Wednesday, August 11, 2010

Islah diri,hiasi peribadi,demi cinta hakiki.

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk terus dan terus bermujahadah fi sabilillah,insyaAllah.Ramadhan semakin hampir.Kurang dari 24jam,1 ramadhan akan menjelma.Apa persiapan kita???Diharapkan 'kemenangan' kita adalah sepanjang tahun,bukan sekadar di bulan ramadhan sahaja.Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai medium untuk memperbaiki diri dan mempersiapkan diri untuk 11 bulan yang mendatang.

2 minggu pertama berada di 3rd year agak meletihkan.Bukan letih fizikal sahaja,mental juga,ha2...Dalam proses untuk adapt dgn 'kehidupan' baru barangkali.Kali ini ramadhan ke3 di India,terasa pantas masa berlalu.Usia semakin meningkat,hayatku semakin berkurang.Tetapi yg pasti doa sentiasa dipanjatkan kepada Kekasih hati,semoga diberi keberkatan dalam setiap langkahku.Langkah ini bukan langkah orang yg lemah,tetapi aku mengorak langkah menuju satu destinasi yang pasti.Biarpun kadang kala hati ini tidak selari dengan akal,tetapi aku akan pastikan langkah ini tidak akan tersasar.Ajaran islam itu bukan bersandar pd logik akal.Ruhiyyah yg mantap perlu dipupuk dlm diri,barulah langkah kaki menuju-Nya terasa ringan dan mudah.Cik hati,tabah dan kuatlah hadapi segala kemungkinan ya!!!

Sunyi pagi begitu mendamaikan hati.Waktu yang sesuai untuk berfikir tentang jati diri.10 muwasafat tarbiyyah perlu dipraktikkan,bukan sekadar dibaca berulang kali!!!Assignment pertama mungkin untuk meng'islahkan diri.Ayuh,sama-sama!!!


10 Muwasafat Tarbiyyah:
1)Kuat tubuh badan(Qawiyyal jism)
2)Akhlak yang mantap(Matinul khuluq)
3)Fikiran yang berpengetahuan(Mutsaqqal fikri)
4)Mampu berusaha(Qadiran ala kasbi)
5)Akidah yang sejahtera(Salimul aqidah)
6)Ibadah yang betul(Sahihul Ibadah)

7)Mampu melawan nafsu(Mujahadah ala nafsi)

8)Menjaga waktu(Haarithun ala waqtihi)

9)Tersusun dalam urusan(Munazzamun fi syu'unihi)

10)Berguna untuk orang lain(Nafi'un li ghairihi)




Fizzi Shamsudin,
Maharaja Residency,Mangalore,
India.

No comments: