Saturday, March 26, 2011

Sesungguhnya,bersama kesulitan ada kemudahan.

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,mood utk menulis dtg kembali.Malas sokmo nak menulis,main je kejenya,he2.Hmmm,baca title atas sat...Setuju tak ngan ayat kat atas??Mestilah korang wajib setuju,sbb ayat Quran tu,hu2...Leh refer surah ke 94,ayat 5 dan 6.(94:5,6).2 kali Allah ulang ayat yg sama berturut2,mesti de sebabkan,mungkin sebagai tanda penekanan,utk meyakinkan kita bila kita baca.Contoh,kalau korang nak yakinkan orang pun mesti korg repeat statement korang beberapa kali,biar member korg betul2 yakin kan??


So,kalau otak tengah serabut,kepala rasa nak pecah pk problem,duduk tenang2,baca semula ayat Quran penguat semangat cam ayat 5 ngan 6 tu ke,surah 3,ayat 139 ke(3:139),surah 2 ayat 216 ke(2:216),surah 29 ayat 2 ke(29:2),banyak lg ayat2 Quran yg bila kita baca terasa macam Allah sedg berbicara ngan kita.Senang cite,kadang2 rasa cam,'Eh,cam kena je ngan keadaan aku skrg,cam tahu2 je,he2'.

Masalah...problem...tondare...bantailah bahasa pe pun,kesan dia tetap sama.Makan dalam seyhh kalau de problem kan??he3..Tapi yang membezakan setiap individu,mcm mana cara mereka berdepan dgn masalah.

Mungkin de yang suka baling2 barang bila de masalah..(rugi je weyhhh,pastu korg gak yg kena kemas,'bijak2'..he2)


Mungkin de yg suka nangis bila de masalah..(wat drama ni mmg best...nak nangis boleh je,tp berpada2 r...Redha dgn ketentuan-Nya,tangisan tu tak kan lama...)

Mungkin de yang suka menghamburkan kata2 sadis yg pedih telinga bila mendengar...(yang ni,kena latih diri,kesian member yg jd mangsa 'hentaman' kata2 korg tu.Kalau rasa tengah de masalah,mulut rasa nak menyumpah semacam,g r ambil wudhuk ke,solat ke,tengok kartun ke,pe2 lah yg rasa leh wat korg tenang sket.)


Mungkin de yang de masalah,tapi nampak macam xde masalah...Wat muka selenge,nampak tenang,tak nampak gelabah,santai2 je.

Mungkin de yang suka makan banyak2 bila de masalah...


Mungkin de yang suka jerit kuat2 bila de masalah,nasib bek tak pecah gegendang telinga member,ha2...


Semua orang de masalah,yang bezanya,pendekatan yg kita pilih utk selesaikan masalah.Masalah tak kan selesai dengan kepala angin,masalah tak kan selesai dengan bersangka2.Sebelum bertindak,fikir dulu komplikasi dari tindakan kita.Contoh,doktor,sebelum start ngan treatment,kita kena wat treatment planning dulu kan.Kita kena consider banyak aspect utk susun treatment planning accordingly.Masa wat treatment planning,kita tak leh main tibai je nk wat treatment mana dulu kan,dan kita juga perlu tahu pe kebaikan dan mungkin komplikasi dr treatment yg bakal kita wat.Sama juga kalau nak deal ngan problem,ikutlah flow,mulakan mengadu dengan Allah sbb Dia yg lebih memahami kita,kemudian kalau perlu,minta nasihat dr orang yang boleh dipercayai,kemudian buat aktiviti2 yg dapat bantu kita lupakan masalah,dan banyak lg method yg berbeza2 bg setiap individu.

Anggaplah segala masalah yang kita sedang hadapi mungkin salah satu cara untuk Allah mendidik kita,mentarbiyyah ruhiyyah kita supaya lebih mantap untuk berdepan dengan masalah yang lebih mencabar di masa akan datang.Makin hari,kita makin dewasa.Dugaan hidup sudah tentu semakin mencabar.Jangan mudah berputus asa dengan ujian menimpa,mungkin Allah sedang menegur kita,mungkin ada silap di mana2 pd perlakuan kita.Kebergantungan pada Allah yg lebih utama,letakkan Allah di puncak misi kita,ayuh sama2 mendaki ke puncak kejayaan di dunia dan akhirat,jangan mudah mengalah,kita tepis sama2 segala halangan.
Menuju puncak,gemilang cahaya...(erkkkk,lagu AF eh,pe cer??ha2..)

