Friday, March 26, 2010

Tak terhitung nikmat-Mu...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,syukur yang tak terhingga,masih mampu menghela nafas,masih mampu menuturkan bicara,masih mampu menyempurnakan kewajipan sebagai makhluk kepada khaliq yang Ahad.Tak terungkap dengan kata-kata,betapa bersyukurnya,masih dikurniakan nikmat islam dan iman.Kadangkala,takut menghadapi hari esok,masihkan ada lagi sisa-sisa keimanan dalam diri kita???bukan pesimis...Tapi,hanya cuba mengingatkan diri.Sesungguhnya,hati ini mudah berbolak-balik.Namun,jangan pernah menjadikannya sebagai alasan untuk leka dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai abid kepada tuhan yang Esa.

“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-MU.” Seterusnya para sahabat bertanya: Adakah hati itu boleh dibolak-balikkan? Lalu baginda menjawab: Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari ALLAH dan DIA membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-NYA.” - Hadis sahih riwayat Tirmizi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834.


Banyak sekali nikmat yang dikurniakan Allah,tetapi jarang sekali kita syukuri.Kadangkala,bila nikmat itu ditarik balik oleh-Nya,baru kita sedar yang kita perolehi itu adalah satu nikmat.Manusia...manusia...Berapa ramai yang lahir ke dunia dikurniakan mata,tetapi buta...dikurniakan telinga,tetapi tuli...
dikurniakan tangan dan kaki,tetapi tidak sempurna??
kita pula???Alhamdulillah,lahiriahnya,cukup sifat...
Tapi bukan kesempurnaan ini yang dilihat oleh Pencipta kita
.Jika sekadar cukup sifat,tapi akidah pincang,sedarlah,sesungguhnya,orang yang kakinya pincang tetapi akidah mantap itu lebih mulia dari anda.Jangan bermegah dengan segala title yang anda ada,Dato',datin,Dr dan pe2 lah lagi,kerana itu tidak akan ditanya di akhirat kelak.Ni ada beberapa soalan cepu emas untuk korang yang baca post kali ni,jawab dalam hati pun dah cukup ye...hehe..

Menurut Abi Barzah ra , Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud : “ Tidak berganjak kaki seseorang hamba sehingga ditanya 4 perkara: 1.Umurnya dimana dihabiskan
2.Ilmunya apa yang dibuat dengannya
3.Hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dihabiskan
4.Dan jasadnya , bagaimana digunakan.

(kata al-Tirmiziy ia adalah hasan sahih)


Amacam???best tak soalan tu...diri sendiri pun terkedu nak menjawab...Pe jawapan anda???
Umur dimana dihabiskan-Tido,tgk movie,ngumpat2 sket,stalker org,blogging sokmo,ke fb???
Ilmu plak-simpan ilmu wat pekasam(ni kes kedekut ilmu,ha3)...tahu tapi tak nak beramal dengan ilmu yang ada...baca buku untuk exam je,hafal kaw2 untuk exam pastu lupa camtu je,hampeh tul..
Harta-habiskan duit jpa atau mara beli barang2 kehendak lg byk dr barang keperluan,anak sape r ni,hehe...beli hp baru??iPod nano???
Jasad-Bersuka ria yg tahap mengarut meraban,wat bende2 lagha,lalai dgn suruhan Allah..

Rasa2,kalau kat akhirat,jawapan kita cam kat atas tu,kat mane ek tempat yang sesuai untuk kita???Tepuk dada,tanya iman...






Jangan biarkan waktu berlalu sia-sia,
Jangan biarkan hidup tanpa guna,
Hidup di dunia,hanya sekali saja,
Esok,lusa,ajal pun tiba.

P/s-Alhamdulillah,baru merasa betapa nikmatnya dapat duduk setelah sehari nikmat untuk duduk itu ditarik oleh Allah.Sehari sahaja sudah cukup perit rasenye,inikan pula sesiapa yang diuji bertahun-tahun lamanya.Sengal satu badan selama sehari tidak sebanding dgn ujian kepada orang yang lumpuh seluruh badan untuk sepanjang hayat.Betapa besarnya,nikmat yang Engkau berikan Ya Allah.InsyaAllah,semoga terus tsabat di atas jalan menuju redha-Mu Ya Allah.

Thursday, March 11, 2010

Nasihat untuk diri

Assalamualaikum wbt...

Post kali ni,lebih kepada nasihat untuk diri sndiri.Dalam kekeringan idea,tetibe terjumpa youtube ummah films-the haram police.Memang suka tengok youtube ummah films ni,cara dakwah yg santai,dan bersifat realiti..bukan plastik semata2...Baba Ali ni mmg kelakar giler r...nasihat yg brguna..thumbs up for Baba Ali,bkn Ali Baba ye,:p...



