Assalamualaikum wbt..
"Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]
Alhamdulillah,hujung minggu lepas,adik Jr dr Manipal bertandang ke rumah,lepak2 ilmiah bersama,he2...Salah satu perkara yg dibincangkan syariatullah dan sunnatullah.Bagi sesiapa yg kurg jelas ttg maksud sunnatullah dan syariatullah,definisi ringkas lebih kurang camni:
Sunnatullah: Hukum-hukum Alam yang Allah tetapkan untuk dunia semesta ini,merangkumi sains aplikasi dan sains sosial.
Syariatullah: Syariat Allah, iaitu hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran dan melalui Nabi Muhammad SAW.
Bagi seorang muslim,kedua2 aspek perlu seiring dan sejalan untuk memperoleh kejayaan dan kebaikan di dunia dan akhirat.
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Al Baqarah,2:201)
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka."
Contoh: Timah,Kiah dan Mei Lin kawan sekelas.
Timah bgn pg kul 6am,solat subuh,pastu tdo semula.Kul 8am g klas smpai kul 12 tengahari.Balik klas lunch,pastu solat zuhur,pastu g klas semula.Ptg balik,solat asar,pastu main2 laptop,pastu solat maghrib,pastu main laptop lg,pastu solat isya',buka buka jap,study mana yg dapat,tdo...Tiap2 hari rupe gni r hari2 Timah.
Kiah plak bgn kul 4am,qiamullail,sementara tggu subuh Kiah study jap..Pastu solat subuh,baca ma'thurat,wat preparation utk g klas,pastu g klas kul 8am smpai tghari.Pastu lunch,solat zuhur,g klas,balik solat Asar,pastu baca mathurat,pastu study...Masuk maghrib,Kiah terus solat maghrib,baca Quran,solat isya',dan mula study dengan tekunnya,tdo dalm kul 12 malam.
Mei Lin lak bgn dalm kul 7am,confirm r tak solat subuh sbb cina kan,he2...Bersiap2 utk g klas sama wktu ngan si Timah dan Kiah.Lunch pun sama..lepas lunch,study jap,g klas semula..balik klas,study lagi sampai ke malam,rehat sat utk dinner je...mantap habis si Mei Lin study..Tdo pun dalm kul 2-3 am,khatam buku byk kali dah ni...
Rasa2,antara 3 org mana satu yg plg mantap result exam???Keputusan pekse ni subjektik kan,de org tak study,lulus gak..Kita guna rumus,usaha berkadar langsung ngan kejayaan.Sunnatullahnya,siapa yg usaha,dia akan dapat r kan apa yg diusahakn.Sbb tu Mei Lin bukan islam pun still leh berjaya.Konsep istidraj tak nak cite r kat sini..So,sunnatullah ni applicable utk muslim & non muslim...
Tapi,untuk seorang muslim,andaikata kita impikan kejayaan di dunia dan akhirat,kita perlukan kedua2 aspek bergerak seiring,contoh macam si Kiah.Bukan macam si Timah yg hanya mengaplikasikan syariatullah sahaja,berdoa dan bertawakal,tapi mengabaikan usaha.
Konsep sunnatullah dan syariatullah sangat luas,kefahaman penting sebelum kita beramal.Jadikanlah dunia ini sebagai medium untuk kita memperolah keperluan dan kehendak di samping menyediakn bekalan yg mencukupi dalam misi memburu Jannah yg kekal abadi... 
p/s:Jom pakat2 berusaha jd mcm si Kiah,he2...Musim hujan dah tiba,mata asyik nak terlelap,tido bukan main mantap,perut lapo memanjang,exam dah dekat...rajin kamtumi...kamtumi...ha2..pp/s:Selamat berusaha kawan2.De dlm 2 minggu lagi,insyaAllah doa sama2 ditenangkan hati,dipermudahkan segala urusan...Fizzi binti Shamsudin @ Filzah fakhriah,
101,Maharaja Residency,Balmatta Road,Mangalore,India.


Alhamdulillah,dapat pun log in blog,sign in via yahoo pun xpe lah..:D
Ni mood selepas menonton cerekarama Kashaf Imani...Tak pernah2 tengok cerekarama kat India ni,leh lak tertengok cite ni,member kata best...Best,memang best,berjurai air mata r gak,ha3...
Rindu kat mak!!!!Esok pagi2,nak dengar suara mak...Ishhh,ilmu pe mak pakai ni,hari2 rindu kat mak nih,ha2..
