Saturday, August 21, 2010

Cepatnya masa berlalu....

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,tidak putus-putus nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita,tidak terhitung banyaknya.Biarpun banyak kesilapan yang kita lakukan,tetapi Allah tidak pernah meninggalkan kita.Diberi kesempatan untuk bermuhasabah diri,diberi kesempatan untuk mengislah diri,sayangnya Allah pada kita!!!Tetapi sejauh mana rasa sayang kita pada Allah pula?Adakah kasih Dia berbalas???Tepuk dada,tanya selera...hmmm,salah tu...tepuk dada,tanya iman.

Sejak beberapa hari ni,selalu sangat call mak dan abah.Rindu???sudah pasti...Hampir 9 bulan tidak bersua muka,insyaAllah,lebaran kali ini dapat mencium tangan orang yg paling berjasa dalam memdidik dan mengasuh saya.Tak terbalas jasa kalian,mak dan abah tersayang...

'Assalamualaikum,bah...abah kat mane ni???'

'Waalaikumussalam.Abah kat luar ni,tengok bola..'

'Tengok bola bah???Jangan balik lewat bah nnti...'(Dialog alah2 mak nenek ni mmg biasa sy cakap kat abah,ha2.Nasiblah abah dpt anak suka bebel cam sy ni,he2..)

'Yelah,abah balik awl nnti.Adik sihat??(hmmm,abah plak yg tanye sy sihat ke tak...sorry bah,lupe tanya abah dulu sihat ke tak,ha2..)

'he3...alhamdulillah,sihat..banyak makan bah,kih3...Abah,skrg dah masuk fasa ke2 ramadhan..'

'Apa dik???'

'Fasa ke2 ramadhan bah...10 hari dah berlalu,fasa rahmat...skrg dah masuk fasa maghfirah,fasa keampunan.kena berlumba-lumba ni bah...'

Panjang lg perbualan ngan abah,saje je nk kacau abah,biar abah tak leh fokus tgk bola,ha3...smpat kenakan abah juga,'bah,diorang tu kejar satu bola ramai2.Nanti adik belikan abah bola,abah leh kejar sorang2 ye bah,ha3'..kena sedas abah...gurau2 je bah..jangan marah.

Kalau borak ngan mak lagi ekstrem,he2...

'mak,bila kita boleh kawin ni??'(kita tu kata ganti diri saya r)

'Nanti mak kawinkan semua skali.'Seloroh mak.

'nak2...'(alah2 ayat desperate gtu,ha2)

Ni antara dialog2 ngan mak bila dah takde modal nak cakap,tp still nak gayut stgh jam setiap kali call,ha2...hobi sy adalah merapu tahap gaban,kih3...Jgn risau mak ngan abah,adik dengar cakap mak dan abah,fokus study,ngantuk tido,ha3...


Dah besar pun,family saya still panggil saya adik,he2..adik saya pun panggil saya adik tau,syok2,he2..Makin meningkat usia,makin manja dengan mak dan abah.Kalau dulu,malu nak cakap sayang kat mak dan abah,tetapi sejak usia19 tahun,baru saya belajar untuk mengekspresikan perasaan saya pada mak dan abah.Mak dan abah tiada ganti,kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan saya.Kini usia hampir menginjak 22 tahun,terasa cepat masa berlalu.Semoga kita semua akan menjadi lebih baik pada hari2 mendatang.Bermujahadah,teruskan perjuangan!!!

p/s:Nanu ninnannu thumbha pretisuttene.Kannada fever,ha3...i luv u so much,mak dan abah...

pp/s:Apa tujuan pos kali ni??sy pun tak tau...Takpelah,anggap ni antara pos alah2 bengong gtu,:D


Fizzi Binti Shamsudin,
Maharaja Residency,
Mangalore,India.

Nimage Shubha Kaamanegalu!!!(All the best!!!)

Wednesday, August 11, 2010

Islah diri,hiasi peribadi,demi cinta hakiki.

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk terus dan terus bermujahadah fi sabilillah,insyaAllah.Ramadhan semakin hampir.Kurang dari 24jam,1 ramadhan akan menjelma.Apa persiapan kita???Diharapkan 'kemenangan' kita adalah sepanjang tahun,bukan sekadar di bulan ramadhan sahaja.Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai medium untuk memperbaiki diri dan mempersiapkan diri untuk 11 bulan yang mendatang.

2 minggu pertama berada di 3rd year agak meletihkan.Bukan letih fizikal sahaja,mental juga,ha2...Dalam proses untuk adapt dgn 'kehidupan' baru barangkali.Kali ini ramadhan ke3 di India,terasa pantas masa berlalu.Usia semakin meningkat,hayatku semakin berkurang.Tetapi yg pasti doa sentiasa dipanjatkan kepada Kekasih hati,semoga diberi keberkatan dalam setiap langkahku.Langkah ini bukan langkah orang yg lemah,tetapi aku mengorak langkah menuju satu destinasi yang pasti.Biarpun kadang kala hati ini tidak selari dengan akal,tetapi aku akan pastikan langkah ini tidak akan tersasar.Ajaran islam itu bukan bersandar pd logik akal.Ruhiyyah yg mantap perlu dipupuk dlm diri,barulah langkah kaki menuju-Nya terasa ringan dan mudah.Cik hati,tabah dan kuatlah hadapi segala kemungkinan ya!!!

Sunyi pagi begitu mendamaikan hati.Waktu yang sesuai untuk berfikir tentang jati diri.10 muwasafat tarbiyyah perlu dipraktikkan,bukan sekadar dibaca berulang kali!!!Assignment pertama mungkin untuk meng'islahkan diri.Ayuh,sama-sama!!!


10 Muwasafat Tarbiyyah:
1)Kuat tubuh badan(Qawiyyal jism)
2)Akhlak yang mantap(Matinul khuluq)
3)Fikiran yang berpengetahuan(Mutsaqqal fikri)
4)Mampu berusaha(Qadiran ala kasbi)
5)Akidah yang sejahtera(Salimul aqidah)
6)Ibadah yang betul(Sahihul Ibadah)

7)Mampu melawan nafsu(Mujahadah ala nafsi)

8)Menjaga waktu(Haarithun ala waqtihi)

9)Tersusun dalam urusan(Munazzamun fi syu'unihi)

10)Berguna untuk orang lain(Nafi'un li ghairihi)




Fizzi Shamsudin,
Maharaja Residency,Mangalore,
India.