Cukuplah mengarut2 kali ni...Otak mereng sokmo...



p/s:saya hepi dapat anak sedara pompuan,he2..Alhamdulillah,baby tak sabar nak tengok muka awak,hu2..Haikal,nenek kata awak sangat bulat dan makin putih,cmni auntie x leh pggil awk kitam lg r,ha3..Rindunya kat awak,Haikal...Zahar Izzudin,auntie tak dengar cite ttg awk,rindu kat awk gak..eh,awk nk dapt adik ye??auntie hepi gler dgr berita tu...:D

pp/s:'mak,bila kita nak dapat anak plak???'-selamba je tanya mak...Mak:'kawin r'...sy:'bila kita leh kawin??'....Mak:'malas nk layan!!!'....Ha3,gelak je sambil menyakat mak...Mak malu2 plak bila saya cakap,'mak,adik sayang mak!!!',he3..

ppp/s:Adik2 yang datang semalam,jemput dtg lg bila2..Nak lepak2 sini pun leh je...korang sume comeyyylll gler...(momo,gohan skute!!!kah3,part muncung tak tahan...salah eja,wat2 x nmpak je eh,he2..)

Fizzi Shamsudin @ filzah fakhriah

101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore.

Thursday, March 10, 2011

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Assalamualaikum wbt....

Post kali ni bukan nak jual produk maybelline ya,he2..2 hari takde posting petang sebab sekarang de dental week,banyak program2 dijalankan minggu ni.Hepi gler bila dapat mesej takde posting 2 hari,tak payah r cari patient untuk scaling gigi.Cari patient???Yup,itulah hakikatnya,dental student memang kena cari patient kat tepi2 jalan or kat medic building untuk treatment cuci gigi.Aigoo...letih woo nk cari patient.

Ok,berbalik kepada tajuk di atas,smlm marathon tengok cite tudung ekspress.Tudung ekspress???Kalau korang tak pernah dengar tajuk drama ni,silalah minta pertolongan pak cik google or pak cik youtube ya.Bukan nak promote cite ni,salah3...Cite ni de 13 episod,sy tak skip satu pun episod sbb sy sgt2 curious,nk tahu gak pe yang 'kita2' faham tentang tudung.Apa yang awak,awak dan awak faham tentang tudung ya??


"Saya pakai tudung sebab saya tengok comel plak artis2 yang pakai tudung tu,cute gler..Sy pun nk cute cam diorang juga"-Si A

"Hey!!!Apa ni pakai tudung macam mak cik jual kuih,buta fashion r ko ni..ishhhh,'allergic' aku tengok!!"-Si B

"Mina,I sukalah tudung yang polka dot-polka dot camtu..pastu wat bonggol seketul kat atas kepala,cantikkknyeee..."-Si C

"Saya suka tudung yang simple2 je,as long as memenuhi adab-adab pemakaian tudung dah memadai."-Si D

Ehem3....Awak,awak dan awak setuju yang mana??Si A,Si B,Si C atau Si D??Banyak lagi pendapat2 len tentang tudung,terlalu banyak utk disenaraikan.Lain orang,lain keinginannya.Disebabkan berlainan 'selera'lah,timbulnya pelbagai fesyen2 terbaru pemakaian tudung.Tapi,pe sebenarnya kriteria2 pemakaian tudung yg perlu kita penuhi??

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(An-nur,24:31)

Antara kriteria pemakaian tudung:
-Menutupi dada.
-Tidak jarang atau nipis kain tudungnya.
-Tidak menampakkan batang leher(ketat atau berbayang)
-Tidak menyerupai agama lain.

Anda bebas untuk membuat pilihan untuk berfesyen atau sebagainya,tapi adab2 yang ditetapkan pastikan tidak diabaikan.Lerang 50??Lerang 60??Tudung bulat??Tudung indon??Tudung ikin??Yang mana satu??Itu bukan isunya.Yang terbaik sudah tentu yang memenuhi adab2 dan kriteria2 yang digariskan di dalam Quranul Karim.

