Saturday, May 29, 2010

Istiqamah Beribadat.

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,diberi kesempatan utk mengupdate blog ni lg,wpun kemalasan utk menulis menguasai diri.Dah ber'fungi' blog ni rasanya,penuh kulat dah ni,lama sgt menyepikn diri dr dunia blogging.Syukur yang tak terhingga dikurniakan kesihatan fizikal,mental dan spiritual sepanjang peperiksaan 3rd sessional,dh berakhir 24may yg lps.Final exam dh mkin hampir,insyaAllah start 18jun ni.Semoga diprmudahkn segala urusan dan dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang peperiksaan.

Title post kali ni berkisar tentang istiqamah dlm beribadat.Tajuk yg simple,tp sgt sukar utk dilaksanakan mungkin.Bagaimana utk melakukn ibadat secara konsisten atau berterusan?Kunci utamanya adalah sifat ihsan.Definisi ihsan,kita beribadah kpd Allah seolah2 kita melihat Allah,dan jika kita tidak melihat Allah,sesungguhnya,Allah melihat kita.Andaikata kita betul2 memahami definisi ihsan ini,hidup kita pasti akan terfokus kpd misi amar makruf,nahi munkar.Mana mungkin kita melakukan kejahatan jika kita yakin ada dzat yg sentiasa memerhatikan setiap tutur kata,derap langkah,pemikiran,pd setiap saat tanpa terleka sedikit pun.

Tidak sukar utk istiqamah dlm melakukan ibadat wajib,tetapi sgt sukar utk istiqamah dlm melakukan ibadat sunat.Azam dan kesungguhan yg mantap dlm diri yg akan menentukan berjaya atau gagal,misi melakukan ibadah secara konsisten.Solat sunat 2 rakaat itu mudah,tetapi jika tiada kesungguhan,pasti diri terasa sukar dan malas utk menunaikannya.Azam yg kuat ini perlu dipupuk,hati ini perlu dilatih,barulah perjalanan terasa mudah dan tak membebankan.Segala-galanya,bermula dr diri sndiri.Kenali diri anda,bukan sekadar jasad sahaja,tetapi ruh juga.Jgn biarkan jasad kekenyangan tetapi ruh kelaparan.Jgn berlaku zalim pd diri sendiri.Setiap perbuatan kita akan dipertanggungjawabkn di akhirat kelak!!!

Niatkanlah segala amalan hanya kerana Allah.Begitu juga dgn belajar,niatkn kerana Allah.Dulu pernah tanya ustaz,camne nak niat study kerana Allah?Apa maksudnya...Then ustaz jwb,study secara konsisten,bukannya masa nk exam,baru pulun study.Kalau kita bersungguh2 bljr bila nk dekat2 exam shj,dan waktu2 sblm ni malas sokmo nk study,so maksudnya kita study tu hanya utk exam r..niat dah lari..brhati2...

Bagi sy,waktu plg sukar utk istiqamah dlm melakukn ibadah ialah wktu cuti sem dgn wktu exam mgkin.Byk kekangan sewktu di rumah,pengaruh tv,keinginan sndiri utk melakukn prkara2 yg x dpt dilakukan sblm ni,semua menyumbang kpd kegagaln utk konsisten dlm beribadah.Kerana itu,spiritual yg mntap perlu dipupuk,hanya itu yg dpt mmbuatkn kita istiqamah dlm setiap apa yg kita lakukan.Sy selalu pesan pd diri sndiri,Allah di India sama je dgn Allah di Malaysia...Maknanya,kalau di india sy leh buat sesuatu perkara yg baik,sy perlu pastikn perkara yg sama juga akan sy lakukn sewktu di malaysia,tanpa berubah sedikit pun.Ini semua berbalik kpd sifat ihsan itu sndiri.Mcm susah nk faham ye??ha2,lemah tul dlm tulis menulis ni.Cth,kalau wktu study,anda leh bangun Qiyamullail,pastikan sewktu cuti di rumah juga ibadah itu perlu berterusan,wpun mgkin surrounding anda x mmbntu utk anda konsisten melakukn ibadah itu.Kan segala2nya bermula dr diri sendiri,barulah segala2nya terasa mudah jika hati kita mmg sudah trfokus ke arah kebaikn.

Oklah,dh terasa buntu utk meneruskan penulisan,ha2...tajuk ni sbnrnya sy smpaikn masa usrah dgn adik2 junior mggu ni.Bercakap lebih mudah berbanding menulis,he2..Harap2 tersampai mesej yg ingin dismpaikn.Ingatlah,hidup ini tidak lebih hanyalah sebuah ujian.Semoga sama2 berjaya menghadapi ujian yg satu ini.

Mendoakn yg terbaik utk diri sendiri dan rakan2 yg lain.Yg terbaik itu belum tentu bermaksud berjaya.Tetapi jika gagal itu yg terbaik,maka redhalah.Allah sebaik2 perancang,Dia mengetahui apa yg kita tidak ketahui.Usahalah sekuat tenaga yg termampu,sandarkn harapan kpd-Nya.InsyaAllah,dipermudahkn segala urusan.Bukan kuantiti belajar yg aku fikirkan tetapi kuantiti dan kualiti keberkatan yg aku hitungkan.



p/s:maaf ya kalau de trbuat salah kat sapa2,x sengaja trlps kata2 x sepatutnya,trsalah tingkah tanpa disedari.

pp/s:Tips berjaya:jgn buat mcm2,jaga hati,jaga mata,jaga makan...he3...




1 comment:

Al-Dzulfiqar said...

salam...gud luck n all d best for your finals!