Ok,dah dekat tgh malam,kena jeling2 sket buku,harap2 dipermudahkn untuk study...
Adik2 KMC 1st year start exam esok,semoga dipermudahkan ya sayang..Adik2 MCODS 1st year,jgn risau2,2 minggu lg,macam2 leh study,he2..MCODS 2nd & 3rd year,3 minggu lg nak exam final,dah berasap lum kepala korg??hik3..InsyaAllah,Allah sudah menyediakan perancangan terbaik utk kita.Usaha yg terbaik dan termampu,yang penting jangan bermain tarik tali dengan Allah..Jangan menjadi hamba kepada peperiksaan,sehingga kita abaikan urusan dan tanggungjawab yg lain.
p/s:berfikir dan terus berfikir...:D
Fizzi Binti Shamsudin,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.
Assalamualaikum wbt...
Lama bertapa depan laptop,macam2 cerita dan berita yg dibaca,fikir2 jap,ngomel sorang2 sat...Kadang2 berjam2 depan laptop,baca berita ni,lompat ke berita lain,tengok page ni,usha page lain,haihhh,ni ciri2 stalker sejati,hu2..Buang masa sungguh!!!(Peringatan utk diri sendiri,:D)
Bila bercerita tentang pilihan,pasti setiap dari kita pernah melalui pengalaman yg mungkin berbeza2,tapi matlamat yg sama,untuk memilih satu dari antara beberapa perkara.
Mungkin lunch ni kena pilih,nak makan laksa or nasi ayam..
Mungkin malam ni kene pilih,nak study oral patho,surgery or medicine..*wink*
Mungkin jap lagi nak kena pilih,nk g klas or bunk...ni mmg kene sekeh kepala kalau de yg masih pk2 lg..:D
Mungkin nnti kena pilih nak balik raya ke tak,he3...ramai dalam dilema nmpak...:p
Macam2 mungkinlah lagi...
Hidup ni tak lari dari membuat pilihan...Bermula sahaja hari,kita dah kena wat pilihan,nak baca doa bangun tdo ke tak..bape org yg berjaya wat pilihan yg betul pg ni,dgn membaca doa bangun tdo???jawab dlm hati sudah,he2..(saya pun fail gak,esok leh cuba wat pilihan tepat k...semangat!!!)
Kadang2 kita terlepas pandang tentang perkara2 yg mudah.Kita asyik memikirkan perkara2 yg berat,tapi perkara yg mudah kita abaikan...Doa kuar tandas,selalu baca tak???Doa masuk tandas mmg ramai hafal,tp tang doa kuar tandas,ramai yg kantoi...nak dok bertapa dalam tandas ke sayang??hik3...Jom2,ni masa utk membuat pilihan tepat yg mudah,nak hafal doa kuar tandas ke tak..pilihan di tangan anda...Yuk sama2 perbaiki diri.Mungkin boleh apply prinsip 3M untuk melakukn perubahan:
Mula dari diri sendiri
Mula dari hal yang kecil
Mula dari saat ini
Tadi terbaca berita ttg lelaki yg tukar jantina kpd wanita,nk tukar nama kat mykad.Bukan nak mengaibkan sesiapa,sekadar peringatan bersama.Alasan yang seringkali diberi oleh golongan ni,tentang naluri...
'Sejak kecil,naluri saya cenderung kepada kewanitaan,saya suka berpakaian wanita,saya tak selesa menjadi lelaki..Hormon lelaki saya tak balance sejak kecil...'
Ok,baik,memanglah orang akan kata,'ko tak kena,memang r ko leh kutuk2 or ngomel2 ttg org cmni,cuba ko yg berada kat tempat diorg,ntah2 ko pun wat bende yg sama'...Ni ayat membela yg alah2 laser gtu kan,ha2..Statement gni tak patut kuar dari mulut org2 yg bersyukur ya..:D
Allah menjadikan kita dalam keadaan yg paling2 sempurna,tak perlu untuk kita touch up part ni sket,ubah tang tu sket,utk bagi xtra molek.Adakah kita sedang mempertikaikan kredibiliti Allah??
Dalam keluarga besar sy pun de yg mempunyai masalah yg sama.Sejak kecil memang dah jumpa macam2 jenis ragam manusia.Bila dah besar,hanya mampu memandang,tak terdaya berkata apa2.Susah untuk mengubah generasi yg lalu,tapi misi untuk membina generasi akan datang insyaAllah akan diperjuangkan bersama.