Mmg sifat manusia,kita selalu melihat kesalahan org lain,brbanding kesalahan diri sendiri.Ada 2 kemungkinan.Pertama,mungkin kita tidak sedar kita sedang melakukan kesalahan.Kerana itu,kita perlu memastikan diri kita sentiasa dlm lingkungan zon selamat,sntiasa bersama2 dgn kawan2 yg bersedia mmberi nasihat semasa kita memerlukan.Kedua,mungkin kita sedar kita membuat kesalahan tetapi kita terus-terusan melakukan kesalahan yg sama.Kita memilih untuk menulikan telinga,biarpun berguni2 nasihat tlh diperolehi.Hidup ini tidak lebih hanyalah satu ujian.Berjaya atau tidak kita menghadapi ujian2 ini,kitalah yang menentukan.



Kita singkap kembali sejarah silam,perbezaan muda-mudi di zaman kegemilangan islam dgn muda-mudi di zaman kini.Di usia 18 tahun
,Usamah bin Zaid sudah mengetuai angkatan tentera Islam untuk berperang dengan tentara Rom di Bilad al-Sham. Imam Shafie ketika berusia 15 tahun, sudah dikira layak untuk membuat fatwa.Tetapi,kita?Di usia belasan tahun sudah sibuk mengejar cinta dunia.Cinta kepada hiburan,cinta kepada permainan2 yg lagha,cinta kpd wanita atau lelaki.cinta monyet?bagaimana untuk menegakkan kembali daulah islamiyyah,andaikata masalah hati pun kita tak dapat atasi.Benar...mmg cinta itu fitrah,tetapi yg mnjadi permasalahannya bukan cinta,tetapi org yg trlibat dlm cinta itu.Jika tepat masa,ketika,keadaan dan siapa,cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada tandingannya.Tetapi,jika cinta itu hadir ketika diri masih belum bersedia,ia seperti musibah yang akan menenggelamkan jati diri kita.Jangan mensia-siakan potensi diri yang ada,hanya kerana mengejar cinta yang masih kelam penghujungnya.Cinta kepada Ilahi jua yang kekal abadi dan tidak pernah mengecewakan.



Kadang2 rasa takut untuk menegur kesilapan orang lain kerana merasa diri ini belum cukup layak untuk menasihati orang lain.Tetapi,andai kata setiap orang mengatakan hal yang sama,maka siapa yang akan menjadi da'i yang akan menyampaikan ajaran islam?Setiap manusia tidak terlepas melakukan kesilapan,yang membezakan,bagaimana kita memperbaiki kesilapan tersebut.




Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!


Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.


Dalam memberi nasihat,kita perlu memperhalusi kata2 agar tiada pihak yang terluka.Nasihat perlu dilakukan dgn cara sopan dan bijaksana,sesuai dengan character org yg sdg dinasihati.Jika tidak,niat utk menasihati,akan disalah erti dan mengaibkan org yg dinasihati.

Sebagai conclusion,sbnrnya post kali ni mmg bercampur baur,tak tahu nak cite pasal apa,ha3...harap2 dgn sedikit coretan yg merepek2 di atas,sama2 dpt perbaiki diri utk mnjadi insan lebih baik dlm meniti hari2 mendatang

FIZZI SHAMSUDIN,
MANGALORE,INDIA


Monday, March 1, 2010

Salam maulidurrasul...

Assalamualaikum wbt..

Lama dh x update blog,busy dgn 2nd sessional exam...exam still x hbis lg,de 1 viva pending lg...hmmmm,bile nk hbis ni???Ayat psiko utk diri sndiri:
"takpe...viva tu 5-10 minit je.watpe nk risau2??haha.."

Hari sabtu,27/2/2010,hari yg sgt2 hectic,de 2 practical exam,dr kul 8am-11.30am,exam prac prosthodontics,then kul 1.30pm-3,30pm de exam prac conservative dentistry.Kalut tul r,lintang pukang sket mase exam,ha3.
kul 7.15pm,de ceramah maulidurrasul kat Nalapad Residency.Kebetulan mmbr2 dr Davangere dtg ke Mangalore,
saje je jln2 sbb U diorg bg cuti maulidurrasul(cuti???best gler,kitorg siap de exam lg mase maulidurrasul..manipal uni plg kedekut bg cuti!!!!!!!hahaha)So,kitorg g ceramah ramai2,semangat tul nk dgr ceramah ni...ceramah start dlm kul 8pm.Slps beberapa minit Ustaz Salam brckp,tetibe rase sumthing je kat mata ni...nape ek???berat gler mata..ngantuk rupenye,ha3,hampeh tul...Best gler Ustaz ni bg ceramah(sbnrnya utk mukaddimah prog je,Tuan Taufiq yg akan bg ceramah maulidurrasul),tp dsebabkn pkl 8pm tu mmg wktu sy tdo,so sy x dpt mengawal bukaan mata yg makin lama, mkin x leh blah ni...haha..Penat mmbr sebelah cubit2 tangan sy,sedar sekejap,pastu ngantuk lg...seyes,minah tdo tul sy ni..Alhamdulillah,masa Tuan Taufiq start ceramah,dh melepasi wktu kemuncak sy mengantuk..so,leh dgr ceramah dgn baik sket...tp,nk sgt dgr Ustaz Salam bg ceramah lg,sgt2 best..InsyaAllah,lps ni mana tahu de prog ceramah ngan Ustaz Salam kan???(i say u...share with me...ha3,sape2 yg tahu ttg 2 ayat ni,msti tgh gelak besar ni,hehe..abaikn,ngarut je tu..)Overall,ceramah maulidurrasul tahun ni,best,tp satu je yg kurg,takde bacaan selawat ye mase prog ritu....hehe.

