Allah sedang menantimu, teman.Ayuh,bersegeralah,anda tidak akan kecewa.
Monday, February 15, 2010
Ni post lagha...so,tak yah bace
Mcm title kat atas,ni post lagha,so sape2 yg anti bende2 lagha ni,baik tak yah baca,hehe...disebabkn exam dh nk dekat,kepala semakin bengong(bengong sbb byk tak study,bukannya bengong sbb byk study..hmmmm).Tiap2 hari kul 9 dah trtido..ish3,tak yah makan pil tdo pun dh tdo sokmo...Mcm ni nk jd Dr???Study malas..Tdo banyak..Makn banyak gak..Hbiskan duit kerajaan je..(ni ayat utk memotivasikan diri sndiri eh,takde kene mengene ngan org len ok)..
Jumaat ni first paper theory utk 2nd sessional,pharmacology...(pharmacology????killer subject tul r..
Domperidone???lignocaine???fentanyl??diazepam???wehyyy,pe mende ni???).Insaflah fizzi,g r study,de mase lg,:D.
Sabtu plak de exam pathology+microbiology,combined paper tu,mntap tul...haisshhhh...
Ok,hari yg dtggu2,hari ahad..Alhamdulillah,de gap gak exam,de hikmah start exam hari jumaat ni,ambl brkat penghulu segala hari,then de gap masa hari ahad bef smbung next theory paper,hehe...Followed by dental material plak hari isnin...Start hari selasa onwards,pekse practical plak..Cepat r hbis exam..Tak sabar nk hbis exam,27feb...
Ya Allah,'campakkanlah' sedikit rase rajin nk study,brharap sgt ni...Bosan dah jd org malas study ni..Sy nk jd rajin...sy nk rajin study...nk rajin...Usaha ke arah mnjadi rajin...de mase lg bef final nnti,insyaAllah..
Disebabkn kebengongan+kebingungan nk exam ni,sy nk hiburkan hati sy dgn youtube ni,hehe:
Jom tengok,best ni...Tp cam title kat atas,LAGHA...Moh kite!!!
Hahaha...Best tak iklan tu???Nama saya tu,hehe...Adeihhhh...First time tengok iklan tu,mmg gelak sakan r,excited tunjuk kat member2..Utk release tension ok r,tgk iklan 20 saat je..hehe..
Actually,mmg abah bg nama sy sbb air fizzi tu r(kakak cite..kalau kakak sy bohong,means sy pun tgh bohong gak r,hehe).Tengok ejaan,mmg sama plak tu...ish3..abah2...nama air gak abah letak utk anak abah ni,hehehe..Nasib bek,mase baby x leh cakap,kalau tak,dh lawan dh,tak nak nama Fizzi..kih3..Takpelah,ok gak..De iklan kat youtube gak...Nama korg de iklan ke???,:p(ayat psiko,nak sedapkan hati,hehe..)
Ok r...sbnrnye tak tahu pun pe tujuan post kali ni...Saje je,semntara tggu isya',dok usha2 blog jap..
Utk member2 yg nak exam,gud luck for your upcoming exam...Bi taufiq wannajah fil imtihan...nimageshuba vaagali...olleya adrushtaa nimmadaagali(sume ni sy bntai je,jgn caye,hahaha...bengong r minah ni,:D..)
Ok r,sblm sy jd brtambah bengong,sy undur diri dulu ye...Kawan2,semoga ilmu yg kita pelajari mndpt keberkatan ye...jgn dilihat kpd kuantiti,lihatlah pada kualiti dn keberkatan ilmu yg dprolehi...Minta maaf ye andai kata trkasar bahasa,trsalah tingkah,trguris perasaan sesape,kire 0-0 ye...
Bengong Vs Bingung=Tdo(rumus baru ni,tahun depan masuk dlm silibus sekolah...hehe..)
Saturday, February 13, 2010
Valentine's Day
Alhamdulillah.Lame dh tak menulis rasenye..Hari ni 13hb..esok 14feb..Ramai pasangan tak sabar2 nk tggu hari esok ni,hari brkasih sayanglah katakan.Kebetulan plak,esok hari ahad,ditambah plak dgn cuti Chinese new yr yg agak pnjg di m'sia,pasti byk undangan majlis prkahwinan yg perlu dipenuhi,mgkin juga majlis pertunangan.Tp,harap2 alasan memilih 14feb sbg hari brsejarah dlm hidup,bukanlah krn Valentine's day.
Sudah semacam kemestian bg pasangan kekasih utk menyambut hari kekasih setiap tanggal 14feb.Paling tak pun,msti bg bunga punyelah.Adeihhh...Masyarakat zaman sekarang,makin difikir,makin sakit kepala.Mudah betul kita menerima 'budaya' baru mcm valentine's day ni,tp ajaran Islam yg dh sekian lama wujud tu bukan main susah lg utk kita praktikkan.Baca doa sblum makan pun kadg2 lupe,penat cikgu ajar dr tadika lg.Doa slps mkn tak yah cite r.Dah kenyang lupe trus nk doa.Btul???Tanya diri sndiri ye.Doa keluar tandas pun lum tentu hafal.Tapi madah2 cinta,lagu2 cinta,mantap tul hafalnye.
