Friday, July 30, 2010

TITIPAN RINDU BUAT BAIT RAYYAN

Assalamualaikum wbt...

Salam kerinduan yg tak terhingga kepada ahli2 Bait Rayyan;Teah,Kak Hani,Kak Nahdia Afifah,Kak Nadiah Hanisah.

Biarpun kita baru berkenalan,ukhwah yg terjalin terasa begitu kuat sekali.Kelu lidah untuk mengucapkan kata2 perpisahan.Berat kaki untuk melangkah pergi meninggalkan kalian.Baru sehari kita berpisah,tp terasa kehilangan yg amat sgt dlm hati ini.Indahnya ukhwah...

Maaf kiranya ada kata yg mengguris perasaan,ada tingkah yang mengundang keresahan.Mungkin ada gurauan yg ter'ekstrem,aksi ter'over,poyo terlebih limit,hanya maaf yg mampu dipinta.Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.

Untuk Teah,gud luck untuk misi awk tu(misi tutttttttttt,ha2).Sy menyokong awk tau dr sini,insyaAllah,boleh punya.Thanks sangat2 melayan sy selama sebulan,berjalan bersama2,mengejar train sama2,melompat bas sama2,tido sama2,makan sama2,tgk movie sama2,baca quran sama2,solat sama2.Sy rindu kenangan tu semua.Study elok2,sy yakin awk kuat hadapi segala dugaan.InsyaAllah,sy sentiasa ada untuk awk(poyozzz alam r ayat gni,ha2)

Untuk Kak Hani...Kak Hani,thanks sgt2 sbb jd kawan sebilik yg baik.Akak suka buat gaya2 comel kan.Akak nk tau tak,akak mmg comel pun tapi sy tak gtau akak masa sy masih kat Bait Rayyan,takut akak terlebih perasan nnti,kih3.

Untuk Kak Nahdia Afifah..thanks sbb melayan sy selama sebulan ni.Sy kagum ngan akak tau sebenarnya,saje tak nk cakap kat depan akak,ha2...InsyaAllah,sy pun nk jd mcm akak,study dan dakwah seiring dan sejalan.

Untuk Kak Nadiah Hanisah..thanks untuk segala kebaikan.Sedap cookies yg akak wat,dah leh kawin dah ni,he2...


Ahli Bait Rayyan:Kak Nahdia Afifah,Teah,Kak Nadiah Hanisah,Kak Hani.


Dr kiri,Kak Nahdia Afifah,Kak Nadiah Hanisah,Sakinah,sy,Teah,Am,Kak Hani.


Dr kiri,Kak Nahdia Afifah,Kak Hani,sy,Kak Qilah.

Kasih yang bersemi di Bait Rayyan,akan kuabadikan di dalam memori(dh save ni,tak leh delete,he2)

p/s:Sy dah minum air Sg Nil.Org kata if minum air Sg Nil,nnti akan dtg semula ke Mesir.InsyaAllah,sy akan kembali.Tp,tak syok r g Mesir sorg2 lg kan,ngeh3...

pp/s:sy rindu bunyi enjin sakinah.Kawan2,rajin2 sakat Sakinah,leh r dia upgrade bunyi enjin,kot2 leh smpai India ke bunyi enjin tu,kah3...jgn marah sakinah,akak rindu nk kenakan awk,ha2..

ppp/s:Kak Qilah,semoga sentiasa bahagia bersama ustaz akak ye...bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah,ngeh3...best r kenakan akak,suka tengok akak malu2,he3.Patut Teah suka sakat akak,tak puas r sy nk sakat akak.InsyaAllah,pnjang umur,jumpa lg.

pppp/s:Am,akak suka dgr awk ckp loghat utara,klakar,best sgt,he2...Thanks layan akak selama sebulan ni.Laksa aritu best,thanks sgt2..



Fizzi Shamsudin,
Mangalore,India.

Saturday, July 24, 2010

Jalan2 Cairo jom!!!

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi,sudah hmpir sebulan berkelana di bumi Mesir.Cuaca panas bukan halangan untuk kami meneruskan perjalanan ke Cairo.Antara Mansurah dan Cairo,sudah pasti sy lebih memilih untuk tinggal di Mansurah.Persekitaran di Mansurah lebih mendamaikan mungkin dan cuaca panas pun masih di dlm limit yg mampu bertahan,he2..

Kami bertolak ke Cairo pd 21july2010 dan pulang ke Mansurah pd 22july2010.
Cairo adalah destinasi terakhir sy,23july-28july waktu bersama 'keluarga' di Mansurah,he2...Letih bukan kepalang,hanya mampu gelak bersama pabila mengimbau memori since 1st day di Egypt hingga skrg.Teah kata,student yg dah duduk Egypt 2 tahun pun lum tentu pernah rasa pengalaman mcm sy rasa sepanjang sebulan ni.Kitorg pernah wat aksi kejar mengejar masa balik dari Alexandria ke Mansurah,ha2..kejar train,marathon gak r dgn pakai jubah plak masa tu,he2...sampai kat seat kitorg,tengok2 dh de pak arab duduk..dh r wat muka selenge je,wat tak faham je,dh gtau tu tmpat kitorg leh plak diorg tak nak bangun.Orang camni pun de ke??haihhh,pelik2...

Masa naik bas plak,pengalaman lain,driver bas gaduh dgn driver lori sbb hal kecil je pun.Cuak gak sbb sy ddk seat paling depan ngan Teah,ha3...Alhamdulillah,semua ok.Diorg ni muka tebal bape inci r,tak malu langsung bergaduh ngan org lain,sedangkan beragama Islam,tak sabar langsung!!!Pulang dr Cairo pula lain plak cerita,driver bas lari,hilang ntah ke mana,sedgkn perjalanan ke Mansurah tinggal 45minit je lg nk smpai...Macam2 kerenah pak arab ni!!!
Menarik untuk dikenang,he2...



GIZA




Great Pyramid of Giza(Pyramid of Khufu)



MASJID AL-RIFAII





MASJID SULTAN HASSAN(MASJID 4 MAZHAB)






CITADEL(KUBU SALAHUDDIN AL AYYUBI)











MASJID AMR IBN AL ASR(MASJID TERTUA DI BENUA AFRIKA)







MAKAM IMAM SYAFI'E




Surat dan duit bertaburan di sisi makam Imam Syafi'e.Amalan khurafat,hmmm...


P/s:Alhamdulillah,apa yg dicari,telah ditemui...

Fizzi Shamsudin,
Bait Rayyan,Mansurah,
Egypt.

Friday, July 23, 2010

Perkhemahan Musim Panas ISMA(PMPI)

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,setelah pulang dr Cairo pd 13july2010,dapat berehat sehari di Mansurah,kemudian bertolak ke Cairo semula pd 14july2010 untuk menyertai PMPI yg berlangsung pd 15july2010-18july2010 di Ra'su Sidr.Perjalanan dr Mansurah ke Cairo almost 3 hours.Menginap di rumah akhwat Cairo pd 14july dan bertolak ke Ra'su Sidr pd pg 15july2010,perjalanan around 3 hours dr Cairo.

PMPI kali ini disertai oleh 113 mahasiswi dan dibahagikan kepada 9 kumpulan.Pada tahun ini,kumpulan yg dibentuk bertemakan negara,antaranya Ethiopia
, India, Filipina, Greece, Ukraine, Turki, Sepanyol, Perancis dan Jepun.Setiap kumpulan telah mendapat tugasan awal untuk mengkaji sejarah Islam di negara-negara tersebut.Dengan tema “Pemuda Hari Ini, Impian Masa Depan”, semua program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan berorientasi untuk melahirkan para pemuda yang memahami dan menyedari peranan mereka pada masa hadapan.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang PMPI,antaranya muhadharah “ Mari Mengenal Saifuddin Qutuz”, tadabur Surah Yusuf,sesi tazkirah,outdoor activities antaranya Blanket Jellyball, Batik Polo, Rounders dan War Game,membina sculpture, Blanket Chak, case-solving dan pembentangan secara choral speaking serta teambuilding.Banyak lg aktiviti yg dianjurkan yg sudah pasti dapat menguatkan ukhwah antara ahli kumpulan dan mempunyai kesempatan berkenal-kenalan dgn ahli kumpulan yg lain.





Xenos,xenos,xenos,xenos sagapo!!!Kami kumpulan xenos(Greece).


P/s:Tahniah kpd semua peserta PMPI 2010 kerana berjaya memperoleh sunburn yg luar biasa di Ra'su Sidr,ha2...Makin gelap muka,kaw2,he2..


Fizzi Shamsudin,
Bait Rayyan,Mansurah,
Egypt.

Tuesday, July 20, 2010

Gunung Sinai,Dahab,Sharm El Sheikh

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,ada sedikit masa lapang utk berkongsi kembara di bumi Mesir.Kembara???hiperbola sungguh,ha2...Kepada kawan2 yg ada plan utk ke sini,semoga gmbar2 yg diupload dpt mmbantu mmberi bayangan,insyaAllah..

Syukur ke hadrat Ilahi,akhirnya perjalanan ke Sinai terlaksana jua.Gunung Sinai atau dikenali sbg Jabal Musa adalah sebuah gunung yg terletak si Semenanjung Sinai.Tingginya 2.285m.Usually,tourist lebih prefer mendaki Sinai pd musim sejuk(akhir tahun).Pd musim sejuk,berkemungkinan dpt bermain salji di puncak Sinai.Tp,kalau daki pd musim panas,siap sedialah,panahan cahaya matahari mmg mantap gler,ha2.



Dr kiri,Farah,Teah,sy.On d way ke Sinai,berhenti sebentar di telaga Nabi Musa.



Kami bertiga sahaja yg join trip kali ni.Kena fikir byk kali ni if nk jln pd musim panas,he2.Alhamdulillah,perjalanan berjalan lancar.Bertolak dr Mansurah pd 10july2010 by bus ke Cairo.Seperti dlm plan,bertemu dgn Ustaz Mat Pattani di Ramsis dan bertolak ke Sinai.Jauh juga perjalanan.Dr Mansurah ke Cairo almost 3 hours.Dr Cairo ke Sinai another 6 hours.Perjalanan yg jauh tak terasa sbb Ustaz Mat ni mmg byk bercerita,mcm2 dia bercerita ttg Mesir,ttg kisah Nabi,sgt2 menarik.Tp mcm biasa r,sy kan ratu tido,best mcm mana pun cite tu,bila dh naik kereta,tidolah yg plg best,ha3..Tp,waktu tdo pun sy leh dgr r cite ustaz tu,alhamdulillah tetibe leh wat 2 keje dlm 1 masa=tido+mendengar,ha2..so,member2,jgn ingat sy tak dgr eh wktu korg borak masa sy tdo,kih3...

Perjalanan berjln lancar.Kami menginap di fox camp utk semalaman.Tiba di fox camp di Sinai around 5pm.Masuk je bilik,semua wat muka cuak+terkezuttt...Bilik ok je,tp 1 je tak bape nk ok..takde kipas,uwaaaaa....musim panas mcm ni,di kwsn yg bukit bukau plak tu,takde kipas maknanya mandi peluh r.Tp takpe,saje wat muka cool.Lepas solat,kami mesti tido petang tu sbb mlm ni pukul 12.30am,kami akan mendaki Sinai.Macam mana nak tdo ni,bilik sangat2lah panas.Tapi disebabkan sy ni ratu tido,panas macam mana pun,sy masih lg boleh tdo,ha3...Teah dan Fara dh surrender,tak tahan ddk dlm bilik.Serius panas gler dlm bilik tu,mcm mana r sy leh tdo,ishhh3,mmg suka tdo sy ni,he2...

Alhamdulillah,seperti yg dirancang,kami bertolak ke kaki gunung Sinai pd pkl 12.30am.Pd pkl 1.00am kami mula mendaki Gunung Sinai,kami bertiga bersama penunjuk jln seorg Arab Badwi,Sulaiman.Malam tu,byk juga grup yg mendaki gunung Sinai,riuh jugalah sepanjang perjalanan ke puncak gunung.Disebabkan selepas mendaki Gunung Sinai,kami perlu bertolak ke Dahab dan Sharm El Sheikh,kami telah memilih utk menaiki unta utk 3/4 perjalanan.Unta hanya dpt mendaki hingga 3/4 perjlnan sahaja,lg 1/4 perjalanan kami perlu brjln kaki.



Tamat 3/4 perjalanan menaiki unta.Seorang satu unta.


Dipuncak Gunung Sinai,slps menunaikan solat subuh,mananti sunrise.Teah tak dpt meneruskan perjalanan kerana kejang kaki.



Gereja di puncak Sinai.








DAHAB

Selesai mendaki mount Sinai,kami pulang ke fox camp dan berehat 2 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Dahab.Jarak ke Dahab dr Mount Sinai dlm 120km.Dlm perjalanan ke dahab,kami berhenti sebentar di makam Nabi Soleh.



Makam Nabi Soleh.

Alhamdulillah,tempat penginapan kali ni disediakan kipas walaupun speed kipas tu ala2 hidup segan,mati tak mahu,ha3...Bg sy,Dahab ni biasa2 je,bolehlah kalau saje2 je nk jln2.Nak cakap cantik,tak sgt kot,biasa je berbanding tempat lain.











SHARM EL SHEIKH

Selepas semalaman di Dahab,kami meneruskan perjalanan pd pukul 9am ke Sharm El Sheikh.Sharm el Sheikh mempunyai kawasan pantai yg cantik tp 'pemandangan' tak berapa sedap nk pandang,ha2...sakit mata,gelap hati,he2...ramai mat dan minah saleh bersidai tepi pantai,tempat pelancongan katakan,hmmm...Cuaca mmg serius panas gler.Teah kata,panas ni mcm 5 kali ganda dr Mansurah,ha2.Tempat byk maksiat,mungkin,he3...Sharm el Sheikh dan Dahab sesuai utk org yg suka shopping dan ingin bercuti di tepi pantai. Jln2 sebentar di Sharm El Sheikh,kemudian menaiki glass boat utk melihat batu karang di dasar laut,cantik2lah juga.


Di depan Hard Rock Cafe di Sharm El Sheikh.




Batu karang terbesar di Sharm El Sheikh,bentuk brain.


On d way pulang ke Cairo,kami berhenti sebentar di hamam Firaun.Alhamdulillah,plan berjalan lancar,kami tinggal semalaman di Cairo dan pulang ke Mansurah pd pg 12julai2010.Program perkhemahan musim panas pula menanti!!!


Fizzi Shamsudin
Mansurah,Egypt.

Monday, July 19, 2010

Alexandria a.k.a Iskandariah

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,sambil2 berehat di Mansurah setelah almost seminggu berjalan2,dptlah meng'update' blog.Post kali ni tentang jln2 ke Alexandria pd 3july2010,sehari lps jaulah masyi di Mansurah.Alhamdulillah,ramai yg berminat utk join trip ke Alexandria,dlm 10 org.Kami sempat melawat beberapa tempat,antaranya Bibliotheca Alexandrina(Perpustakaan Alexandria),Fort Qaitbay(kubu Salahuddin Al Ayyubi) dan King Farouk Palace.

Bibliotheca Alexandrina.

Bibliotheca Alexandrina sebuah perpustakaan dan pusat kebudayaan yang terletak di persisiran pantai Laut Mediterranean di bandar raya Iskandariah,Mesir. Bibliotheca ini merupakan bangunan peringatan Perpustakaan Iskandariah purba yang dimusnahkan dan sesuatu usaha menghidupkan semula kegemilangan Perpustakaan itu.

Biblioteka Alexandrina mempunyai lebih dari lapan juta buah buku, dan luas kawasan membaca ialah 70,000 m2 di sebelas tingkat. Bangunan itu juga mempunyai sebuah pusat persidangan, perpustakaan dikhususkan untuk golongan buta, kanak-kanak; tiga muzium; empat galeri seni; sebuah planeterium; serta sebuah makmal pemulihan manuskrip.



Muka2 excited,baru smpai di Bibliotheca Alexandrina.
Belakang,dr kiri:Ajla,Amalina,sy,Husna,Teah,Rina.Depan,dr kiri:Mardhiah,Am,Iffah.



Entrance.Jom terjah,ha2...





Naskah Al Quran



Lithography-chemical printing



Envelope printer.



Samples of letter boxes.


Besar gler library!!!



Sebelum menuju ke next destination.



Fort Qaitbay(kubu Salahuddin Al Ayyubi-Qal'ah)










King Farouk Palace( Montaza)


On d way ke istana Raja Farouk...jauh kena berjalan ke dlm Taman Montaza,letih2 pun semua tetap senyum,ha2..


Di hadapan istana Raja Farouk.






Sempat lg main2 depan cermin...letih sgt2,balik jom!!!