Kalau semua orang asyik menyalahkan naluri,nnti semua orang yang melakukan jenayah pun menggunakan alasan yang sama,kalut negara...
Si pencuri:'Saya dah cuba menahan diri dari mencuri,tapi apakan daya,naluri saya cenderung ke arah itu..sehari tak mencuri,jiwa saya tak tenang...'
Si penzina:'Nak wat camna,dalam hati sy dipenuhi rasa cinta kpd wanita2 di luar sana...Naluri sy untuk memiliki mereka tak dapat sy bendung...Bukan salah saya,tapi salah naluri dalam hati ni!!!'
Hmmm,macam2 alasan mengarut yg kita leh wat untuk salahkan naluri.Pilihan di tangan anda untuk memilih.Semua pilihan kita akan dipertanggungjawabkn di akhirat kelak,berhati2 dalam membuat pilihan.Lakukan solat istikharah setiap hari mungkin dapat membantu hati dalam membuat pilihat yang tepat.Kita terlepas pandang,hanya buat istikharah bila nk pilih pasangan sahaja!!ha2...
Persoalan untuk anda2 yg membaca entry ni:
Adakah,statement 'cuba tanya hati' masih relevan untuk diaplikasikan dlm diri kita??Andaikata hati kita dipenuhi dengan noda2 hitam,nur keimanan makin kelam,adakah kita masih layak untuk bertanya hati kita untuk mendapatkan solusi bg setiap permasalahan yg kita ada??Adakah jawapan yg diberi oleh hati yg dipenuhi dengan tompok2 hitam,dapat digunakan untuk memastikan diri tsabat di atas jalan-Nya...Tepuk dada,tanya iman..InsyaAllah,sama2 hidup suburkan hati2 kita dengan amalan2 ruhiyyah,perbaiki diri selagi berkesempatan..
p/s:Alhamdulillah,sebulan terakhir di tahun 3,exam dah dekat,jgn gelabah2 ya kawan..Usaha yg terbaik,insyaAllah perancangan yg terbaik dari-Nya...Fizzi Binti Shamsudin,101,Maharaja Residency,Balmatta Road,Mangalore,India.
Assalamuaalaikum wbt...
Post kali ni,nak share gmbar Mohd Hassanul Haikal,bakal suami saya...Tettttttt...he3..Ngarut sungguh.Haikal,si kitam,anak saudara saya.Dulu,masa umur Haikal 2 bulan,hitam tul budak ni,sekarang umur dah 6 bulan,makin cerah,terkezuttt auntie tengok gmbar awk sayang..
Haikal lahir pada 15 oktober 2011,berat dalam 3.5kg.Auntie lagi berat dr awak masa lahir,he3..Sekarang,Haikal dah berusia 6 bulan,berat dah 9.5kg.Boleh tahan tembam budak kecik ni.Tak sabar nak jumpa awaklah!!!
Haikal umur 2 bulan..tembam mcm cherubism r dear.Hitam kulit haikal masa ni,tu yang nenek ngan auntie pggil awk si kitam..Hitam pun xpe,auntie tetap sayang.Senang jaga awak,tido sokmo,cam auntie gak,kui3...
Haikal umur 6 bulan,kulit dah cerah..Pakai fair & lovely ke sayang??hik3






Letih2 balik posting,tengok gambar awak ni,wat auntie tersenyum r sayang..Ishhh,ni baru anak saudara,dah rindu tahap gaban.Ntah camne r member2 yg dah de anak,pastu terpisah sbb busy study...Uitttt,besar pengorbanan tu,respect habis r ket member2 cmni..
Baik,cukup sudah mengarut,meraban...Sakit rumah r..Nak balik msia!!!
p/s:exam 3rd sessional dh makin dekat..Final exam pun tak lama lg..Cuak r sket weyhhh,cam xde perasaan je,he3...pp/s:Sedang study perkara tak berkaitan tentang dentistry..Ishhh,banyak pages lg, 120+14+92=bengong+biol kepala..hu2...Fizzi binti Shamsudin @ filzahfakhriah101,Maharaja Residency,Balmatta Road,Mangalore.
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,dipermudahkan jari jemari menari di atas keyboard laptop yg berabuk semacam je nih.Budget cam jarang pakai r laptop,padahal bertapa depan laptop berjam2 dalam sehari,smpai level tak tahu dah nak 'godeh2' pe mende,lagha sungguh!!!Kawan2 panggil sy queen google..Yup,mmg sy suka google pe sahaja yg terlintas kat kepala otak ni,tibai je google,mesti jumpe punya yg dicari,he2..Sy suka membaca(mestilah bukan buku pelajaran kan,kan,kan...yuhuiii!!!).Bila sy start baca ttg sesuatu,rasa tak puas hati,cari lagi,then cari lg,smpai tahap dh tak tahu nk cari katne dah,mati kutu dah..Kadang2 baca ttg satu perkara je,tapi ddk depan laptop smpai berjam2,dok google sana,google sini ttg perkara yg satu tu je...Sifat suka menggoogle semua perkara yg terlintas di fikiran ni tak leh wat selalu,tak study r kalau dok melayan pak cik google nih,he2...
Lebih setengah bulan tak mengupdate blog,bukan tak banyak masa,banyak je masa xtra,malas je lebih.Hati pun cam tak rasa nak menulis,otak malas nak fikir.Hmmm,biasalah,graf tgh turun r tu kiranya.Sebelum graf terus turun menjunam,kena pandai2 r cari sumber luar nak cuba naikkan graf semula.Alhamdulillah,dalam proses pencarian,terbacalah satu artikel tentang kisah peperangan yg melibatkan Saidina Ali.Ni sy copy paste pe yg sy baca k...:
Cuba kita renungkan kisah Ali ra. Ketika di dalam suatu peperangan. Ketika beliau menentang musuh dan dia berjaya menjatuhkan musuh tersebut, tetapi tiba-tiba musuh tersebut telah meludah ke arah Ali ra, maka Ali ra. pun tidak jadi membunuh musuhnya tersebut kerana beliau takut andainya dia bunuh kerana marahnya kepada musuh tersebut yang meludah ke arahnya. Kerana perbuatan Ali ra. tersebut,musuh tadi telah memeluk Islam. Cuba kita renungkan, sahabat begitu ikhlas kerana Allah, mereka tidak mahu membunuh walaupun dalam peperangan menentang musuh hanya kerana takut tidak ikhlas kerana Allah. Kita cuba renung diri kita, andai kita ditindas oleh musuh, dibuat macam-macam dan kita berjuang dalam panji-panji agama tetapi kerana rasa marah dalam diri dengan musuh tadi yang telah menindas. Maka perjuangan akan menjadi sia-sia belaka.
Saya tak copy paste artikel penuh,sy ambil part yg saya rasa terkesan dalam hati,macam ditikam2 ni,ditampar2 pun de gak,huhu...Usai solat isya' ngan housemate,kami pun berborak jap,sy ceritakan tentang artikel ni,ter'emo' sebentar.Cerita pun bermula:
Kadang2 kita mulakan sesuatu dengan niat yg baik,tapi di pertengahan,niat yg baik tu terpesong dr tujuan asalnya.Konflik timbul,kita perlu memilih,hanya iman yg dpt guide diri kita utk buat pilihan yg tepat.Tapi andaikata iman kita senipis kulit bawang,mampukah kita membuat pilihan yg tepat??Banyak kali saya tersalah pertimbangan,saya lupa untuk luruskan niat,saya terleka.Usia kita dah 23 tahun.Sulthan Muhammad Al Fateh pada usia 22 tahun dah dapat membuka Constantinople.Kita ni,nak buka apa ya??Jangan kata nk buka sebuah bandar,paling tak,kita boleh usaha untuk buka hati kita.Kita cuba untuk sama2 berubah,insyaAllah berusaha menjadi yang lebih baik.
Alhamdulillah,kami dah jumpa turning point,sekarang masanya untuk susun langkah jangan sampai pincang,tepis halangan2 luar,fokus pada misi utama.Jangan gentar untuk mulakan langkahan pertama kerana tanpa langkah pertama,tak mungkin ada langkah kedua.Mana mungkin kita berjaya mencapai misi andaikata kita statik sahaja.It's doesn't matter if it's a small step,just take it..
p/s:thanks kawan2 yang baik,yang selalu ingatkn sy kalau sy tersalah,yang selalu dengar cite sy bila sy de problem,yang selalu dgr sy ngarut,meraban,yang selalu luangkan masa untuk jawab soalan2 saya yg kadang2 x bpe nak logik..terima kasih ya..pp/s:cepatlah semuanya berlalu...Fizzi binti Shamsudin @ filzah fakhriah101 Maharaja Residency,Balmatta Road Mangalore.