Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,ada sedikit masa lapang utk berkongsi kembara di bumi Mesir.Kembara???hiperbola sungguh,ha2...Kepada kawan2 yg ada plan utk ke sini,semoga gmbar2 yg diupload dpt mmbantu mmberi bayangan,insyaAllah..
Syukur ke hadrat Ilahi,akhirnya perjalanan ke Sinai terlaksana jua.Gunung Sinai atau dikenali sbg Jabal Musa adalah sebuah gunung yg terletak si Semenanjung Sinai.Tingginya 2.285m.Usually,tourist lebih prefer mendaki Sinai pd musim sejuk(akhir tahun).Pd musim sejuk,berkemungkinan dpt bermain salji di puncak Sinai.Tp,kalau daki pd musim panas,siap sedialah,panahan cahaya matahari mmg mantap gler,ha2.
Dr kiri,Farah,Teah,sy.On d way ke Sinai,berhenti sebentar di telaga Nabi Musa.
Kami bertiga sahaja yg join trip kali ni.Kena fikir byk kali ni if nk jln pd musim panas,he2.Alhamdulillah,perjalanan berjalan lancar.Bertolak dr Mansurah pd 10july2010 by bus ke Cairo.Seperti dlm plan,bertemu dgn Ustaz Mat Pattani di Ramsis dan bertolak ke Sinai.Jauh juga perjalanan.Dr Mansurah ke Cairo almost 3 hours.Dr Cairo ke Sinai another 6 hours.Perjalanan yg jauh tak terasa sbb Ustaz Mat ni mmg byk bercerita,mcm2 dia bercerita ttg Mesir,ttg kisah Nabi,sgt2 menarik.Tp mcm biasa r,sy kan ratu tido,best mcm mana pun cite tu,bila dh naik kereta,tidolah yg plg best,ha3..Tp,waktu tdo pun sy leh dgr r cite ustaz tu,alhamdulillah tetibe leh wat 2 keje dlm 1 masa=tido+mendengar,ha2..so,member2,jgn ingat sy tak dgr eh wktu korg borak masa sy tdo,kih3...
Perjalanan berjln lancar.Kami menginap di fox camp utk semalaman.Tiba di fox camp di Sinai around 5pm.Masuk je bilik,semua wat muka cuak+terkezuttt...Bilik ok je,tp 1 je tak bape nk ok..takde kipas,uwaaaaa....musim panas mcm ni,di kwsn yg bukit bukau plak tu,takde kipas maknanya mandi peluh r.Tp takpe,saje wat muka cool.Lepas solat,kami mesti tido petang tu sbb mlm ni pukul 12.30am,kami akan mendaki Sinai.Macam mana nak tdo ni,bilik sangat2lah panas.Tapi disebabkan sy ni ratu tido,panas macam mana pun,sy masih lg boleh tdo,ha3...Teah dan Fara dh surrender,tak tahan ddk dlm bilik.Serius panas gler dlm bilik tu,mcm mana r sy leh tdo,ishhh3,mmg suka tdo sy ni,he2...
Alhamdulillah,seperti yg dirancang,kami bertolak ke kaki gunung Sinai pd pkl 12.30am.Pd pkl 1.00am kami mula mendaki Gunung Sinai,kami bertiga bersama penunjuk jln seorg Arab Badwi,Sulaiman.Malam tu,byk juga grup yg mendaki gunung Sinai,riuh jugalah sepanjang perjalanan ke puncak gunung.Disebabkan selepas mendaki Gunung Sinai,kami perlu bertolak ke Dahab dan Sharm El Sheikh,kami telah memilih utk menaiki unta utk 3/4 perjalanan.Unta hanya dpt mendaki hingga 3/4 perjlnan sahaja,lg 1/4 perjalanan kami perlu brjln kaki.
Tamat 3/4 perjalanan menaiki unta.Seorang satu unta.
Dipuncak Gunung Sinai,slps menunaikan solat subuh,mananti sunrise.Teah tak dpt meneruskan perjalanan kerana kejang kaki.
Gereja di puncak Sinai.
DAHAB
Selesai mendaki mount Sinai,kami pulang ke fox camp dan berehat 2 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Dahab.Jarak ke Dahab dr Mount Sinai dlm 120km.Dlm perjalanan ke dahab,kami berhenti sebentar di makam Nabi Soleh.
Makam Nabi Soleh.
Alhamdulillah,tempat penginapan kali ni disediakan kipas walaupun speed kipas tu ala2 hidup segan,mati tak mahu,ha3...Bg sy,Dahab ni biasa2 je,bolehlah kalau saje2 je nk jln2.Nak cakap cantik,tak sgt kot,biasa je berbanding tempat lain.
SHARM EL SHEIKH
Selepas semalaman di Dahab,kami meneruskan perjalanan pd pukul 9am ke Sharm El Sheikh.Sharm el Sheikh mempunyai kawasan pantai yg cantik tp 'pemandangan' tak berapa sedap nk pandang,ha2...sakit mata,gelap hati,he2...ramai mat dan minah saleh bersidai tepi pantai,tempat pelancongan katakan,hmmm...Cuaca mmg serius panas gler.Teah kata,panas ni mcm 5 kali ganda dr Mansurah,ha2.Tempat byk maksiat,mungkin,he3...Sharm el Sheikh dan Dahab sesuai utk org yg suka shopping dan ingin bercuti di tepi pantai. Jln2 sebentar di Sharm El Sheikh,kemudian menaiki glass boat utk melihat batu karang di dasar laut,cantik2lah juga.
Di depan Hard Rock Cafe di Sharm El Sheikh.
Batu karang terbesar di Sharm El Sheikh,bentuk brain.
On d way pulang ke Cairo,kami berhenti sebentar di hamam Firaun.Alhamdulillah,plan berjalan lancar,kami tinggal semalaman di Cairo dan pulang ke Mansurah pd pg 12julai2010.Program perkhemahan musim panas pula menanti!!!
Fizzi Shamsudin
Mansurah,Egypt.
2 comments:
salam fizzi..wah..bestnye dapat naik sinai..akak xsempat hari tu..tringin nk pergi mesir lg..take care fizzi..selamat kembali ke India!..^_^..hihi
Salam kak Mus...rindunya ngan Kak Mus..nnti musim sejuk,akak dtglah mesir,leh naik sinai,best sket g musim sejuk...
Org local india lg baik dr org local sini rasanya,panas baran sgt org arab ni,he2..
InsyaAllah,de kesempatan jumpa lg ya..if de berita gembira,gtau kitorg ye,kih3...
Post a Comment