Thursday, April 28, 2011

Rindu kamulah sayang!!!

Assalamuaalaikum wbt...

Post kali ni,nak share gmbar Mohd Hassanul Haikal,bakal suami saya...Tettttttt...he3..Ngarut sungguh.Haikal,si kitam,anak saudara saya.Dulu,masa umur Haikal 2 bulan,hitam tul budak ni,sekarang umur dah 6 bulan,makin cerah,terkezuttt auntie tengok gmbar awk sayang..

Haikal lahir pada 15 oktober 2011,berat dalam 3.5kg.Auntie lagi berat dr awak masa lahir,he3..Sekarang,Haikal dah berusia 6 bulan,berat dah 9.5kg.Boleh tahan tembam budak kecik ni.Tak sabar nak jumpa awaklah!!!



Haikal umur 2 bulan..tembam mcm cherubism r dear.Hitam kulit haikal masa ni,tu yang nenek ngan auntie pggil awk si kitam..Hitam pun xpe,auntie tetap sayang.Senang jaga awak,tido sokmo,cam auntie gak,kui3...


Haikal umur 6 bulan,kulit dah cerah..Pakai fair & lovely ke sayang??hik3






















Letih2 balik posting,tengok gambar awak ni,wat auntie tersenyum r sayang..Ishhh,ni baru anak saudara,dah rindu tahap gaban.Ntah camne r member2 yg dah de anak,pastu terpisah sbb busy study...Uitttt,besar pengorbanan tu,respect habis r ket member2 cmni..


Baik,cukup sudah mengarut,meraban...Sakit rumah r..Nak balik msia!!!


p/s:exam 3rd sessional dh makin dekat..Final exam pun tak lama lg..Cuak r sket weyhhh,cam xde perasaan je,he3...
pp/s:Sedang study perkara tak berkaitan tentang dentistry..Ishhh,banyak pages lg, 120+14+92=bengong+biol kepala..hu2...


Fizzi binti Shamsudin @ filzahfakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore.

Thursday, April 21, 2011

Turning point...


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,dipermudahkan jari jemari menari di atas keyboard laptop yg berabuk semacam je nih.Budget cam jarang pakai r laptop,padahal bertapa depan laptop berjam2 dalam sehari,smpai level tak tahu dah nak 'godeh2' pe mende,lagha sungguh!!!Kawan2 panggil sy queen google..Yup,mmg sy suka google pe sahaja yg terlintas kat kepala otak ni,tibai je google,mesti jumpe punya yg dicari,he2..Sy suka membaca(mestilah bukan buku pelajaran kan,kan,kan...yuhuiii!!!).Bila sy start baca ttg sesuatu,rasa tak puas hati,cari lagi,then cari lg,smpai tahap dh tak tahu nk cari katne dah,mati kutu dah..Kadang2 baca ttg satu perkara je,tapi ddk depan laptop smpai berjam2,dok google sana,google sini ttg perkara yg satu tu je...Sifat suka menggoogle semua perkara yg terlintas di fikiran ni tak leh wat selalu,tak study r kalau dok melayan pak cik google nih,he2...

Lebih setengah bulan tak mengupdate blog,bukan tak banyak masa,banyak je masa xtra,malas je lebih.Hati pun cam tak rasa nak menulis,otak malas nak fikir.Hmmm,biasalah,graf tgh turun r tu kiranya.Sebelum graf terus turun menjunam,kena pandai2 r cari sumber luar nak cuba naikkan graf semula.Alhamdulillah,dalam proses pencarian,terbacalah satu artikel tentang kisah peperangan yg melibatkan Saidina Ali.Ni sy copy paste pe yg sy baca k...:

Cuba kita renungkan kisah Ali ra. Ketika di dalam suatu peperangan. Ketika beliau menentang musuh dan dia berjaya menjatuhkan musuh tersebut, tetapi tiba-tiba musuh tersebut telah meludah ke arah Ali ra, maka Ali ra. pun tidak jadi membunuh musuhnya tersebut kerana beliau takut andainya dia bunuh kerana marahnya kepada musuh tersebut yang meludah ke arahnya. Kerana perbuatan Ali ra. tersebut,musuh tadi telah memeluk Islam. Cuba kita renungkan, sahabat begitu ikhlas kerana Allah, mereka tidak mahu membunuh walaupun dalam peperangan menentang musuh hanya kerana takut tidak ikhlas kerana Allah. Kita cuba renung diri kita, andai kita ditindas oleh musuh, dibuat macam-macam dan kita berjuang dalam panji-panji agama tetapi kerana rasa marah dalam diri dengan musuh tadi yang telah menindas. Maka perjuangan akan menjadi sia-sia belaka.

Saya tak copy paste artikel penuh,sy ambil part yg saya rasa terkesan dalam hati,macam ditikam2 ni,ditampar2 pun de gak,huhu...Usai solat isya' ngan housemate,kami pun berborak jap,sy ceritakan tentang artikel ni,ter'emo' sebentar.Cerita pun bermula:

Kadang2 kita mulakan sesuatu dengan niat yg baik,tapi di pertengahan,niat yg baik tu terpesong dr tujuan asalnya.Konflik timbul,kita perlu memilih,hanya iman yg dpt guide diri kita utk buat pilihan yg tepat.Tapi andaikata iman kita senipis kulit bawang,mampukah kita membuat pilihan yg tepat??Banyak kali saya tersalah pertimbangan,saya lupa untuk luruskan niat,saya terleka.Usia kita dah 23 tahun.Sulthan Muhammad Al Fateh pada usia 22 tahun dah dapat membuka Constantinople.Kita ni,nak buka apa ya??Jangan kata nk buka sebuah bandar,paling tak,kita boleh usaha untuk buka hati kita.Kita cuba untuk sama2 berubah,insyaAllah berusaha menjadi yang lebih baik.

Alhamdulillah,kami dah jumpa turning point,sekarang masanya untuk susun langkah jangan sampai pincang,tepis halangan2 luar,fokus pada misi utama.Jangan gentar untuk mulakan langkahan pertama kerana tanpa langkah pertama,tak mungkin ada langkah kedua.Mana mungkin kita berjaya mencapai misi andaikata kita statik sahaja.It's doesn't matter if it's a small step,just take it..




p/s:thanks kawan2 yang baik,yang selalu ingatkn sy kalau sy tersalah,yang selalu dengar cite sy bila sy de problem,yang selalu dgr sy ngarut,meraban,yang selalu luangkan masa untuk jawab soalan2 saya yg kadang2 x bpe nak logik..terima kasih ya..
pp/s:cepatlah semuanya berlalu...


Fizzi binti Shamsudin @ filzah fakhriah
101 Maharaja Residency,
Balmatta Road Mangalore.