Wanita,tak salah untuk anda berfesyen dalam pemakaian tudung.Tapi berhati2 dalam memilih fesyen.Waspada dengan tegahan2 yang sudah disebutkan dalam hadis atau ayat2 Quran.Semoga setiap langkah kita diganjari dengan pahala kerana berpakaian memenuhi tuntutan syara'.Tidak takutkah anda jika setiap bukaan langkah menambah koleksi dosa anda??Berhati2 wahai srikandi muslimah,buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda.








Islam itu mudah,tapi jangan terlalu mempermudah-mudahkan.Apa yang dinyatakan dalam Quran dan hadis,itulah yang perlu kita pegang.Kita disogokkan dengan pelbagai islamic fashion show yang jelas2 tak menepati kriteria cara pemakaian dalam islam yang sebenarnya.Pilihan di tangan anda,jangan tersalah pilih sayang....

Berbalik pada cite tudung ekspress,ada 2 scene yg sy rasa agak kurang wajar sedikit.
1st scene:Episod 10 part 1,dekat minit ke 6.46.Scene antara Dira ngan suaminya(Megat).
Suami:Lagi satu abang nak tegur eh,pakaian,tudung Dira.Orang takkan pandang Dira macam editor majalah...
Dira:Habis tu orang pandang Dira macam apa?
Suami:Orang pandang Dira macam mak cik jual kuih.

2nd scene:Kawan Dira,seorang muallaf bernama Mei menolong Dira untuk ubah imej.Kalau rajin nk tengok drama tu,silalah,lihat perubahan macam mana yang berlaku.
Dalam scene ni,Mei bermonolog apabila ternampak Dira dr jauh menuju ke arah Mei dan rakan2..
Monolog Mei:Nasihat I,jangan terlalu serius dalam hidup ini.Jangan bebankan diri sendiri.Yang penting,jangan berselindung disebalik tudung.

Freeze sebentar dengar monolog Mei ni,he2..Jangan marah ya kalau berbeza pendapat,bg saya tak wajar,bagi orang lain mungkin takde pe2,biasa je.Negara demokrasi,bebas beri pendapat kan??he2...

Tahu atau faham mana yang lebih penting??Kadang2 kita tahu tentang sesuatu perkara,tapi kita tak amalkan.Tapi bila kita faham,kita akan cuba juga untuk amalkan.


~Sekadar peringatan,selagi berkesempatan~

Fizzi Binti Shamsudin @ Filzah fakhriah,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.


Kenali Potensi Diri...:D

Assalamualaikum wbt...

Title post kali ni alah2 skema gtu,macam kursus motivasi.Tapi nak cite bende simple je.Kadang2 kita terlalu asyik melihat kehebatan dan kelebihan orang lain sehinggakan kita merasa inferior dan kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri.Sedangkan Allah itu menjadikan manusia itu dalam bentuk yang sebaik-baiknya.Tak caya??Refer surat cinta Allah pada kita,surah At-Tin,(95:4)




Kadang2 kita cemburu dengan kelebihan orang lain,tapi kita terlepas pandang kelebihan yang kita miliki,sedangkan mungkin orang lain juga sedang cemburu melihat anda.Jadi,yakinlah,kalau orang lain boleh melakukan sesuatu yang outstanding,anda juga melakukannya,kerana fitrah kita sama sahaja.Mari sama2 mencari potensi diri kita dan berusaha untuk perbaiki diri.Tiada kata terlambat untuk berubah.Tetapkan satu titik perubahan dan fokuskan minda dan jiwa anda pada titik perubahan itu.Bukan mudah untuk berubah,bukan mudah untuk istiqamah pada perubahan,tapi dengan keinginan yang mantap dalam diri,tiada siapa dapat menggugat langkah kalian.


http://www.facebook.com/video/video.php?v=410591383074


Saya dengan housemate teruja gler tengok video ni.Kagum tahap dewa r ngan lelaki ni.Kita yang 'sempurna' fizikal ni pun belum tentu mampu buat apa yang lelaki ni lakukan.Kalau lihat fizikalnya,cam tak caya dia leh berenang.Sebab tu pentingnya untuk tahu potensi diri kita.Kita semua adalah makhluk terpilih,semua hebat2 belaka,apa yang kita lakukan hari ini adalah persiapan untuk hari esok.






Cam serabut sket cara penulisan,ntah tersampai ke tak apa yang cuba disampaikan.Bercakap memang lebih mudah daripada menulis,ha2...Saya sedang mencari potensi diri saya,anda bagaimana??Jom sama2...


p/s:kawan2,nnti saya belajar main netball ya..sorrylah,sy lmbat tinggi r waktu dulu,tu yg tak reti main,he2...

