kalau kita singkap kembali sirah nabi,kisah sahabat,adakah perjalanan hidup mereka mudah dan tanpa ujian???Tidak sesekali.Begitu juga kita.Jangan pernah bermimpi untuk termasuk dalam golongan org2 yang Allah beri nikmat,selagi kita tidak melepasi 'tapisan' Allah,berupa ujian dlm kesenangan atau kesusahan.

Sama2 kita memperbaiki diri,memperindahkan akhlak.Sebagai renungan bersama,mari refer (7:179)

Dan sungguh,akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati , tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak;bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang2 yang lengah(7:179).

Sejauh mana kita memanfaatkan pancaindera yang dikurniakan Allah ini???Semoga kita tidak tersilap langkah,kerana segala-galanya akan dipertanggungjawabkn di akhirat kelak.Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau,dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan.Bersifat optimislah bukan pesimis.

Jom layan nasyid ni...Semoga mndapat sedikit pengajaran dr coretan kali ini.
Salam Perjuangan!!!

www.youtube.com/v/GPnQwXjKqu8&hl=en_US&fs=1&">

Saturday, January 23, 2010

Pasrahkan Diri...Muhasabah Mode

Assalamulaikum...semoga kita semua senantiasa memperoleh kesejahteraan,rahmat dan keberkatan dari Allah Taala,seiring dengan salam yang acap kali kita ucapkan,yang mana,mungkin ada antara kita yang terlepas pandang akan makna 'tersurat' disebalik kalimat-kalimat bahasa arab itu.Indah sekali kehidupan ini apabila setiap kali kita bertemu,setiap antara kita,mendoakan antara satu sama lain.

Yang bermaksud,salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu.

Yang bermaksud,ke atas kamu salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu.
Subhanallah,sungguh indah jika kita bertemu dan berpisah kerana Allah,dan diawal dan akhir pertemuan saling mendoakan kesejahteraan masing2.

Ok,tadi tu mukadimah je...skema sket r ayat kat atas td,hehe.Alhamdulillah,de mase meng'update' blog dan brkongsi sumthing.Tak smpai sebulan lg,dh nk 2nd sessional.Perasaan???X de perasaan pe2..minggu ni sy dah brjaya mghabiskan masa dgn jayanya utk aktiviti2 yg tak de kene mengena dgn dentistry pun:p...sifat malas study ni tak hilang2,haihhh...tp,insyaAllah in process nak berubah ni,harap2 berjaya.

Mggu ni masa tgh 'merayau2' kat youtube,trjumpa 1 lagu yg agak menarik r bg sy...trmotivasi gak dgr lagu ni.Tajuknya,pasrahkan diri by Arifin Ilham.sape ni???sy pun tak kenal,hahaha...beliau seorang penceramah agama indonesia.indon lg???hehehe..pengaruh 'keindonan' ni sgt besar r dlm diri sy.Kagum rasa melihat progression dakwah di indonesia,luar biasa sekali.Kumpulan Snada pun de nyanyi lagu ni gak.Sy rase penyanyi asal lagu ni kump snada.Tp,sy lebih suka dengar yg version ustaz Arifin Ilham.
Jom hayati lagu ni.
Salam muhasabah!!!

Pasrahkan Diri

Semakin lama ku merasakan
Damai indah kasihMu
Bagi semua insan di dunia
Semua sama di hadapanNya

Sembah sujud padaMu Ilahi
Kami pasrahkan diri
Lepas dari nafsu dunia
Yang melenakan dan menghanyutkan

Diri ini penuh dosa
Kuharapkan ampunan bagi diriku
Sucikan hati dari debu dan noda
Padamu kuserahkan jiwaku

Thursday, January 21, 2010

REDHA???

Assalamualaikum...
Post kali ni nk cite tentang redha.Satu perkataan yang mudah untuk diungkapkan,tetapi sukar untuk dilaksanakan.Bagi diri yang menulis ni pun,kadang kala,apabila diuji,tewas juga dalam 'desakan' emosi.Sedangkan,sebagai seorang 'mukmin',kita perlulah bersedia menghadapi segala ujian dari Allah,menerima dengan hati yang redha dan berikhtiar untuk memperbaiki situasi.Anda mungkin seorang muslim,tetapi,belum tentu untuk mencapai level mukmin.kenapa???kerana kita percaya rukun islam dan rukun iman,tetapi sejauh mana tahap penghayatan kita pada rukun iman yang ke-6,percaya kepada qada' dan qadar.
Percaya dan yakin sahaja belum cukup untuk membuktikan keimanan kita kepada Allah.Dalam konsep tauhid sendiri,3 komponan penting yang perlu dipenuhi ialah mengakui dengan hati,ikrarkan dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan.

Sebelum diuji mudah kita melafazkan kata,:"saya yakin dengan takdir ilahi,apa yang terjadi,insyaAllah,itu yang terbaik."
Tetapi semasa mendapat musibah,adakah kita akan:
:"InsyaAllah,aku yakin dapat menghadapi ujian ini.Aku redha Ya Allah dengan apa yang berlaku.Sesungguhnya,ada hikmah disebaliknya."
Atau
:"Kenapa mesti aku yang ditimpa musibah ni??Ya Allah,aku dah cuba jadi hambaMu yang terbaik,tapi kenapa kau uji aku dengan ujian yang maha berat ni??"

Hidup ini 1 pilihan,tepuk dada,tanya iman.Setiap dari kita,pasti akan diuji oleh Allah,bersiap sedialah,latih diri kita untuk menerima segala suratan ilahi tanpa ada sedikit pun keluhan,kerana perancangan Allah adalah yang terbaik.

Banyak plak termengarut kat atas tu,tak masuk lagi cite redha ni..hehe:p
Ok..pe tu redha??Redha itu hati menerima kenyataan,otak dan tubuh ikhtiar perbaiki keadaan.Redha ni tak sama dengan pasrah.Kalau pasrah,kita menerima suratan takdir,tapi,mungkin tiada usaha ke arah memperbaiki keadaan.Kenapa kadang kala kita susah sangat nak redha,sy pun menghadapi masalah yang sama.Contoh,kat india ni,diorg kan mmg sukeeee sesangat potong barisan,suka hati mak bapak diorg je kan tak nak beratur.Ingat tempat tu,mak bapak diorang ke yang punye???hah!!!kan dah emo...ni baru cite je..cube bayangkan keadaan kite waktu kejadian tu camne,msti mulut ni tak hbis2 dok kutuk2 org yg potong barisan tu kan,walaupun orang tu x faham pun tak pe,yang penting puas hati,kan???tak habis kat situ,balik rumah,smbung cite lagi kat housemate.Tp,at the end,x de pe2 pun yang kita dapat.betul x???lagi buang masa,membazir air liur,tambah sakit hati lg adelah...kan lebih baik,andai kata,kita redha.Redha adalah solusi terbaik dlm mghadapi segala ujian.Prinsipnya,sama ada kita redha,atau tidak,perkara itu tetap akan terjadi.Macam mane kita mengeluh sekali pun,ia tidak dapat menghilangkan atau mengurangkan musibah tersebut.Alangkah beruntungnya andai kata kita berjaya 'lulus dgn cemerlang'semasa menghadapi ujian Allah.Klunya,hanya satu,redha.Mampukah kita???InsyaAllah,sama2 latih diri ya,mulai dr hal yang kecil.

Sahabat yang dikasihi sekalian....hidup ini sangat bosan jika monotone,tiada dugaan,sentisa senang sepanjang masa.Ujian itulah yang akan menjadikan kita lebih dewasa,mnjadi rencah kehidupan.Sesungguhnya,'penderitaan' kita bukan kerana kenyataan,tetapi ketidak siapan kita untuk menerima kenyataan.Jadi,marilah kita sama2 mempersiapkan diri kita,membina tembok keimanan yang kukuh,untuk menghadapi ujian yang pasti akan tiba.

Akhir kata,mari kita sama2 merujuk ayat(29:2):Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan"kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji?

Tuesday, January 19, 2010

Episod Baru Dlm kehidupan

Assalamualaikum....
Rase cam tak caye,leh tetibe wat blog plak..study pun malas,nk tulis blog plak???hehehe...

Untuk 1st entry ni,sbg session taaruflah kirenye..insyaAllah,dlm post2 seterusnya nanti kite akan brkongsi sama2 ilmu ttg tauhid(ttg ketuhanan),muamalat(ttg hablu minannas-hubungan sesama manusia),jenayat(jenayah2..hehe,cam cuak je ek..),munakahat(ttg perkahwinan,smpat plak nk cite ttg kawin???:p) dan isu2 semasa.

Sy brharap dgn 'trlahirnya' blog ni,dpt memotivasikan diri sy sndiri utk mnjadi mukmin yg lbh baik dlm meniti hari2 mndatang.Sesungguhnya ujian Allah itu adalah pasti,untuk membuktikan sejauh mana tahap keimanan kita kepada Sang Pencipta.Tidak ramai orang yang berjaya melepasi ujian yang berupa kesenangan berbanding dengan ujian berupa kesusahan...aikkk,cam susah nk faham eh???ayat BM pun tunggang trbalik dh,hehe...camni,i mean,ramai org yg kufur nikmat.Apabila diberi kemudahan(yg sebenarnya ujian dr Allah),mereka brpaling,brlari jauh meninggalkn Allah.Tp,orang yg diuji dgn kesusahan,kemiskinan,kemelaratan(juga ujian dr Allah),tetapi berkat keimanan yg menebal dalam diri,dia terus melangkah gagah,berlari mendapatkan ilahi,demi utk mndapatkan syurga yg kekal abadi...Jd,berhati-hatilah sahabat2 sekalian,semoga nikmat yg dikecapi tidak akan mematikan hati,malah diharap nikmat yg diprolehi,dijadikan sbg asbab utk kita lebih gigih menagih kasih Ilahi.

Alhamdulillah,hujung minggu yg lps,sy smpat menonton biografi Abdullah Gymnastiar @ Aa Gym,seorang penceramah agama indonesia,yg bg sy sangat hebat.Kata2nya sgt sopan,nasihat yg diberikan trkesan di hati.Kehadirannya prnah mnjadi 1 fenomena yg sgt luar biasa di indonesia...dh trmengarut byk plak,hehe...kat sini nk cite,antara kata2 yg dsmpaikn Aa Gym,yg mmbuatkan sy brmuhasabah sejenak,mengenang kesalahan2 yg telah dan sedang sy lakukan.

Menurut Aa Gym,perubahan itu brmula dgn 3M:
1)Mulai dr diri sendiri.
2)Mulai dr hal yang kecil(hal yg kecil adalah rangkaian hal2 yg besar)
3)Mulai dr saat ini(kita tidak tahu hayat kita brakhir pd waktu bila,jd jgn brtangguh2)

Menurut Aa Gym lg,untuk mencapai prestasi dunia dan bermakna di akhirat,melalui 7B,iaitu:
1)Beribadah dgn benar dan istiqamah.
2)Berakhlaklah dgn baik.
3)Belajarlah tiada henti.
4)Bekerja keras dgn cerdas.
5)Bersahaja dlm hidup(zuhud).
6)Bantulah sesama.
7)Bersihkan hati selalu.

InsyaAllah,marilah kita sama2 perbaiki diri,ke arah mncapai status mukmin sejati yg hanya mengharapkan redha ilahi.Semoga Allah mmperkenankan.