Smlm(hari ahad) kuar jln2 g mall,cuci mata jap ngan faizah,hehe..then,ptg g Sulthan Battery ngan sume mmbr2 dr Davangere n mmbr2 Mangalore,best3(tmpat ni je kot yg plg dekat..x best pun sebenarnye tmpt ni,hahaha)Blik dr Sulthan Battery,mmbr2 dr Davangere(faizah,asmat,n amna) dh start packing2 barg...bas diorg kul 9pm.
Alhamdulillah,wktu post ni dtulis,ntah2 mmbr Davangere tgh tdo kt bilik masing2,ha3..(alhamdulillah,slmt smpai dh mereka sume,faizah,asmat,amna,adah,iman n pejai)

Nk wish,slmt menyambut maulidurrasul kat sume..harap2 setiap detik kita sntiasa mengingati pengorbanan Rasullullah dlm menyampaikan risalah Ilahi,bukan hanya mengingatinya sewaktu maulid nabi shj,tetapi mengingati setiap masa.Tak susah kan nk selawat??bape minit je sgt..kalau menyanyi lagu2 lagha kita leh tahan brjam2,takkan nk selawat pun kita tragak2 kan??Lg satu,jgn mnjadi org yg bakhil,apabila disebut nama Rasulullah,kita x reply ucapan yg sepatutnya,kikir r tu maksudnya...

Jom layan kisah detik pemergian Rasulullah,sume msti dh tahu cite ni kan???tp,x pe r,sama2 ambl ibrah dr kisah ni ya..



Beruntungnya kita mnjadi umat Nabi Muhammad...Dahlah dpt masuk syurga dahulu brbnding umat yg lain..boleh dpt syafaat Rasulullah plak tu..Byk sgt kelebihan kita,brbnding umat yg lain.Tp,kenapa kita masih trleka??tak sedar2 ttg betapa beruntungnya kita andaikata kita mmprjuangkan amar makruf nahi munkar.Kasih sayang Rasullullah pd umatnya sgt luar biasa,sehingga di akhir hayat baginda pun masih memikirkan ttg kita..ttg umatnya...
ummati..ummati..ummati...tp,kita???berapa lama masa kita pruntukkan dlm sehari utk mengingati Rasullullah??Atau hanya sekali setahun sahaja???

Sama2 kenang kembali,jerit perih Rasulullah semasa ingin menyebarkan islam,dibaling batu,dibaling najis,mndpt ancaman utk dibunuh,tetapi baginda tetap tegar mghadapi segala kesusahan,semata2 utk menyampaikan dakwah islam,semata2 utk menyelamatkn kita dr seksa neraka.

Siapa sangka,islam prnah menakluk dua pertiga dunia..siapa sangka,islam dulu sgt gah dan ditakuti dan disegani oleh musuh2 islam...Sayang sekali,itu hanya sejarah silam..skarg???Izzah islam kian samar,dek kerana tingkah kita sndiri,ummat Nabi Muhammad.

Bagaimana utk mmbina kembali empayar islamiah,andaikata individu muslim itu sndiri sgt sukar dibentuk??Bangkitlah wahai pemuda pemudi islam!!!!Jika bukan anda yg memulakan perubahan,siapa lg???Semoga kita semua dijauhkn dan diselamatkn dr mnjadi golongan yg mnjatuhkan islam,sama2 kita brusaha menegakkan syiar islam di bumi Allah ini.Yakinlah,Islam pasti akan menang,hanya menunggu masa sahaja.Semoga apabila waktu itu tiba,kita sama2 berada di barisan,org2 yg mmprjuangkan islam,bukan golongan yg 'mnjatuhkan' islam!!!!!!!!

Sama2 berusaha Mengislahkan diri..

Fizzi Shamsudin,
Mangalore,India.