Kenapa ek masyarakat leh jd camni???Kita bermegah mengaku negara sbg negara islam,tp mana buktinya???Masjid yg besar2 tu ke buktinya???Masjid yg besar,yg boleh dihitung penghuninya??Kita mengaku diri sbg islam,tp prjalann hidup,tindak-tanduk,perlakuan,pakaian semuanya tidak selari dgn islam??Kita suka sgt wat sesuatu yg dilarang dlm agama.Lps tu,dah wat salah,kita salahkn plak syaitan,nafsu...Susah tul nak ngaku kesalahn diri sndiri..Kesian syaitan tu,kadg2 die tak wat pe2 pun,diri kita yg goyah,last2 syaitan gak kene salahkan.Hai..manusia2...Jom kita tengok satu ayat quran,ayat yg mana syaitan tu cuba membela diri dan menyalahkan manusia yg tidak kuat imannya.Boleh refer surah Ibrahim,(14:22)
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
First time sy trbace ayat quran ni,rase kagum gler.Terang2 dh syaitan tu gtau janji Allah tu benar,syaitan plak sntiasa brjanji palsu,tp nape kita ni terus-terusan nk mengikut jejak langkah syaitan???Sedarlah...syaitan itu sntiasa menampakkan sesuatu yg salah itu,kelihatan indah pd mata kasar kita.Jganlah mncari punca kesalahan kita,samada krn syaitan atau nafsu,tp berusahalah mmprbaiki diri,menebus kesalahan lampau.Semoga kekesalan berakhir dgn taubat yg benar2 taubat,bukan tahu buat ok,:p
Maaflah,bercelaru sket penulisan hari ni.Kepala tgh bengong sket,hehe.Sbnrnye nk cite ttg Valentine's Day.Rasenye dulu 1st time dgr mase form 1,tahun 2001.Mase sekolah rendah 'jahil' lg kan ttg kehidupan,huhu..Mcm2 cite disebalik smbutan Valentine's Day ni,mcm2 versi r.Sape2 rajin,leh r bace versi2 cite disebalik Valentine's Day ni,pnjang sket,tp insyaAllah,bermanfaat.Jom bace:
Sejarah Sambutan Hari Valentine
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.
- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Tak kisah r,kita nk prcaya cite yg mane,tp dh terang lg bersuluh,tak de pe2 manfaat pun menyambut Valentine's Day ni.So...Nak smbut juga ke??Tepuk dada,tanya selera...hehehe,salah tu...tepuk dada,tanya iman.
Cam biase r,de lagu gak nk share sama.Ehhhh,rosak tul sy ni.Brhibur je tau...G study!!!Jom layan!!!
p/s:Slmat brtunang kpd Kak Suya(kakak sy) esok.Semoga urusan prnikahn Jun ni dprmudahkan.Abah n mak akan 'kehilangan' sorg lg 'puteri'.Tggu Kak Ina plak nikah,pasni hilang dh sume 'bendul' kat depan,hehe...
Tuesday, February 2, 2010
ANUGERAH
Pendek je post kali ni.Nak share sumthing.Cam biasa,walaupun exam dah makin dekat,study masih x seberapa,'main' je memanjang.Td usha youtube jap.Layan satu nasyid.First time sy dgr lagu tu,tp lagu lame dah.Kumpulan Nahwan Nur,grup nasyid 90-an.Hari ni dh lebih 10 kali dgr lagu ni,hehe...Tak boleh jd ni,kene dok jauh sket dr laptop,kalau tak,mmg x study r,:p..
Hayatilah lagu ni.Sangat brmakna bg sy.Dlm proses 'pencarian',pelbagai halangan dan kekangan yg kita hadapi.Semoga segala cabaran dlm mencari cinta Ilahi,akan membuatkan kita lebih kuat dan tegar menghadapi hari mndatang yg sudah pasti akan lebih mncabar.Semoga kita semua akan tsabat di jln dakwah ini.Jalan yg memperjuangkan amar makruf nahi munkar.
Youtube ni gambar die static je,tp boleh r..sape nk nyanyi,silalah sumbangkan suara yg sumbang tu ya,hehe...
Ni lirik...Jom layannnnnn...(hayati tau!!!)
Munsyid : Nahwan Nur
http://liriknasyid.com
Jalan yang berliku
telah aku lalui
juga jalan berbilang simpang
telah aku redahi
aku rebah aku tersungkur
lalu bangkit berbekalkan azam
jua iman dari-Mu Tuhan
dalam meneruskan perjuangan
Anugerah dari-Mu Allah
kusalurkan menuju jalan-Mu
anugerah dari-Mu Allah
dalam mengetuk hati insani
Dari kamar sepi ini
kusenandung puisi lagu rindu
untuk-Mu Tuhan yang kuagungkan
demi kasih dan cinta ini
Tabah dalam menghadapi
segala cabaran dan rintangan
pasti nanti di suatu hari
perjuangan tersemat di hati
Terbinalah impian indah
yang tercipta dari anugerah
moga ia kan jadi nyata
sebagai pengukuh cinta kita
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA