Thursday, March 10, 2011

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Assalamualaikum wbt....

Post kali ni bukan nak jual produk maybelline ya,he2..2 hari takde posting petang sebab sekarang de dental week,banyak program2 dijalankan minggu ni.Hepi gler bila dapat mesej takde posting 2 hari,tak payah r cari patient untuk scaling gigi.Cari patient???Yup,itulah hakikatnya,dental student memang kena cari patient kat tepi2 jalan or kat medic building untuk treatment cuci gigi.Aigoo...letih woo nk cari patient.

Ok,berbalik kepada tajuk di atas,smlm marathon tengok cite tudung ekspress.Tudung ekspress???Kalau korang tak pernah dengar tajuk drama ni,silalah minta pertolongan pak cik google or pak cik youtube ya.Bukan nak promote cite ni,salah3...Cite ni de 13 episod,sy tak skip satu pun episod sbb sy sgt2 curious,nk tahu gak pe yang 'kita2' faham tentang tudung.Apa yang awak,awak dan awak faham tentang tudung ya??


"Saya pakai tudung sebab saya tengok comel plak artis2 yang pakai tudung tu,cute gler..Sy pun nk cute cam diorang juga"-Si A

"Hey!!!Apa ni pakai tudung macam mak cik jual kuih,buta fashion r ko ni..ishhhh,'allergic' aku tengok!!"-Si B

"Mina,I sukalah tudung yang polka dot-polka dot camtu..pastu wat bonggol seketul kat atas kepala,cantikkknyeee..."-Si C

"Saya suka tudung yang simple2 je,as long as memenuhi adab-adab pemakaian tudung dah memadai."-Si D

Ehem3....Awak,awak dan awak setuju yang mana??Si A,Si B,Si C atau Si D??Banyak lagi pendapat2 len tentang tudung,terlalu banyak utk disenaraikan.Lain orang,lain keinginannya.Disebabkan berlainan 'selera'lah,timbulnya pelbagai fesyen2 terbaru pemakaian tudung.Tapi,pe sebenarnya kriteria2 pemakaian tudung yg perlu kita penuhi??

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(An-nur,24:31)

Antara kriteria pemakaian tudung:
-Menutupi dada.
-Tidak jarang atau nipis kain tudungnya.
-Tidak menampakkan batang leher(ketat atau berbayang)
-Tidak menyerupai agama lain.

Anda bebas untuk membuat pilihan untuk berfesyen atau sebagainya,tapi adab2 yang ditetapkan pastikan tidak diabaikan.Lerang 50??Lerang 60??Tudung bulat??Tudung indon??Tudung ikin??Yang mana satu??Itu bukan isunya.Yang terbaik sudah tentu yang memenuhi adab2 dan kriteria2 yang digariskan di dalam Quranul Karim.

Wanita,tak salah untuk anda berfesyen dalam pemakaian tudung.Tapi berhati2 dalam memilih fesyen.Waspada dengan tegahan2 yang sudah disebutkan dalam hadis atau ayat2 Quran.Semoga setiap langkah kita diganjari dengan pahala kerana berpakaian memenuhi tuntutan syara'.Tidak takutkah anda jika setiap bukaan langkah menambah koleksi dosa anda??Berhati2 wahai srikandi muslimah,buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda.








Islam itu mudah,tapi jangan terlalu mempermudah-mudahkan.Apa yang dinyatakan dalam Quran dan hadis,itulah yang perlu kita pegang.Kita disogokkan dengan pelbagai islamic fashion show yang jelas2 tak menepati kriteria cara pemakaian dalam islam yang sebenarnya.Pilihan di tangan anda,jangan tersalah pilih sayang....

Berbalik pada cite tudung ekspress,ada 2 scene yg sy rasa agak kurang wajar sedikit.
1st scene:Episod 10 part 1,dekat minit ke 6.46.Scene antara Dira ngan suaminya(Megat).
Suami:Lagi satu abang nak tegur eh,pakaian,tudung Dira.Orang takkan pandang Dira macam editor majalah...
Dira:Habis tu orang pandang Dira macam apa?
Suami:Orang pandang Dira macam mak cik jual kuih.

2nd scene:Kawan Dira,seorang muallaf bernama Mei menolong Dira untuk ubah imej.Kalau rajin nk tengok drama tu,silalah,lihat perubahan macam mana yang berlaku.
Dalam scene ni,Mei bermonolog apabila ternampak Dira dr jauh menuju ke arah Mei dan rakan2..
Monolog Mei:Nasihat I,jangan terlalu serius dalam hidup ini.Jangan bebankan diri sendiri.Yang penting,jangan berselindung disebalik tudung.

Freeze sebentar dengar monolog Mei ni,he2..Jangan marah ya kalau berbeza pendapat,bg saya tak wajar,bagi orang lain mungkin takde pe2,biasa je.Negara demokrasi,bebas beri pendapat kan??he2...

Tahu atau faham mana yang lebih penting??Kadang2 kita tahu tentang sesuatu perkara,tapi kita tak amalkan.Tapi bila kita faham,kita akan cuba juga untuk amalkan.


~Sekadar peringatan,selagi berkesempatan~

Fizzi Binti Shamsudin @ Filzah fakhriah,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.


4 comments:

Tabibbatunhawa said...

jauh nyer nk bgi coment..akak tukarlah kepda popup window...

ha ah....cam besh jer citer nih...

kita tengok yerr...

fizzi shamsudin said...

Hawa,biasa je cite ni..nak usha sket2 leh r,nak tengok sume episod cam xde pengajaran sgt pun,he2..

Unknown said...

suke dialog 'tudung polkadot n seketul bonggol tu' haha trend skang. unta mesia

fizzi shamsudin said...

salam kak syami..
he3..kalau unta btul,syok gak leh wat qurban..ni,unta atas kepala,konpius leh watpe...wat dosa??
~sekadar peringatan,selagi berkesempatan~