Fizzi binti Shamsudin @ Filzah Fakhriah,
101,Maharaja Residency,
Balmatta Road,Mangalore,India.

Tuesday, March 8, 2011

Naik juling mata,masih tercari2 kaunter pertanyaan!!!

Assalamualaikum wbt..

Seminggu dah tak update blog.Kadang2 pelik gak,masa bulan exam,leh update blog selalu.Tapi sekarang,masa lapang banyak,tapi malas nak menulis,bercakap rajin,macam minah kepoh gtu,hik3..

Post kali ni bukan post ilmiah.Sekadar berkongsi rasa sahaja.Sewaktu post ni ditulis,kepala tengah berasap,banyak terfikir soalan2 berkaitan agama,tapi tak tahu nak tanya siapa.Makin kita dewasa,makin terasa 'kebodohan' diri.Kadang2 perkara simple je,tapi susah tul nak cari jawapannya.

Disebabkan tak tahu nak tanya siapa,akhirnya tanya pak cik google je r.Tengok nasib r,kadang2 jumpa jawapan yang memuaskan hati,kadang2 tak juga.

Kadang2 naik pening bila kawan2 non muslim tanya soalan2.Tak pernah terfikir pun soalan2 yang diorg tanya.De soalan yang relevan de yg tak.Antara soalan yg ditanya:

X:eh,ko leh makan zirafah tak?
Sy:ntah.Tak pernah terfikir pun..Tapi de certain rule yg muslim kene follow utk tentukan leh tak mkan haiwan tu.Cth,haiwan buas yg bertaring dan berkuku tajam tak leh makan.Zirafah aku tak pasti r.Binatang yang leh makan pun aku lum try sume.

Esoknya,si X tanya lg tentang zirafah.Baru hari ni cari kat tenet...Haihhh,zirafah ooo zirafah..

Hasil pencarian,pendapat pertama:Imam Nawawi kata haram mkan zirafah.
Pendapat kedua:hukum memakannya adalah halal. Ini berdasarkan fatwa al-Syeikh Taqiyuddin Ibn Abi al-Dam al-Hamwi dan beliau menukilkan daripada fatwa al-Qadhi Hussain al-Syafie. Al-Imam Ibn Rif’ah mengatakan bahawa pendapat ini yang muktabar sepertimana yang difatwakan juga oleh al-Imam al-Baghawi rahimahumullah.


X:ko leh makan kucing tak??
Sy:(tergelak2 dulu)tak leh r.
X:Nape tak leh??
Sy:kucing kan binatang peliharaan yg dekat ngan kita.Binatang bertaring tak leh makan.
X:Ayam pun binatang peliharaan.
Sy:Ko bela ayam dalam rumah ke?
X:boleh je.
Sy:Isshhh,ko ni suka tanya benda pelik2.Banyak lg makanan len leh makan r...


X:nape ko tak leh makan babi??
Sy:Dalam Quran dah mention tak leh makan.
X:Tapi nape?
Sy:Kalau dalam Quran dah gtau sesuatu,jangan persoalkan.
X:hmmm..


Banyak lagi soalan2 yang kawan2 non muslim tanya masa duduk lepak2 kat posting,berkaitan tentang haji,solat,nabi2.Harap2 mereka bertanya untuk kebaikan bukan sekadar untuk memperlekehkan islam.Hmmm,hati bersangka baik plezzz,he2...Jadi,nasihat untuk diri,silalah banyak membaca untuk menambah ilmu,jangan sampai orang agama lain lebih tahu tentang agama kita plak,hu2...

De banyak lagi soalan yang tak terjawab lagi,dalam dilema sentiasa,tak tahu nak pilih yang mana.Patut buat ni ke tak,patut pergi situ ke tak,pe yang patut pe yang tak...Last2 penat pk,tak dapat2 jawapan,tido juga yg plg best,ha2...Thanks pak cik google,anda sangat2 berjasa dalam hidup saya!!!




p/s:Menanti penuh debaran keputusan ujian darah abah.Berdoa untuk ketetapan yang terbaik dari-Nya.


Fizzi binti Shamsudin @ filzah fakhriah
101,Maharaja Residency,
Balmatta road,Mangalore,India.